Oleh pada 06 Oct 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Syok

Dengan tagline 'Yang Fresh, Yang Legend', Anugerah MeleTOP Era (AME) kembali untuk edisi yang kelapan bagi tahun 2021.

Memandangkan negara kini sedang menuju ke pasca pandemik, penganjuran AME masih dilaksanakan dalam peraturan dan norma baharu menerusi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan.

Namun peminat seni akan diberi kelonggaran untuk menghadiri acara AME dengan mematuhi SOP ditetapkan, bergantung kepada keadaan situasi semasa atau sebarang arahan terbaru yang diterbitkan kerajaan.

Istimewa AME 2021 adalah beberapa elemen segar yang disuntik, juga kemunculan tiga kategori baharu!

anugerah meletop 99

Kredit foto: Instagram Meletop

Kategori

Tiga kategori baharu yang pertama kali dipertandingkan ialah Personaliti TV MeleTOP, BBNU MeleTOP dan Video MeleTOP.

Ia rentetan ledakan fenomena yang dicetuskan oleh generasi BBNU dan pempengaruh lewat ini yang telah membawa nama mereka menembusi dunia hiburan menerusi populariti gah yang diraih.

Bagaimanapun dua kategori lama telah digugurkan dan tidak lagi diteruskan, iaitu Hos MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Kesemua 16 kategori utama AME 2021 ialah:-

1. Artis Baharu MeleTOP

2. BBNU MeleTOP

3. Influencer MeleTOP

4. Lagu MeleTOP ERA

5. Penyanyi MeleTOP ERA

6. Grup/Duo MeleTOP ERA

7. Drama MeleTOP

8. Filem MeleTOP

9. Pelakon MeleTOP

10. Bintang Filem MeleTOP

11. Artis Versatil MeleTOP

12. Personaliti TV MeleTOP

13. Couple MeleTOP

14. Program MeleTOP

15. Video MeleTOP

16. Si Cilik MeleTOP

Kategori kemuncak iaitu Top Top MeleTOP Lelaki, Top Top MeleTOP Wanita dan Top Top MeleTOP Grup/Duo, akan turut mendapat penilaian oleh juri profesional yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan berpengaruh kuat dalam industri hiburan tanah air, bagi mengangkat kredibiliti kemenangan ke tahap yang lebih tinggi.

anugerah meletop era 27

Antara kategori yang dipertandingkan. Kredit foto: Instagram Meletop

Format Penjurian

AME memberikan kuasa seratus peratus kepada para peminat dalam menentukan selebriti yang dirasakan layak untuk merangkul trofi juara bagi setiap kategori.

Manakala kategori utamanya iaitu Top Top MeleTOP akan melibatkan penilaian daripada jemaah juri profesional yang dilantik.

Cara Mengundi

Peminat boleh mengundi menerusi undian fasa pertama dalam menentukan calon Top 5 bermula 5 Oktober 2021, jam 6 petang sehingga 19 November 2021, jam 6 petang.

   

Undian boleh dilakukan di laman sesawang rasmi www.anugerahera.com.my atau aplikasi SYOK.

Undian fasa 2 yang juga boleh dibuat melalui kiriman SMS bermula dari 14 Disember 2021, pukul 6 petang hingga 30 Januari 2022.

   

anugerah meletop era 2021

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pengacara

Menampilkan pasangan hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersama rakan gandingan terbaru mereka, Sherry Al Hadad yang akan sama-sama memegang peranan mengemudi pentas utama AME edisi kali ini.

Persembahan

AME2021 juga akan dihangatkan dengan selingan persembahan istimewa gabungan para penyanyi 'lejen' dan 'BBNU' ternama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Noraniza Idris, Bunga, Yonnyboii, Zynakal serta ramai lagi. 

   

Penaja

100PLUS sebagai penaja utama yang juga bertanggungjawab membawakan dua kategori, Influencer MeleTOP dan Artis Versatil MeleTOP.

Tidak ketinggalan, portal Gempak dan aplikasi SYOK sama terlibat sebagai rakan digital rasmi.

meletop undi

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Waktu Siaran

Nantikan siaran langsung acara kemuncak AME 2021 yang akan ditayangkan pada 30 Januari 2022 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria (104) pada jam 9 malam.

Tonton secara strim di aplikasi Astro Go, Sooka dan On Demand, manakala versi format resolusi kualiti 4K UHD disediakan khas buat para pengguna dekoder Ultra Box di saluran Astro 4K UHD (saluran 780).

KEMASKINI: AME2021 telah ditunda pada saat-saat akhir sewaktu bulan Januari yang lalu. Justeru beberapa pembaharuan telahpun diperkenalkan. Untuk info terkini mengenai acara anugerah ini yang bakal berlangsung pada 29 Mei 2022, baca artikel: Info Penuh Anugerah Meletop Era (AME) 2021 / 2022

Baca: Senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era (AME) 2021 / 2022

Baca: Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020

Baca: Senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020)

Baca: Senarai Persembahan Dan Penyampai Trofi Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020

Baca: Info Penuh Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020

    

Kredit video: Astro Umum Calon Anugerah MeleTOP Era 2021 Diumumkan, Perkenal 3 Yang Baharu, Gugurkan Dua Kategori

Sumber:

1. AME 2021 Tampil 3 Kategori Baharu, Rancang Bawa Semula Penonton Untuk Acara Kemuncak

2. Meletop




Hakcipta iluminasi.com (2017)