Oleh pada 07 Jan 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Ria X

    

Dua Takdir Cinta merupakan drama yang bakal menemui penonton di slot Tiara, Astro Prima bagi menggantikan 'Suri Katriana' yang baru sahaja menamatkan siarannya.  

Siri ini ke udara mulai hari ini (7 Januari 2020) pada jam 6 petang.

   

drama dua takdir cinta 85

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

    

Sinopsis

Mariana dan Sabrina, dua anak yatim yang juga adik-beradik, dibesarkan oleh makcik mereka sehingga usia mencecah belasan tahun.

Kemudiannya mereka terpisah dan hidup secara berasingan.

20 tahun berlalu, Mariana nekad mencari semula adiknya walaupun hidup yang didepani tidaklah seperti yang diharapkan.

Dugaan menjadi sempadan dalam mencari erti sebuah kebahagiaan.

      

dua takdir cinta slot tiara

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

    

Pelakon

Menampikan deretan pelakon ternama seperti Fasha Sandha, Azar Azmi, Fendy Bakry, Faizal Hussein, Aedy Ashraf, Syamim Farid, Husna Mustaffa, Safwan Nazri, Zamarul Hisham, Izzat Mushtaq dan ramai lagi.

     

pelakon dua takdir cinta

Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada pengarah drama Mr. Grey dan Jodoh-Jodoh Annisa iaitu Riza Baharudin, naskhah ini merupakan terbitan syarikat produksi, Global Station Sdn Bhd.

    

ost dua takdir cinta

Kredit foto: Instagram Fendy Bakry

    

Lagu Tema (OST)

Lagu berjudul Separuh Hatiku dipilih sebagai runut bunyi untuk siri 65 episod ini.

    

dua takdir cinta episod

azar azmi 993

Kredit foto: Instagram Azar Azmi

    

Waktu Siaran

Ke udara di Slot Tiara, mulai 7 Januari 2020, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima.

     

dua takdir cinta

Kredit foto: Instagram Ria X

    

Sumber:

1. Wikipedia Dua Takdir Cinta

2. Wikipedia Slot Tiara

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)