Oleh pada 17 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Malam pengiktirafan buat karyawan yang terbabit dalam pembikinan rancangan televisyen dan filem-filem buatan Malaysia, kini kembali!

Anugerah Skrin (ASK) edisi 2019 akan berlangsung pada 1 November ini dengan menampilkan persaingan antara karya-karya hebat daripada pengarah, pelakon dan pekerja belakang tabir.

   

Kategori

Sebanyak 30 kategori dipertandingkan yang terdiri daripada 14 kategori drama, tujuh kategori filem serta sembilan kategori bukan drama dan teknikal.

Tiga kategori baharu yang diperkenalkan pada tahun lalu masih diteruskan iaitu Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian, yang mana kesemuanya berada dalam kategori drama.

   

Pengacara

Seperti tahun lalu, Anugerah Skrin 2019 mengekalkan konsep 'tanpa pengacara', dengan menampilkan beberapa pasangan selebriti untuk mengemudikan program.

Pasangan yang bakal digandingkan ialah Zizan Razak dan Nabila Huda, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Elly Mazlein dan Shuk Sahar, serta Eira Syazira dan Azad Jasmin.

   

Persembahan

Penonton bakal dihiburkan dengan selingan persembahan daripada pasangan duo popular masa kini seperti Datuk Jamal Abdillah dan Sissy Imann, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah, Syamel dan Ernie Zakri, serta Santesh dan Ayda Jebat.

Tidak ketinggalan, penampilan Andi Bernadee, sketsa komedi daripada Ebby Yus, Issey dan Zizi Kirana, persembahan silap mata The MADgicians dan tarian oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae.

    

pemenang anugerah skrin 2019

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Pengumuman Pemenang

Pemenang tujuh kategori akan diumumkan lebih awal iaitu pada 27 Oktober ini menerusi program Melodi TV3.

Manakala pemegang trofi bagi 23 kategori lain hanya akan didedahkan pada malam ASK2019 pada 1 November ini.

   

Sumber berita: Anugerah Skrin 2019 Kekalkan Konsep Tanpa Pengacara

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)