Oleh pada 29 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Global Station Sdn. Bhd.

    

Novel Cemburu Seorang Perempuan nukilan Siti Hazneza Abdul Hamid, bakal menemui para pembaca dalam versi drama menerusi slot terbaharu, Drama Vaganza di saluran Astro Ria.

Drama rantaian 20 episod ini akan mula ke udara mulai malam ini, dengan menampilkan gandingan Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong selaku teraju utama.

  

drama cemburu seorang perempuan

Kredit foto: Instagram AR Supporters

   

Sinopsis

Keakraban Zikri dan Dhiya sejak zaman persekolahan menimbulkan rasa kurang senang pada keluarga Zikri kerana Dhiya bukanlah daripada keluarga yang berada. Keluarga Zikri nekad berhijrah ke ibu kota dengan niat untuk memisahkan hubungan antara dua darjat itu.

Zikri akhirnya meningkat dewasa sebelum mengambil keputusan menikahi Emilia, wanita yang dicintainya. Namun hubungan rapat antara Zikri dan Dhiya, mencetuskan rasa cemburu di hati Emilia.

Perkahwinan Zikri dan Emilia sudahnya dilanda dugaan getir apabila Emilia disahkan tidak dapat mengandung selepas kandungan pertamanya gagal diselamatkan. Demi mendapatkan zuriat, Emilia sanggup meminta Dhiya mengandungkan anak daripada benih mereka. Dhiya akur kerana terlalu sayangkan Zikri.

Meskipun Dhiya kini sudah bernikah dengan Zikri sebagai isteri kedua, namun hubungan mereka masih terbatas sebagai sahabat baik, malah tidak pernah menjalinkan hubungan suami isteri.

   

novel cemburu seorang perempuan

Kredit foto: Instagram Amar Baharin

    

Pelakon

Lakonan Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong.

Dibantu barisan pelakon pembantu seperti Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.

    

cemburu seorang perempuan episod

Kredit foto: Instagram AR Supporters

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terbitan Global Station Sdn Bhd serta arahan Eyra Rahman yang juga merupakan sutradara karya-karya popular seperti drama Mencintaimu Mr. Photographer, telefilem Cekelat Semanis Honey serta filem Aku Terima Nikahnya dan Isteri Untuk Dijual.

   

pelakon cemburu seorang perempuan

Kredit foto: Instagram Amar Baharin

   

Waktu Siaran

Menjadi drama pertama slot terbaharu, Drama Vaganza di Astro Ria, bermula 29 Oktober 2019, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

   

Kredit video: [Tayangan Perdana] Cemburu Seorang Perempuan - Bermula 29 Oktober Ini

   

Sumber:

1. Wikipedia Slot Vaganza

2. Youtube Astro Gempak

3. Cemburu Seorang Perempuan - Siti Hazneza Abdul Hamid

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)