Oleh pada 21 Mar 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

       

Siri drama Indonesia berjudul 'Private Bodyguard', hasil terbitan SinemArt, telah memulakan penayangan pada 8 Mac 2024 sebagai sebahagian daripada katalog Viu Original.

         

private bodyguard viu

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

       

Karya terbaru adaptasi novel 'Private Bodyguard' oleh Caroline Puspojudo menggabungkan bakat Junior Roberts, Fattah Syach, Arya Mohan, Harry Vaughan dan Sandrina Michelle dalam sebuah drama yang boleh dinikmati secara eksklusif di Viu.

       

Sinopsis

Empat beradik popular terkejut apabila gadis yatim piatu yang sering bertengkar dengan mereka di sekolah tiba-tiba diambil menjadi anak angkat oleh bapa mereka. Namun, seiring masa berlalu, mereka semakin rapat dan mendapati memiliki seorang adik perempuan untuk dilindungi dan menjadi 'voice of reason' mereka adalah apa yang mereka perlukan.

        

private bodyguard indonesia drama

Kredit foto: Instagram Private Bodyguard Official

       

Cerita ini mengisahkan tentang perjalanan Fely yang menjadi anggota keluarga empat adik-beradik popular di sekolah, dikenali sebagai 4 Prince, setelah diambil oleh bapa mereka sebagai anak angkat. Walaupun pada mulanya hubungan mereka tegang, mereka akhirnya menyedari pentingnya ikatan keluarga dan menjadikan Fely sebahagian daripada keluarga mereka.

       

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terlanjur Cinta (Viu)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jendela Hati (Viu)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Astro Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

        

Pelakon / Cast

Watak utama dalam drama ini diperankan oleh Sandrinna Michelle, Junior Roberts, Fattah Syach, Arya Mohan dan Harry Vaughan.

        

private bodyguard cast

Kredit foto: Instagram Private Bodyguard Official

        

Plot cerita diperkukuhkan dengan kehadiran watak tambahan yang dimainkan oleh Umar Lubis, Zenia Zein, Rafi Sanjaya, Annisa Kaila, Kevin Faulky, Sharon Sahertian, Fatu Yaffa, Gabriella Quinlyn, Ratu Rafa dan ramai lagi.

       

Watak Pelakon

Sandrinna Michelle sebagai Felysia / Fely

Junior Roberts sebagai Raga Winston

Fattah Syach sebagai Jordan Winston

Harry Vaughan sebagai Naviro Winston

Arya Mohan sebagai Helga Winston

Umar Lubis sebagai Johan

Rafi Sanjaya sebagai Hema

Zenia Zein sebagai Chloe

Annisa Kaila sebagai Yolanda

Gabriella Quinlyn sebagai Shania

Sharon Sahertian sebagai Miranda

Kevin Faulky sebagai Kai

Fatu Yaffa sebagai Alin

Ratu Rafa sebagai Monica

Dina Lorenza sebagai Ida

Alessia Cestaro sebagai Flora

Daniel Leo sebagai Rama

Giovanni Tobing sebagai Andre

Zahra Rara sebagai Bu Alya (Guru BK)

Roweina Umboh sebagai Bu Ari

Dasha March Relovhel sebagai Felicia

Boy Permana sebagai Rio

Gadita Berlian sebagai Chloe (9 tahun)

Varen Arianda sebagai Dino (7 - 9 tahun)

Queen Jasmine sebagai Davina

Tike Priatnakusumah sebagai Ratih

Ena Pasaribu sebagai Pegy

Alfian Phang sebagai Baim

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama yang diadaptasi dari novel 'Private Bodyguard' terbitan produksi SinemArt ini membawa sentuhan pengarah, Asep Kusnidar dan tulisan skrip oleh Lintang Pramudya Wardhani, Angga Haryono, Nuridzka Mutiaradini dan Seana Zavira.

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Kalimat Cinta (From Viu Original "Private Bodyguard")

       

Tajuk: Kalimat Cinta

Penyanyi: Biancadimas

Komposer: Bianca Nelwan, Dimas Wibisana

Penulis lirik: Bianca Nelwan, Dimas Wibisana

      

Waktu Siaran

"Private Bodyguard" merupakan sebuah siri dengan 15 episod yang berjalan selama 30 minit setiap siarannya. Anda boleh menonton drama ini di platform Viu bermula 8 Mac 2024, dengan episod baru setiap Jumaat dan Sabtu pada pukul 12 tengah hari.

        

private bodyguard episode

Kredit foto: Instagram Private Bodyguard Official

       

Jadual Tarikh Tayangan

8 Mac 2024 - Episod 1 & 2

9 Mac 2024 - Episod 3

15 Mac 2024 - Episod 4

16 Mac 2024 - Episod 5

22 Mac 2024 - Episod 6

23 Mac 2024 - Episod 7

29 Mac 2024 - Episod 8

30 Mac 2024 - Episod 9

5 April 2024 - Episod 10

6 April 2024 - Episod 11

12 April 2024 - Episod 12

13 April 2024 - Episod 13

19 April 2024 - Episod 14

20 April 2024 - Episod 15 (Akhir)

        

Tajuk cerita? Private Bodyguard

Berapa episod? 15 episod

Setiap hari apa? Jumaat dan Sabtu

Bila tayang? Episod baru dikeluarkan jam 12 tengah hari

Tonton di mana? Platform online, aplikasi Viu Malaysia

        

Kredit video: Trailer Episode 1 | Private Bodyguard (Series) | Sandrinna Michelle, Junior Roberts, Fattah Syach | Bahasa Indonesia

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)