Oleh pada 22 May 2024 kategori

Kredit foto: Instagram GSC Cinemas

       

The Experts merupakan sebuah filem aksi “heist” Malaysia tahun 2024 arahan Andre Chiew dan Nazim Shah.

Mengisahkan tentang lima adik-beradik dengan kemahiran unik masing-masing.

Mereka dipaksa kembali ke dunia jenayah untuk merancang rompakan terbesar yang melibatkan cincin permata bernilai jutaan ringgit, sambil menghadapi ancaman gangster berbahaya dan dendam lama keluarga.

        

the experts 2024

Kredit foto: Instagram TGV Cinemas

        

Tayangan filem ini akan memulakan perjalanan di layar pawagam pada 23 Mei 2024.

        

Sinopsis

Filem heist dengan tagline 'Satu Rompakan Berkeluarga Terbesar' ini mengisahkan tentang rompakan cincin permata oleh lima adik-beradik dengan kepakaran unik masing-masing. Farid adalah ketua, Keyrol pakar risikan, Emma pakar manipulasi, Amer pakar penyamaran dan Lan pakar godam. Selepas mencuri jongkong emas di lapangan terbang, abang sulung mereka memaksa adik-adiknya meninggalkan dunia jenayah. Namun, godaan cincin bernilai tinggi menarik salah seorang adiknya untuk merancang pencurian hingga terperangkap dalam ugutan besar. Ini memaksa mereka kembali ke dunia jenayah dan merencana rompakan terbesar. Mereka diarahkan oleh gangster berbahaya untuk melaksanakan rompakan berisiko tinggi sambil menghadapi dendam lama dan sejarah kejahatan mereka. Adakah ini misi rompakan terakhir yang bakal memisahkan mereka selama-lamanya?

        

Baca: Info Dan Sinopsis Filem J2: J Retribution (2021), Kini Di Platform Netflix!

Baca: 10 Filem Melayu Terbaru Di Platform Netflix Malaysia (2024), Mesti Tonton!

        

the experts movie

Kredit foto: Instagram TGV Cinemas

        

Pelakon / Cast

Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Mimi Lana dan Ray Dapdap mengetengahkan diri sebagai watak utama dalam filem ini.

        

the experts malaysia movie

Kredit foto: Instagram TGV Cinemas

       

Turut dihiasi dengan aksi yang mengagumkan daripada bintang-bintang terulung Malaysia seperti Maya Karin, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Tony Eusoff, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.

       

Watak Pelakon

Aaron Aziz sebagai Farid / Along

Syafiq Kyle sebagai Keyrol

Remy Ishak sebagai Amer

Mimi Lana sebagai Emma

Ray Dap Dap (Shah Reza Mohd Shah) sebagai Lan

Maya Karin sebagai Miranda

Hasnul Rahmat sebagai Johar

Wan Hanafi Su sebagai Jaafar

Tony Eusoff sebagai Bashir

Jay Iswazir sebagai Glasses

Douglas Lim sebagai Ah Teck

Michael Ang sebagai Chef Juan

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Dilaksanakan oleh pengarah Andre Chiew dan Nazim Shah, Joel Soh mencatatkan namanya sebagai penulis skrip, manakala lakon layar oleh Andre Chiew, Abilash Chandra, Mamu Vies, Kyle Goonting dan Joel Soh.

        

the experts film bajet kos pembikinan showtimes

"The Experts" mengambil tempoh 45 hari untuk penggambaran, berlatarkan lokasi di sekitar Lembah Klang. Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Ditangani oleh syarikat BlackFlag Sdn Bhd dalam produksi filem tersebut.

Diterbitkan melalui usaha bersama syarikat Astro Shaw dengan ZAK Capital dan TGV Pictures.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Yuka Kharisma - Cinta Indah Buat Kanda Official Lyric Video (The Experts)

       

Tajuk: Cinta Indah Buat Kanda

Penyanyi: Yuka Kharisma

Komposer: Muzza

Lirik: Muzza

        

Tarikh Tayangan

Layar pawagam akan menayangkan filem ini bermula 23 Mei 2024 di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

         

Kutipan

Tayangan awal - RM1 juta

4 hari tayangan - RM5 juta

Kemaskini 3 Jun 2024 - RM10 juta

       

        

*Kutipan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

        

         

Judul: The Experts

Genre: Aksi “Heist”, Komedi, Kekeluargaan

Bahasa: Melayu

Durasi: 2 jam 1 minit

Klasifikasi: 13 (Sesuai untuk penonton berumur 13 tahun ke atas. Penonton berusia di bawah 13 tahun digalakkan mendapat bimbingan ibu bapa atau penjaga)

       

Kredit video: Film The Expert - Full Official Movie Trailer , Release Date 23 Mei 2024

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)