Oleh pada 26 May 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Anugerah Meletop Era (AME) 2021 adalah kemuncak anugerah pertama Malaysia dalam fasa endemik yang ditentukan oleh undian daripada peminat, dan bakal diserikan dengan segmen persembahan melibatkan penghibur yang bergelar lagenda selain bakat baharu.

Sebelum ini, AME2021 ditunda pada saat-saat akhir ketika bulan Januari yang lalu. Setelah empat bulan penantian, acara ini dibawakan kembali khas buat peminat seni hiburan.

anugerah meletop era 2022

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Tema

Anugerah MeleTOP ERA edisi kelapan atau ‘AME2021’ membawa tema busana Glam Legend dengan tagline #YangFreshYangLegend.

‘AME 2021’ menjanjikan lebih banyak kemeriahan dan kejutan memandangkan fasa endemik ini dapat membuka ruang untuk penganjuran anugerah yang lebih sempurna dari segi persembahan, kehadiran para penonton mahupun selebriti dan gimik.

Tagline tambahan #TetibaAME2021 diperkenalkan selari dengan pengumuman Hari Raya secara mengejut yang telah menggamatkan seluruh negara beberapa minggu lalu.

Justeru, buat pertama kali, kemeriahan sambutan lebaran ini bakal digandakan lagi dengan persembahan berkonsepkan Hari Raya, bersempena dengan penganjuran AME pada bulan Syawal.

‘AME 2021’ menjanjikan pelbagai pembaharuan sebagai antara tarikan bagi memastikan ia terus kekal relevan.

Kategori

Sebanyak tiga kategori baharu akan diperkenalkan dalam pengelolaan kali ini iaitu Personaliti TV MeleTOP, BBNU MeleTOP dan Video MeleTOP.

Ia dibuat susulan kebanjiran bintang remaja atau lebih terkenal dengan istilah 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) dan pempengaruh yang mewarnai industri hiburan tempatan dengan populariti yang dikecapi.

Sehubungan dengan itu, dua kategori lama digugurkan dan tidak akan diteruskan, iaitu kategori Hos MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Senarai penuh 16 kategori utama:-

Artis Bahari MeleTOP

BBNU MeleTOP

Influencer MeleTOP

Lagu MeleTOP ERA

Penyanyi MeleTOP ERA

Grup/Duo MeleTOP ERA

Drama MeleTOP

Filem MeleTOP

Pelakon MeleTOP

Bintang Filem MeleTOP

Artis Versatil MeleTOP

Personaliti TV MeleTOP

Couple MeleTOP

Program MeleTOP

Video MeleTOP

Si Cilik MeleTOP

Tiga kategori kemuncak ialah Top Top MeleTOP Lelaki, Top Top MeleTOP Wanita dan Top Top MeleTOP Grup/Duo.

   

Baca: Senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era (AME) 2021 / 2022

anugerah meletop era 2021 680

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Format Penjurian

Format penjurian untuk edisi kali ini pula masih akan mengekalkan sistem undian 100% daripada peminat dalam menentukan pemenang yang dirasakan layak untuk menjulang trofi bagi setiap kategori.

Manakala bagi kategori utama iaitu Top Top MeleTOP, buat julung kalinya ia ditentukan dengan kaedah penjurian secara profesional oleh sekumpulan juri yang dilantik, terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan berpengaruh dalam industri hiburan tanah air bagi mengangkat kredibiliti kemenangan ke tahap yang lebih tinggi.

Cara Mengundi

Kempen undian AME 2021 fasa pertama dilancarkan bagi menentukan calon 'Top 5' bermula 5 Oktober 2021, jam 6 petang sehingga 19 November 2021, jam 6 petang.

Proses undian melalui laman sesawang rasmi www.anugerahera.com.my atau aplikasi SYOK.

Sementara undian fasa kedua yang juga boleh dilakukan melalui SMS bermula dari 14 Disember 2021, pukul 6 petang hingga 30 Januari 2022.

ame 2021

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pengacara

AME 2021 menggandingkan tiga personaliti popular sebagai barisan hos iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad. Namun ada kemungkinan penganjuran kali ini bakal mengetengahkan lebih daripada 3 pengacara asal.

Ia bakal didahului dengan ‘Konsert Tirai AME 2021’ yang diacarakan personaliti ERA, Danial Zaini dan Isha Norsham pada tayangan jam 8.30 malam.

Persembahan

Antara artis yang akan merancakkan pentas ‘AME 2021’ adalah barisan penyanyi legend dan Budak Baru Nak Up (BBNU) yang terdiri daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Search, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Aina Abdul, Hael Husaini, MK K-Clique, Yonnyboii, Khai Bahar, Syamel, Amir Masdi, Dolla, De Fam, Zizi Kirana, HanByul, Tomok, Bunga, Afieq Shazwan, Zynakal, Wany Hasrita, Tajul dan Usop.

Manakala, ‘Konsert Tirai AME 2021’ pula bakal dihangatkan dengan kemunculan penyanyi Isaac Voo IN2IT, Aisya Retno, Aweera, Wany Kayrie, Fieya Julia, Ara Johari, serta Yazid Izaham dan ramai lagi.

Menghangatkan bahang AME adalah acara ‘Showcase AME 2021’ yang menampilkan gandingan Munabella dan Zahier Yusoff sebagai hos, bersama barisan artis hebat seperti Imsoniacks, ChronicalZ, Daniel Chuer dan Irfan Haris.

'Showcase' ini akan berlangsung pada 29 Mei bermula pukul 4 hingga 5 petang di perkarangan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ia juga boleh ditonton secara strim di platform-platform digital Era yakni SYOK, Facebook, YouTube dan TikTok.

Penyampai Trofi

Selain daripada itu, antara selebriti yang ditugaskan sebagai penyampai trofi ialah Faizal Hussein, Rozita Che Wan, Kamal Adli, Uqasha Senrose, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan lain-lain.

Penaja

Acara ‘AME2021’ menggunakan khidmat penajaan jenama minuman isotonik 100PLUS yang mengaktifkan acara ini selaku penaja utama.

Penerbitannya turut disokong oleh portal Gempak dan aplikasi SYOK sebagai rakan digital rasmi.

ame 2022

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Waktu Siaran

Rangkaian program AME 2021 akan bersiaran secara eksklusif dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Mei 2022, secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) serta boleh distrim online menerusi Astro GO, On Demand dan Sooka.

Konsert Tirai AME 2021 - 29 Mei 2022, 8.30 malam

AME 2021 - 29 Mei 2022, 9 malam

Baca: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021 / 2022

Baca: Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020

Baca: Senarai Calon Top 5 Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021 / 2022

Kredit video: (OFFICIAL MV) MeleTOP #AME2021 - Syamel, Iman Troye, Darmas, Lil J, Yonnyboi, Dolla | MeleTOP

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)