Oleh pada 05 Jul 2017 kategori

bekas suami kecewa tak jumpa anak ketika raya elly mazlein dedah perangai buruk lampau azmi 1

Kredit foto: pinterest.com 

Rentetan kenyataan kontroversi pelakon Faye Kusairi perihal suaminya, Azmi Hatta yang dikatakan "patah hati" kerana tidak dapat meluangkan masa bersama anak perempuannya, Sefhia pada hari raya, penyanyi Elly Mazlein tampil dengan kenyataan balas.

Menurut Elly dalam pendedahan yang dibuat menerusi kiriman Instagramnya, dia enggan menyerahkan Sefhia ke tangan Hatta kerana anaknya itu masih menyusu badan.

Malah Elly turut mendedahkan perangai buruk bekas suaminya pada masa lalu yang tidak ambil peduli akan kebajikan Sefhia ketika bayi itu dilanda sakit kuning. 

bekas suami kecewa tak jumpa anak ketika raya elly mazlein dedah perangai buruk lampau azmi 2

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

Macam mana Kakak Lina nak bagi anak pada si bapa untuk bawa bermalam ke kampung halaman desa nan permai. Sefhia masih menyusu badan ni ada hati nak ambil Sefhia sampai empat hari di hari raya. Di manakah otak? Sefhia pun tak kenal kamu dan juga orang sekeliling kamu. Kalau Sefhia menangis tak berhenti empat hari tak ke kamu mendera budak itu. Persiapan Sefhia RM1500 tak dapat lagi, lagi nak cerita pasal "patah hati". Masa Sefhia masih bayi tak sampai 1 bulan tengah sakit kuning, jenguk anakpun tak sebab sibuk bercinta dengan "Si Tembok Lusoh", hantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan Sefhia langsung kamu tak nak hantar. Sekarang ada hati nak cerita pasal "patah hati" kamu.

Penjelasan Elly mendapat sokongan rata-rata para pengikutnya yang beranggapan tindakan Elly adalah wajar demi kebaikan anaknya.


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)