Oleh pada 02 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Filem One Two Jaga arahan Namron diangkat sebagai Filem Terbaik dalam Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam tadi.

Tidak hanya itu, filem drama aksi jenayah itu turut mengungguli kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Dr. Rosdeen Suboh), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Zahiril Adzim) dan Lakon Layar Terbaik (Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq).

Sementara itu, drama bersiri Di Sisi 'menang besar' dengan keseluruhan lima trofi menerusi kategori Drama Terbaik, Pengarah Terbaik (Wan Afzam Wan Daud), Penyunting Drama Terbaik (Izar Masuri), Lakon TV Terbaik (Amin Masyur) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ruzaidi Rahman).

ASK 2019 mengekalkan konsep 'tanpa pengacara' dengan menampilkan gandingan 12 penyampai anugerah terdiri daripada pasangan Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin, Eira Syazira dan Azad Jasmin serta Elly Mazlein dan Shuk Sahar.

Turut memeriahkan majlis, beberapa penyanyi yang membuat persembahan secara duo, iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Sissy Imann, Syamel dan Ernie Zakri, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah serta Ayda Jebat dan Santesh.

Antara lain, penonton dihiburkan dengan pertunjukan silat mata oleh The MADgicians, tarian oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae, sketsa komedi daripada Ebby Yus, Issey dan Zizi Kirana serta penampilan Andi Bernadee.

Berikut senarai penuh para pemenang:

    

drama di sisi

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2019

  1. Filem Terbaik - One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)
  2. Drama Terbaik - Di Sisi (Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia)
  3. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) - Kamar Kamariah (Suhan Movies & Trading Sdn.Bhd.)
  4. Pengarah Terbaik Filem - Mamat Khalid (Hantu Kak Limah)
  5. Pengarah Terbaik Drama - Wan Afzam Wan Daud (Di Sisi)
  6. Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Dr. Rosdeen Suboh (One Two Jaga)
  7. Pelakon Wanita Terbaik Filem - Diana Danielle (Gol & Gincu Vol.2)
  8. Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Faizal Hussein (Samad Tedung)
  9. Pelakon Wanita Terbaik Drama - Nabila Huda (Dia Tidak Berdosa)
  10. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian - Datuk Fizz Fairuz (Kamar Kamariah)
  11. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian - Zara Zya (Pia)
  12. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Zahiril Adzim (One Two Jaga)
  13. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Siti Saleha (7ujuh)
  14. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Ruzaidi Rahman (Di Sisi)
  15. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Amyza Aznan (Batik Zakiah)
  16. Lakon Layar Terbaik - Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq (One Two Jaga)
  17. Lakon TV Terbaik - Amin Masyur (Di Sisi)
  18. Penyunting Drama Terbaik - Izar Masuri (Di Sisi)
  19. Videografi Drama Terbaik - Junaimeramfizal Rahmat (Telingkah)
  20. Drama Komedi Terbaik - Budak Usin (Radius One Sdn.Bhd.)
  21. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina) - Sweet Delicacy (The Rock Production Sdn. Bhd.)
  22. Rancangan Hiburan Terbaik - Konsert Minggu Ini (Ratu 2.0) Ellia Norni Elias & Rashidah Ali
  23. Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Juara Lagu 33 (Nurhul Huda Haji Khalid & Hamsiah Biri)
  24. Rancangan Realiti Terbaik - The Z Power
  25. Rancangan Bual Bicara Terbaik - Feel Good Show (Istimewa Deepavali) Intan Noorbaizura & Thayalan Krishna
  26. Rancangan Majalah Terbaik - Sahabat Backpackers
  27. Rancangan Dokumentari Terbaik - Majalah 3 (Pertabalan Yang Dipertua Agong Yang Ke-16) Christine Lee Mee Chin & Zerry Fancis)
  28. Montaj Terbaik - Mohd Rizuan And Rahman & Zarul Eskandar (Halaqah 2019)
  29. Rekabentuk Set Terbaik - Mohd. Rafi & Mohd. Rashidy Samsudin (Anugerah Skrin 2018)
  30. Laporan Khas Berita Terbaik - Buletin Utama (Aduan Rakyat - Kampung Sampah) Khairul Rizuan Azizan & Khairul Azwan Khalid

    

calon anugerah skrin 2019

ask 2019

senarai pemenang anugerah skrin 2019

keputusan anugerah skrin 2019

pemenang anugerah skrin 2019 565

one two jaga

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia & Instagram Drama Sangat

   

Kredit video: [LIVE] Karpet Merah Anugerah Skrin 2019

   

Kredit video: [LIVE] Anugerah Skrin 2019

   

Sumber berita: [Senarai Lengkap Pemenang] - Filem One Two Jaga & Drama Bersiri Di Sisi Dominasi Anugerah Skrin 2019

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)