Kredit foto: Instagram Erysha Emyra

Siapa Erysha Emyra? Beliau merupakan pendatang baharu dalam bidang lakonan yang bakal membuat kemunculan dalam drama berepisod terbaharu TV3, berjudul Perempuan Itu.

Siri garapan pengarah Isma Yusof dan Ain Sharif ini antara lain turut melibatkan pelakon popular tanah air iaitu Zul Ariffin, Mimi Lana, Siti Hariesa, Eman Manan, Iqbal Zulkefli, Amir Ahnaf (Hero Remaja), Elfriena A, Amar Asyraf dan ramai lagi.

Biodata Dan Latar Belakang

Nama penuh: Nur Erysha Emyra Zakaria

Nama komersial: Erysha Emyra

Umur: 23 tahun (2022)

Tarikh lahir: 1 Disember 1999

Asal: Kuala Lumpur

Keluarga: Anak kedua daripada tiga orang adik beradik

Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminudin Baki

Kerjaya: Pelakon, model sambilan

Instagram (IG): @eryshaemyra

Fakta Menarik

1. Anak kepada dramatis terkenal kelahiran Pasir Mas, Kelantan, Datin Sri Noniswara Baharudin (Noniswara).

2. Pernah viral kerana mencapai keputusan cemerlang, 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan dan Ekonomi.

3. Selain Erysha, Noniswara juga mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan pertamanya bersama Zakaria Rahman, iaitu Naveer Mihshon Zakaria dan Nazeer Danish.

4. Suami kedua Noniswara ialah Datuk Rosman Ridzwan, manakala perkahwinan ketiganya bersama ahli perniagaan, Dato’ Sri Dr Sheikh.

5. Menurut Nonis, Erysha adalah seorang anak yang amat menitikberatkan soal penampilan dan kebersihan, selain bersifat cerewet dan tegas dalam memperjuangkan pendiriannya.

6. Erysha menyambung pengajian di pusat pengajian tinggi dengan mengambil jurusan perakaunan.

7. Akan datang, beliau bakal membuat kemunculan di kaca TV3 menerusi drama bersiri Perempuan Itu, lakonan bersama Zul Ariffin, Mimi Lana dan Siti Hariesa.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Perempuan Itu (TV3)

Gambar

erysha emyra ig

erysha emyra

erysha emyra umur

anak noniswara

pelakon perempuan itu 907

noniswara

suami pertama noniswara

adik beradik erysha emyra

perempuan itu 999

perempuan itu drama 585

Kredit foto: Instagram Erysha Emyra

Video

Kredit video: Lisdawati dan Noniswara Kongsi Kejayaan Anak-Anak - MeleTOP Episod 229 [21.3.2017]

Sumber:

1. Anak Noniswara cemerlang dalam SPM

2. Wajah Anak Dara DATIN SRI NONISWARA Di Usia 22 Tahun. Ibu, Anak Sama Cantik!

3. Instagram Erysha Emyra




Hakcipta iluminasi.com (2017)