Oleh pada 20 Mar 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

      

"Terlanjur Cinta", drama terkini yang diterbitkan Rumah Karya Citra, adalah tontonan terkini dalam Viu Original dengan kehadiran pelakon-pelakon terkenal seperti Puteri Balqis, Syafiq Kyle, Syafie Naswip, Umie Aida, Syafi Tee, Khir Rahman, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.

        

terlanjur cinta episod

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

        

Cerita ini dibangunkan berdasarkan plot dan skrip asli tanpa mengambil adaptasi kisah dari mana-mana novel yang sedia ada.

        

Sinopsis

Terlanjur Cinta, adalah sebuah karya eksklusif yang pertama kali dilancarkan sempena bulan Ramadan di platform tersebut. Cerita ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang adik kepada abangnya dan masa depan keluarganya.

Aisyah, dengan niat untuk menyelamatkan abangnya, Salleh, daripada dipenjara dan untuk memberikan keluarganya jalan keluar dari kemiskinan, memutuskan untuk menerima pinangan seorang duda tua terlajak, Pak Majid.

Kesudahannya, Aisyah terpaksa mengabaikan perasaannya dan melupakan cintanya terhadap sahabat rapat sejak kecil, Amir.

Meskipun usia mereka berbeza dan watak yang berlainan, sifat Pak Majid yang memikat, beradab dan berbudi bahasa membuatkan Aisyah terpikat kepadanya.

Walau bagaimanapun, cahaya kebahagiaan itu pudar menjadi kekecewaan apabila Pak Majid, yang baru kembali dari lawatan kerja, memperkenalkan isteri kedua yang baru. Perubahan dalam sikap Pak Majid menyebabkan Aisyah berasa keliru.

Pada masa ini, Aisyah terpaksa berusaha keras untuk menjaga kehidupan barunya yang tidak lagi menjanjikan kebahagiaan.

Pada sisi lain, Amir yang menanti-nantikan Aisyah, kini mempersoalkan diri, dengan pertanyaan yang sering menerpa - adakah masih tersedia kesempatan baginya untuk membahagiakan Aisyah?

Amir masih setia menanti dari kejauhan, mengharap dapat membawa Aisyah kepada kebahagiaan yang sepatut menjadi haknya. Adakah Aisyah berjaya menemui kebahagiaan yang selama ini diidamkan?

        

Baca: Info Dan Sinopsis Private Bodyguard, Drama Indonesia Berepisod (Viu)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jendela Hati (Viu)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Astro Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

         

terlanjur cinta drama

Tarikh mula tayang Terlanjur Cinta pada 14 Mac 2024. Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

      

Pelakon / Cast

Siri ini menampilkan barisan pelakon terkenal dari tanah air untuk menyokong perwatakan yang dimainkan.

        

terlanjur cinta viu

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

        

Watak-watak digerakkan oleh ramai pelakon 'A-List' seperti Puteri Balqis Ashikin, Syafiq Kyle, Syafie Naswip, Syafi Tee, Datin Seri Umie Aida, Khir Rahman, Sharifah Sakinah, Anne Abdullah, Sobri Anuar Tarmizi, Taqim Zaki, Eldania Zahra dan Yogi Tama.

        

Watak Pelakon

Puteri Balqis Ashikin sebagai Aisyah

Syafiq Kyle sebagai Amir

Syafie Naswip sebagai Salleh

Datin Seri Umie Aida sebagai Mariam

Syafi Tee sebagai Hassan

Khir Rahman sebagai Pak Majid

Taqim Zaki sebagai Manan

Anne Abdullah sebagai Mak Amir

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya produksi Rumah Karya Citra ini, yang dihasilkan dengan arahan kreatif Izuan Mokhtar, diperkayakan dengan penulisan skrip oleh Erma Fatima (Eirma Fatima).

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Aina Abdul - Terus Hidup (Official Music Video)

       

Tajuk: Terus Hidup

Penyanyi: Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul

         

sinopsis terlanjur cinta

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

        

Waktu Siaran

Episod drama ini akan dibawakan dalam 12 bahagian episod di Viu Malaysia, bermula 14 Mac 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, mulai jam 12 tengah hari.

        

Tajuk cerita? Terlanjur Cinta

Berapa episod? 12 episod

Setiap hari apa? Khamis hingga Sabtu

Bila tayang? Episod baru dikeluarkan pukul 12 tengah hari

Tonton di mana? Platform online, aplikasi Viu Malaysia

        

Kredit video: [Trailer Rasmi] Viu Original Terlanjur Cinta | Viu Malaysia

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)