Oleh pada 12 Feb 2025 kategori

Kredit foto: Instagram Perayaan Mati Rasa

       

Tahun 2025 menyaksikan filem Perayaan Mati Rasa dari Indonesia meniti bibir peminat filem dan tular dengan pelbagai ulasan di media sosial.

         

perayaan mati rasa movie

Kredit foto: Instagram Perayaan Mati Rasa

        

Filem ini menampilkan gandingan mantap Iqbaal Ramadhan, Umay Shahab, Dwi Sasono, Unique Priscilla dan Devano Danendra yang membawa watak masing-masing dengan penuh jiwa.

        

perayaan mati rasa cast

Kredit foto: Instagram Perayaan Mati Rasa

       

Menggegarkan layar perak, filem ini mula tayang di pawagam Indonesia pada 29 Januari 2025, sebelum menyambung kehangatannya di Malaysia pada 6 Februari 2025.

       

Sinopsis

Diadaptasi daripada lirik lagu Perayaan Mati Rasa karya Umay Shahab, filem ini membawa makna mendalam tentang setiap emosi yang wajar diraikan.

Perayaan Mati Rasa mengisahkan tentang dua adik-beradik, Ian dan Uta, yang bergelut dalam bayang-bayang keluarga yang penuh tekanan. Ian, seorang pemuzik yang berjiwa bebas, menubuhkan kumpulan Midnight Serenade dengan impian mengukir nama dalam dunia seni. Sebaliknya, Uta lebih berjaya dan diiktiraf keluarga — seorang podcaster terkenal yang menjadi kebanggaan ibu bapa mereka. Namun, kejayaan Uta juga satu perbandingan yang menghantui Ian, hingga menjadikan hubungan mereka tegang dan penuh luka yang tidak terungkap.

Sebagai anak sulung, Ian bukan sahaja berjuang untuk mengejar impiannya, malah turut memikul jangkaan berat yang sering kali tidak berpihak kepadanya. Dia semakin menjauh, bukan kerana tidak menyayangi keluarga, namun kerana penat berasa tidak dihargai. Setiap langkahnya dalam muzik dipandang sepi, sementara Uta dilihat sebagai anak yang sempurna — satu realiti yang merobek jiwanya sedikit demi sedikit.

Namun, hidup mereka berubah drastik apabila kematian mengejut bapa mereka menggoncang segalanya. Dalam saat getir, mereka terpaksa berganding bahu untuk menyembunyikan berita ini daripada ibu mereka yang baru sahaja pulih daripada serangan jantung. Namun mampukah mereka berpura-pura di hadapan ibu sendiri tanpa meretakkan keharmonian yang sudah sedia retak? Ian yang sekian lama menahan emosinya akhirnya tenggelam dalam lautan perasaan yang tidak lagi mampu dirasai — menjadikannya benar-benar ‘mati rasa’.

Di samping kisah keluarga yang menyayat hati, filem ini juga menyelami keakraban persahabatan dalam kumpulan Midnight Serenade.

       

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Sumala (2024), Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang, Kini Di Platform Online, Netflix Malaysia

Baca: 10 Filem Indonesia Terbaru Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Filem, Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru (2024 / 2025) Mesti Tonton!

       

perayaan mati rasa sinopsis

Kredit foto: Instagram Perayaan Mati Rasa

        

Pelakon / Cast

Lakonan penuh emosi dan bertenaga daripada Iqbaal Ramadhan, Umay Shahab, Dwi Sasono, Unique Priscilla dan Devano Danendra menjadi nadi utama yang menggerakkan filem ini.

         

perayaan mati rasa film gsc tgv cinema showtime harga tiket kapan lyrics videos

Kredit foto: Instagram Perayaan Mati Rasa

        

Turut serta, Dul Jaelani, Randy Nidji, Sadha Triyudha, Lukman Sardi, Prilly Latuconsina, Priscilla Jamail, Monty Tiwa, Andi Rianto, Rossa, Iwan Fals, Bagus Aldi, Tissa Biani Azzahra, J. Alfredo, Halda Rianta dan Iga Massardi.

Juga, Agus Kuncoro, Tj Ruth, Ence Bagus, Donny Alamsyah, Kukuh Adi Danisworo, Nagra Kautsar Pakusadewo, Vonny Anggraini, Faiz Vishal, Bima Satria, Teddy Tardiana, Sarah Chumaira, Ibra, Raffan Al Aryan dan Gavrilovich Hanzel.

       

Watak Pelakon

Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan sebagai Ian Antono

Umay Shahab sebagai Uta Antono

Unique Priscilla sebagai Dini Antono

Dwi Sasono sebagai Satya Antono

Devano Danendra sebagai Ray Alvero

Dul Jaelani sebagai Saka Wijaya

Randy Nidji sebagai Dika Ardana

Sadha Triyudha sebagai Leon

Lukman Sardi sebagai Beni Aksan

Prilly Latuconsina sebagai Prilly Latuconsina

Priscilla Jamail sebagai Dinda Juwita

Andi Rianto sebagai Andi Rianto

Monty Tiwa sebagai Monty Tiwa

Iwan Fals sebagai Iwan Fals (Suara)

Rossa sebagai Rossa (Suara)

Bagus Aldi sebagai Komeng (Suara)

J. Alfredo sebagai Romantic Echoes

Tissa Biani Azzahra sebagai Jeha

Iga Massardi sebagai Iga Massardi

Halda Rianta sebagai Mba Compros

Tj Ruth sebagai Bude Yati

Agus Kuncoro sebagai Pakde Arya

Donny Alamsyah sebagai Budiono

Ence Bagus sebagai Bang Jun

Nagra Kautsar Pakusadewo sebagai Bamban

Kukuh Adi Danisworo sebagai Kukuh Adi

Vonny Anggraini sebagai Dr. Santy

Faiz Vishal sebagai Banyu

Bima Satria sebagai Alam

Teddy Tardiana sebagai Pak RW

Ibra sebagai Elang

Sarah Chumaira sebagai Elin

Raffan Al Aryan sebagai Ian Kecil

Gavrilovich Hanzel sebagai Uta Kecil

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah naungan Sinemaku Pictures dan Legacy Pictures, karya ini diterajui oleh Umay Shahab selaku pengarah, dengan skrip yang dirangka oleh barisan penulis – Junisyah Aurelita, Santy Diliana, Rezy Junio dan Umay Shahab sendiri.

         

Tarikh Tayangan

Menawan skrin perak, filem ini membuka tirai tayangan di Indonesia pada 29 Januari 2025, diikuti kemunculannya di pawagam Malaysia seminggu kemudian, pada 6 Februari 2025.

        

        

Judul: Perayaan Mati Rasa

Genre: Drama

Bahasa: Indonesia

Durasi: 2 jam 5 minit

Klasifikasi: 13 (Kategori filem ini adalah sesuai untuk penonton berumur 13 tahun ke atas. Bimbingan ibu bapa / penjaga digalakkan untuk penonton di bawah umur 13 tahun)

         

Kredit video: Film Perayaan Mati Rasa - Full Official Movie Trailer , Release Date 19 September 2024

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)