Kredit foto: Instagram Jiggy Masin
Pelakon dan pengacara Elly Ariffin, 31, mendedahkan dirinya dengan suami, pelawak Jiggy dari kumpulan Masin sudah bercerai pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.
Elly atau nama lengkapnya, Nurul Elyana Kamalul Arifin bagaimanapun menutup mulut daripada berbicara lanjut tentang punca perceraian mereka.
"Ya, saya sudah bercerai hujung Januari lalu. Saya perlukan masa untuk berkongsi hal peribadi kepada orang luar.
“Lagipun saya perlu menghormati dan menjaga perasaan kedua-dua belah pihak. Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami terlerai kerana tiada lagi persefahaman," katanya seperti dipetik daripada laporan Harian Metro.
Dalam pada itu, Elly akui dirinya selaku wanita tidak pernah menjangkakan perkara sedemikian daripada berlaku dalam perkahwinan yang didirikan.
Kredit foto: Instagram Jiggy Masin
"Tiada siapa yang minta, lebih-lebih lagi di usia saya yang masih muda. Namun, saya reda dengan apa yang sudah tertulis.
"Walaupun apa yang dilalui ini berat tapi saya perlu kuat untuk teruskan kehidupan ini," katanya.
Spekulasi keruntuhan rumah tangga dua selebriti ternama terbabit mula hangat diperkatakan netizen apabila rata-rata mula mendapati tiada lagi perkongsian foto mereka bersama di laman sosial Instagram.
Terdahulu, Elly dan Jiggy menyulam cinta selama tujuh tahun sebelum disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 9 September 2016.
Sumber berita: Elly dan Jiggy Masin sudah bercerai sejak Januari