Oleh pada 15 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Drama Sangat

   

Drama adaptasi novel, Encik Suami Mat Salih Celup yang pernah bersiaran di slot Dahlia TV3 pada 25 Jun 2017, bakal kembali menemui penonton pada 15 September ini. Karya ini merupakan adaptasi novel dengan judul sama tulisan Yumi Ryra.

   

encik suami mat salih celup sinopsis

Kredit foto: Instagram Hashim Rejab

   

Sinopsis

Naim membatalkan perkahwinan dengan Iman Amani pada saat akhir. Kerana mahu menjaga air muka keluarga, ibu Iman mendapatkan seorang 'mat saleh' bernama Ian Hadif Wickham sebagai pengganti suami Iman.

Mereka akhirnya mendirikan rumah tangga, namun seperti pasangan suami isteri lain, perkahwinan yang indah mula hilang serinya dek gelora yang melanda. Naim muncul kembali untuk meraih cinta Iman.

Tidak hanya itu, seorang model cantik mendedahkan dirinya adalah tunang kepada Ian.

    

encik suami mat salih celup episod

Kredit foto: Instagram Hashim Rejab

    

Pelakon

Menampilkan gandingan Nelydia Senrose dan Daler Yusuf, bersama barisan pelakon pembantu seperti Fikhree Bakar, Ozlynn Waty, Amar Asyraf, Nadiyah Shahab, Afzan A. Rahman, Tania Hudson, Adam Shah, Boy Iman, Zila Bakarin, Azhar Amir, Nor Albaniah Raffie, Fiqa Zamri, Jesh Thiam, Azzahra Ahmad, Seri Pak Mudo, Geoff Andre dan Fetty Dzul.

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan Hashim Rejab yang sebelum ini aktif menduduki kerusi sutradara untuk beberapa karya di layar perak, antaranya filem Sekali Lagi, Papa I Love You, 3 Temujanji, Budak Pailang dan Longkai. Pembabitannya sebagai pengarah drama menerusi Halalkan Hati Yang Ku Curi, Mawar Murni dan Cinta Lemon Madu.

   

Kredit video: Elizad Sharifuddin - Haiyaya (OST Encik Suami Mat Salih Celup)

   

Lagu Tema (OST)

Single pertama Elizad Sharifuddin berjudul 'Haiyaya' dipilih sebagai runut bunyi, hasil ciptaan dan lirik oleh Faizul Sany, Omar K & Ezra Kong.

   

Waktu Siaran

Bersiaran 20 episod, mulai 15 September 2019, setiap Sabtu dan Ahad, jam 6.58 petang di slot Dahlia TV3.

   

Sumber:

1. Wikipedia Encik Suami Mat Salih Celup

2. Wikipedia Hashim Rejab

3. Goodreads Encik Suami Mat Salih Celup

4. HIGHLIGHT: Episod 15 | Encik Suami Mat Salih Celup

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)