Oleh pada 30 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Sha's Media Sdn Bhd

    

Cinta Lemon Madu merupakan sebuah drama melayu yang mengetengahkan tema cinta dan komedi.

Tayangan asal drama bersiri ini adalah menerusi slot Lestary pada 8 Ogos 2018 sebelum kembali menemui penonton dalam siaran ulangan yang ke udara mulai 29 Disember 2019 di slot Dahlia TV3.

   

ost cinta lemon madu

Kredit foto: Instagram Ruhainies

    

Sinopsis

Firash, anak angkat sebuah keluarga berada telah dijodohkan untuk mendirikan rumah tangga dengan adik angkatnya, Haida.

Kerana sikap Haida yang suka berseronok dan masih mentah membuatkan Firash berasa terabai sebagai suami.

Firash kemudiannya jatuh hati dengan Aisyah ketika cuba menyelamatkan wanita itu daripada kejadian ragut.

    

drama cinta lemon madu

Kredit foto: Instagram Ruhainies

    

Pelakon

Ditunjangi Aidil Aziz, Ruhainies dan Riena Diana. Antara lain menampilkan Eyra Hazali, Hanis Kamal, Epy Kodiang, Kazar Saisi, Mubarak Majid dan Helvera Susanti.

    

cinta lemon madu episod

Kredit foto: Highlight: Episod 13 | Cinta Lemon Madu

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terbitan Sha's Media Sdn Bhd dan di bawah arahan sutradara Hashim Rejab yang pernah menggarap drama-drama popular seperti Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis, Lelaki Macam Dia, Halalkan Hati Yang Ku Curi, Mawar Murni dan Encik Suami Mat Salih Celup.

    

Kredit video: Zara Ali - Bulan Indah (OST Cinta Lemon Madu) (Official Lyric Video)

    

Lagu Tema (OST)

Menggunakan lagu Bulan Indah dendangan Zara Ali di pembukaan episod.

    

riena diana

Kredit foto: Instagram Ruhainies

    

Waktu Siaran

Bermula 29 Disember 2019, drama slot Dahlia selama 13 episod ini ke udara setiap Sabtu dan Ahad, jam 6.58 petang di TV3.

    

Sumber:

1. Wikipedia Cinta Lemon Madu

2. Highlight: Episod 13 | Cinta Lemon Madu

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)