Kredit foto: Instagram @amyleaazizan

Biodata

1. Amylea Azizan juga sebelum ini pernah dikenali sebagai Amylea AF dan Amylea OIAM. 

2. Lahir pada 26 November 1986 di Alor Setar, Kedah.

3. Anak sulung daripada tiga beradik.

4. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri, Langkawi.

5. Bertugas sebagai juruhebah sambilan di Radio Langkawi selama setahun sewaktu masih menuntut di tingkatan lima.

6. Menimba pengalaman sebagai penyanyi di Sheraton Perdana selama setahun, ketika menggantikan tempat ibunya yang sakit.

7. Bermula sebagai penyanyi, beliau turut mengembangkan bakat sebagai komposer dan penulis lirik.

8. Bakatnya dicungkil menerusi program realiti, Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) yang turut melahirkan penyanyi Mawi, Marsha Milan dan Idayu. Beliau merangkul tangga ketiga.

9. Juga bekas peserta program One In A Million musim ketiga (OIAM 3) siaran TV8, namun hanya bertahan hingga konsert Top 5. Turut disaingi Tomok, Aweera dan One (Forteen).

10. Pada 2017, Amylea membuat kemunculan semula di Akademi Fantasia (AF) Megastar yang menghimpunkan 24 alumni terbaik 13 musim AF, begitupun tersingkir di minggu kedua Konsert Homecoming.

11. Pernah menghasilkan sebuah album studio berjudul 'Selepas 3' pada 2009.

12. Antara lagu-lagu pernah dirakamkannya termasuk Ku Berserah, Aku Sindarela, Seperti Dia, Tak Pernah Hilang (duet bersama Kaer Azami) dan Tetap Kamu (bersama Megat).

13. Tercalon dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 untuk kategori Artis Baru Popular.

14. Berentap di Anugerah Juara Lagu ke-33 bersama Kaer menerusi 'Tak Pernah Hilang' karya ciptaan Farouk Roman dengan lirik hasil tulisannya sendiri.

Foto

biodata amylea azizan penyanyi lagu tetap kamu 2

biodata amylea azizan penyanyi lagu tetap kamu 3

biodata amylea azizan penyanyi lagu tetap kamu 4

biodata amylea azizan penyanyi lagu tetap kamu 5

biodata amylea azizan penyanyi lagu tetap kamu 6

Kredit foto: Instagram @amyleaazizan

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2, 3]

2. Mstar

3. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)