Oleh pada 24 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @dirhashimrejab

    

Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis merupakan sebuah drama adaptasi novel dengan judul sama karya Aulia Iman.

Naskhah terbitan produksi Mache Allstar United di bawah arahan Hashim Rejab ini menampilkan gandingan Nafiz Muaz dan Uqasha Senrose.

     

sinopsis pengantin lelaki untuk cik gadis 81

Kredit foto: Instagram Mache All Star United Sdn Bhd

    

Sinopsis

Kris Al-Hadi jatuh cinta dengan Salsabila, gadis yang sedang menunggu hari perbicaraan atas tuduhan pecah amanah.

Tunang kepada Khairyl (abang Kris) iaitu Yasmin menjadi penghalang terhadap hubungan tersebut apabila bertindak cuba menggoda Kris.

Angkara salah faham, Kris dipaksa untuk menikahi Yasmin, namun Kris membantah dan meminta agar bapanya membuat perancangan lain.

Setibanya hari perkahwinan, Kris dan Salsabila berasa tertipu apabila nama Salsabila pula disebut ketika ijab kabul dengan Khairyl.

   

pelakon pengantin lelaki untuk cik gadis

Kredit foto: Instagram Mache All Star United Sdn Bhd

    

Pelakon

Dibarisi Nafiz Muaz, Uqasha Senrose, Yusuf Bahrin dan Elly Mazlein.

Dibantu oleh Reza Hasbi, Mimi Ernida, Zarynn Min, Catriona Ross, Azri Iskandar, Norlia Ghani, Aman Graseka, Harun Hashim, Yusri Saleh dan ramai lagi.

   

nafiz muaz

Kredit foto: Instagram Nafiz Muaz

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Garapan sutradara Hashim Rejab di bawah syarikat penerbitan Mache Allstar United.

Drama-drama arahan beliau sebelum ini termasuk Cinta Lemon Madu, Lelaki Macam Dia, Halalkan Hati Yang Ku Curi, Mawar Murni dan Encik Suami Mat Salih Celup.

   

Kredit video: Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis Promo

    

Lagu Tema (OST)

Lagu single terbaharu daripada bekas juara Akademi Fantasia 2016 (AF2016), Amir Masdi berjudul Asmara.

     

novel pengantin lelaki untuk cik gadis

Kredit foto: Instagram Mache All Star United Sdn Bhd

   

Waktu Siaran

Drama 24 episod ini mula ke udara pada 24 Disember 2019, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di saluran Astro Ria menerusi slot Drama Vaganza.

    

Sumber:

1. Wikipedia Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

2. Wikipedia Slot Drama Vaganza

3. Novel Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)