Oleh pada 14 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @fendybakry

     

Sinopsis

Mengisahkan seorang playboy bernama Haris yang sering mengecewakan wanita-wanita yang mendekati dan menaruh hati padanya. Situasi itu mengundang rasa kurang senang Julia dan Hanna yang lantas mengambil keputusan untuk 'mengajar' playboy itu! Begitupun, di luar pengetahuan Haris mahupun Hanna, sebenarnya jauh di sudut hati Julia juga telah lama memendam rasa cinta terhadap Haris meskipun perasaan itu tidak pernah diendahkan.

       

info drama ajari playboy itu 2

Kredit foto: Instagram @iflixmy

       

Pelakon

Menampilkan gandingan Fendy Bakry dan Emma Maembong selaku teraju utama, dibantu barisan pelakon seperti Luqman Hafidz, Jaja Iliyes, Kilafairy, Tasha Shila, Elly Mazlein, Mustaqim Bahadon, Risteena Munim, Ridzuan Hashim, Shiqin Kamal, Shah Khan dan Farah Queen.

     

Kredit video: Youtube Rocketfuel Network

     

Lagu Tema (OST)

Lagu dendangan pendatang baharu, Masya Masyitah berjudul Halimunan dipilih sebagai runut bunyi yang menghiasi setiap siaran episod.

      

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada syarikat penerbitan Pena Creative Pictures, drama yang ditayangkan sebanyak 20 episod ini menggunakan khidmat Kyoll Hamzah sebagai pengarah.

      

Waktu Siaran

Ke udara mulai 7 Julai, setiap Sabtu dan Ahad, jam 6.58 petang menerusi slot Dahlia di saluran TV3. Juga boleh ditonton secara atas talian menerusi perkhidmatan televisyen Internet popular, Iflix yang mana setiap episod akan dimuat naik setiap hari Sabtu dan Ahad, bermula jam 9 malam.

      

Sumber:

1. Wikipedia

2. Iflix

3. Instagram @iflixmy

4. Youtube Drama Sangat Official




Hakcipta iluminasi.com (2017)