hh

Oleh pada 24 Aug 2024 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Slot Lestary di TV3 bakal diisi dengan drama Mentua, yang akan mula dimainkan pada 24 Ogos 2024, setiap Khamis hingga Sabtu pukul 9 malam.

        

mentua drama

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

       

Drama ini adalah karya asli dan bukan adaptasi daripada mana-mana novel.

        

sinopsis mentua

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Siaran episod terkini boleh diakses 24 jam lebih awal di platform Tonton.

        

Sinopsis

'Mentua' mengisahkan tentang Azizah (Fauziah Ahmad Daud), seorang usahawan tekstil berjaya yang hidup bersama suaminya, Husin (Datuk Jalaluddin Hassan), seorang peguam dan tiga anak lelaki mereka — Amir (Syarul Ezani), Azim dan Akmal. Amir dan Azim merupakan pasangan kembar tak seiras.

Di luar, Azizah tampak seperti isteri dan ibu yang ideal, namun ada sisi lain dalam dirinya yang tak terjangkau.

Sejak mula, Azizah sering mengingatkan anak-anaknya agar memilih isteri setanding dengan dirinya. Apabila Amir memperkenalkan Emylia (Siti Elizad), seorang gadis yang penyayang dan bertanggungjawab, Azizah tidak menyambutnya dengan tangan terbuka. Sebaliknya, dia melihat Emylia sebagai ancaman — seorang pesaing yang mungkin akan menggugat kedudukannya dalam dunia perniagaan dan keluarga.

Dengan penuh kelicikan, Azizah mula merancang pelbagai cara untuk memisahkan Emylia dari hidup Amir, demi mengekalkan statusnya sebagai wanita paling berkuasa dalam keluarga mereka.

       

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Uncle Bos Mama (Slot Megadrama Astro Ria)

Baca: Biodata Apich Lo, Pelakon Drama Berepisod Mentua (TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lelaki Melayu Terakhir (Slot Samarinda TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dari Mata Turun Ke Hati (Slot Megadrama Astro Ria)

        

mentua episod

Kredit foto: Instagram Apich Lo

        

Pelakon / Cast

Fauziah Dato Ahmad Daud, Syarul Ezani dan Elizad Sharifuddin, tiga pelakon berkaliber, disatukan dalam gandingan mantap untuk menghidupkan watak-watak utama dalam drama ini.

        

mentua tv3

'Mentua' akan menggantikan siri 'Pengantin Pasti Jadi' di slot Lestary. Kredit foto: Instagram @aafiyah_inna

        

Karya ini juga menampilkan persembahan lakonan daripada deretan bintang ternama tanah air, iaitu Apich Lo, Dayang Areeda, Raden Zaharatul, Hanna Aqeela, Datuk Jalaluddin Hassan, Farahdhiya, Dzul Hadziq, Farhan Asri, Erry Putra, Jaja Iliyes, Jasper Supayah, Zarynn Min, Nasir Jani dan Inna Wal Afiyah.

        

Watak Pelakon

Fauziah Ahmad Daud sebagai Azizah

Siti Elizad Sharifuddin sebagai Emilia

Syarul Ezani sebagai Amir

Apich Lo sebagai Azim

Dayang Areeda sebagai Mimi

Raden Zaharatul sebagai Sherina

Hanna Aqeela sebagai Sofea

Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Husin

Farahdhiya sebagai Lidya

Dzul Hadziq sebagai Adam

Erry Putra sebagai Junid

Farhan Asri sebagai Akmal

Jaja Iliyes sebagai Sara

Jasper Supayah sebagai Siti

Zarynn Min sebagai Nadia

Nasir Jani sebagai Pak Zain

Inna Wal Afiyah sebagai Budak Kecil

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diarahkan oleh Zamri Zakaria yang penuh pengalaman, drama ini dibawa ke layar kaca oleh Orangetree Production Sdn Bhd.

Nukilah skrip oleh penulis Amin Shakib, Eja Lorena, Shida Zali, Siti Solehah Abdul Ghani dan Zarihah Hassan.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: JIKA TAKDIR - MARSHA MILAN [OFFICIAL AUDIO MUSIC OST MENTUA]

       

Tajuk: Jika Takdir

Penyanyi: Marsha Milan Londoh

Komposer: Sang Hitam, Mas Dewangga, Jova Devito

Penulis lirik: Mas Dewangga

        

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Pada 24 Ogos 2024, drama Mentua akan mula disiarkan setiap Khamis hingga Sabtu, tepat jam 9 malam, sebagai tambahan baru dalam slot Lestary TV3.

Penonton yang menggunakan platform Tonton mempunyai kelebihan akses awal, membolehkan mereka menonton episod baharu drama ini 24 jam sebelum tayangan TV.

        

Tajuk cerita? Mentua

Berapa episod? 15 episod

Setiap hari apa? Khamis hingga Sabtu

Bila tayang? Pukul 9 malam

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, Tonton

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)