Kredit foto: Instagram @syamsulyusoffilm

Biodata

1. Nama penuhnya, Mohd Syamsul bin Mohd Yusof. Dikenali sebagai Syamsul Yusof.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 21 Mei 1984.

3. Berusia 35 tahun (2019)

4. Bekas penuntut bidang Penyiaran dan Kewartawanan di Akademi TV3 yang kini dikenali sebagai Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).

5. Anak kepada pengarah yang mendapat jolokan nama 'Six Million Dollar Man', sutradara Datuk Yusof Haslam (bapa) dan Datin Patimah Ismail (ibu).

6. Anak kedua daripada empat adik-beradik.

7. Abang kepada pengarah Syafiq Yusof. Dua lagi adik-beradiknya yang lain ialah Faizal Yusof selaku abang tiri dan Nur Syamin (adik perempuan).

8. Sepupu kepada pelakon Sabrina Ali dan Rizal Ashreff, juga pelakon sinetron Indonesia, Miller Khan dan Aliff Alli.

9. Kediamannya di Taman Melawati, Shah Alam, Selangor.

10. Melibatkan diri dalam dunia hiburan sejak tahun 2005.

11. Bergelar pelakon, penyanyi, model, penulis skrip, pengarah dan penerbit.

12. Antara filem arahannya seperti Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Khurafat: Perjanjian Syaitan, KL Gangster, Aku Bukan Tomboy dan Munafik. Akan datang, filem Mat Kilau dan Munafik 3.

13. Pembabitan sebagai pelakon filem antaranya menerusi Gila-Gila Pengantin Popular, SAM: Saya Amat Mencintaimu, Abang Long Fadil, Mat Moto, Desolasi, KL Special Force dan Blok 404.

14. Juga membintangi drama Gerak Khas, Farah Syafikah, Tanah Kubur, Ameera, Evolusi KL Drift: The Series dan banyak lagi. Termasuk telefilem Maisara dan Asmara Beijing.

15. Sebagai penyanyi, beberapa lagu yang pernah dirakamkannya ialah Kalah Dalam Menang (duet bersama Mawi), Bukan Propaganda (bersama Mawi), Senorita (bersama Dato' AC Mizal dan Shuib Sepahtu), Selamat Tinggal Masa (bersama Black Hanifah) dan Menangislah (bersama Mawi).

16. Pemegang trofi Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-57, Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30, Anugerah Khas PFM Anugerah Blokbuster 2012 dan banyak lagi.

17. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014. Sehingga kini dikurniakan dua cahaya mata bernama Syaikul Islam dan Sumayyah.

   

Baca: 7 Foto Keluarga, Ibu Bapa, Adik-Beradik Puteri Sarah Liyana Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Pengarah Syamsul Yusof Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Pelakon Puteri Sarah Liyana Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Kazar Saisi, Bapa Ira Kazar

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Ira Kazar, Anak Pelakon Kazar Saisi

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Puteri Sarah Liyana

   

Foto

biodata dan latar belakang pengarah syamsul yusof 2

biodata dan latar belakang pengarah syamsul yusof 3

biodata dan latar belakang pengarah syamsul yusof 4

biodata dan latar belakang pengarah syamsul yusof 5

biodata dan latar belakang pengarah syamsul yusof 6

Kredit foto: Instagram @syamsulyusoffilm

Video

Kredit video: Youtube Zayan My

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Astro Awani




Hakcipta iluminasi.com (2017)