Oleh pada 15 Feb 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

        

Drama terbaru adaptasi karya novel Aisya Sofea, 'Jendela Hati', menampilkan wajah hangat Anna Jobling dan kehadiran bintang MK K-Clique, bakal menyinari layar Viu.

         

jendela hati novel

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

         

Sinopsis

'Jendela Hati' mengisahkan tentang Farah (Anna Jobling) yang memenuhi wasiat terakhir arwah kembarnya, Sarah (Anna Jobling) dengan berkahwin bersama abang iparnya, Lukman (MK K-Clique) dan menjaga anak mereka, Zahin (Yusra Akma). Meskipun pernikahan direncanakan oleh pihak keluarga, Farah tanpa disedari terpikat dengan Lukman. Namun, Lukman masih berasa terjejas disebabkan kesedihan dan kebingungan emosinya selepas kehilangan Sarah. Farah, walaupun mirip dengan Sarah, dianggap asing oleh Lukman.

Drama mencorakkan hubungan mereka kerana adanya kelemahan dan ego dalam diri masing-masing. Lukman berjuang menunaikan kewajipan sebagai suami, sedang keliru dengan emosinya sendiri. Walaupun akhirnya mereka mempunyai perasaan yang sama, Lukman menghadapi kesukaran untuk menyuarakan cintanya dan menyakitkan perasaan Farah.

Setelah dua kali mengalami luka hati, Farah memilih untuk melanjutkan pelajaran dan membesarkan anaknya di luar negara.

Ketika kehidupannya kembali tenang, Lukman muncul kembali. Persoalannya, adakah hati Farah masih mampu memberi peluang kepada cinta Lukman selepas pengalaman kecewa yang begitu menyakitkan?

       

Baca: Info Dan Sinopsis Private Bodyguard, Drama Indonesia Berepisod (Viu)

Baca: 10 Filem, Drama Cinta Romantik Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: Biodata Pelakon Anna Jobling

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Takdir Itu Milik Aku (Slot Megadrama Astro Ria)

              

sinopsis jendela hati

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

         

Pelakon / Cast

Dalam Jendela Hati, Anna Jobling dan MK K-Clique menyertai barisan teraju utama, bersama-sama dengan Hanna Aqeela, Safwan Nazri, Qistina Khaled, Ezaidi Aziz, Syamim Farid, Syahir Shafein, Yusra Akma, RJ Helmy, Nick Naim, Wilma Muhammad, Shah Rezza, Fazlina Ahmad Daud dan Azhar Amir.

         

Watak Pelakon

Anna Jobling sebagai Farah & Sarah

MK K Clique sebagai Lukman Hafizi

Hanna Aqeela sebagai Myra

Qistina Khaled sebagai Liza

Yusra Akma sebagai Zarin

Safwan Nazri sebagai Nazim

Syahir Shafein sebagai Budi

Puan Syamim Farid sebagai Haryati

Fazlina Ahmad Daud sebagai Zahela

Wilma Muhammad sebagai Mak Engku

Dato Seri Shah Rezza sebagai Dato Lutfi

Azhar Amir sebagai Marzuki

Nick Naim sebagai Zulkarnain

RJ Helmy sebagai Johan

    

jendela hati drama 708

Kredit foto: Instagram Yusra Akma

          

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama ini, diadaptasi daripada novel 'Jendela Hati' terbitan produksi Global Station Sdn Bhd, melibatkan pengarah berbakat, MP Roslin MD Sharif dan penulisan skrip oleh Intan Zarina Mohd Yasin.

         

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Nastia - Demi Cinta OST. Jendela Hati (Official Audio)

       

Tajuk: Demi Cinta

Penyanyi: Nastia

Komposer: Leo Azman, Zach Zainir, Azim Jenk Ali, Rudy Nastia

Penulis lirik: Leo Azman, Zach Zainir, Azim Jenk Ali, Rudy Nastia

           

jendela hati episod

Kredit foto: Instagram Ezaidi Aziz

         

Waktu Siaran

Pada 15 Februari 2024, Jendela Hati akan membuka tayangan dengan episod baru setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 12 tengahari untuk jangka tempoh 15 episod, eksklusif di aplikasi Viu.

        

Tajuk cerita? Jendela Hati

Berapa episod? 15 episod

Setiap hari apa? Khamis hingga Sabtu

Bila tayang? Episod baru dikeluarkan jam 12 tengahari

Tonton di mana? Platform online, aplikasi Viu Malaysia

        

Kredit video: [Trailer] - JENDELA HATI Lakonan Anna Jobling , MK K-Clique , Hanna Aqeela - Tarikh Tayangan Episod 1 Pada 15 Februari 2024

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)