Oleh pada 04 Jul 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Film Pemandi Jenazah

        

Filem seram Indonesia 2024, Pemandi Jenazah, karya pengarah Hadrah Daeng Ratu, memulakan tayangan perdana di Netflix pada 27 Jun 2024.

        

sinopsis pemandi jenazah

Kredit foto: Instagram Film Pemandi Jenazah

        

Tayangannya hingga kini mengekalkan filem ini dalam 10 kandungan teratas di Netflix (Malaysia).

        

the corpse washer

Kredit foto: Instagram Film Pemandi Jenazah

        

Pemandi Jenazah mengisahkan tentang Lela yang mewarisi dengan terpaksa tugas suci memandikan jenazah. Apabila rentetan misteri kematian yang aneh mendedahkan rahsia yang menyeramkan di sebalik setiap jenazah yang diuruskannya, Lela terpaksa menghadapi gangguan roh sekaligus menggali kebenaran terpendam untuk menyelesaikan misteri yang menghantui komunitinya.

       

Sinopsis

Di sebuah bandar kecil, kisah mengenai Lela bermula dengan insiden-insiden misteri yang menghantui kehidupannya. Ibunya, seorang pemandi jenazah wanita, namun Lela tidak pernah mempunyai keinginan untuk meneruskan tradisi keluarga.

Malang bagi Lela, ketika ibunya meninggal dunia secara tiba-tiba, tanggungjawab yang lama dielakkannya jatuh ke tangan.

Ketika dia memandikan jenazah ibunya sendiri, dia merasakan ada sesuatu yang ganjil. Kejanggalan ini semakin ketara apabila dia menyedari bahawa kematian ibunya dan beberapa penduduk lain di bandar itu terjadi dalam waktu terdekat dan dalam keadaan yang pelik.

Dalam usahanya untuk menggali kebenaran, Lela mula mengikut setiap petunjuk semasa proses memandikan jenazah. Namun, setiap langkah yang diambilnya disertai dengan gangguan daripada roh-roh yang kelihatan gelisah dengan rahsia yang terpendam.

Pertanyaan yang paling penting adalah mengenai dawai kawat besi yang ditemui Lela di setiap jenazah yang dia mandikan. Apakah ia petunjuk atau tanda yang mengarahkan ke arah kebenaran yang lebih gelap?

         

Baca: Info, Sinopsis, Kutipan Filem Kutukan Ilmu Hitam (Waruga) / Black Magic Curse (2024), Kini Di Netflix Malaysia!

Baca: Info Dan Sinopsis Hierarchy (Netflix TV Series), Kdrama 2024

Baca: 10 Filem Indonesia Terbaru Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

Baca: 8 Filem Seram Indonesia 'Berhantu' Terbaru Mesti Tonton (2022 / 2023), Juga Tersedia Online!

Baca: Info Dan Sinopsis The Djinn's Curse (Khong Khaek), Filem Seram Thailand 2023, Kini Di Netflix Malaysia!

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut (2024), Kini Di Pawagam Malaysia

       

the corpse washer movie

Pemandi Jenazah membawa kisah benar ke layar sebagai sebuah adaptasi. Kredit foto: Instagram Film Pemandi Jenazah

       

Pelakon / Cast

Dengan gandingan hebat Aghniny Haque, Djenar Maesa Ayu dan Ibrahim Risyad sebagai pemain utama, filem ini turut disemarakkan dengan persembahan lakonan daripada Amara Sophie, Riafinola Ifani Sari, Mian Tiara, Ruth Marini, Aji Santosa, Vonny Anggraini, Nelly Sukma, Deni Saputra, Messi Gusti, Muhammad Nur Qomaruddin dan Hifdzi Khoir.

       

Watak Pelakon

Aghniny Haque sebagai Lela

Djenar Maesa Ayu sebagai Bu Siti

Ibrahim Risyad sebagai Arif

Amara Sophie sebagai Rika

Riafinola Ifani Sari sebagai Bu Ida

Mian Tiara sebagai Bu Tuti

Ruth Marini sebagai Bu Terry

Vonny Anggraini sebagai Bu Ana

Aji Santosa sebagai Bimo

Messi Gusti sebagai Rika Kecil

Deni Saputra sebagai Pak RT

Nelly Sukma sebagai Bu Nur

Muhammad Nur Qomaruddin sebagai Drajat (Pegawai Polis)

Hifdzi Khoir sebagai Marbot Masjid

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Filem ini merupakan hasil garapan kreatif pengarah Hadrah Daeng Ratu, produksi oleh Visual Media Studio (VMS) dan skrip yang ditulis oleh penulis Lele Laila.

       

pemandi jenazah imdb rating summary ending explained

Kredit foto: Instagram Film Pemandi Jenazah

      

Tarikh Tayangan

Menyapa penonton di pawagam Indonesia dan Malaysia pada tarikh yang sama, Pemandi Jenazah ditayangkan pada 22 Februari 2024.

Sementara itu, ia tersedia di platform dalam talian menerusi perkhidmatan televisyen Internet popular, Netflix mulai 27 Jun 2024.

      

Tajuk: Pemandi Jenazah (Judul Netflix: The Corpse Washer)

Genre: Seram, Thriller, Drama

Bahasa: Indonesia

Durasi: 1 jam 47 minit

Klasifikasi: 18 (Sesuai untuk penonton yang berumur 18 tahun ke atas)

Platform Online: Netflix

      

Kredit video: Film Pemandi Jenazah - Full Official Movie Trailer , Release Date 22 Februari 2024

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)