Oleh pada 30 Apr 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

Penyanyi Elly Mazlein mengakui beliau kini lebih selesa mengiyakan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya kerana sudah lelah dengan cemuhan yang tidak berasas.  

Bila ada pihak yang memberikan kejian serta kritikan yang tidak membina, saya jadi malas. Ada yang mengatakan saya suka menjaja cerita sama sahaja, saya hanya mengiyakan sahaja. Bila ada pihak yang mengatakan saya sebagai janda gila glamor, saya pun mengiyakan sahaja. Bagi saya, mengiyakan apa yang mereka kata lebih mudah. Saya tak mahu komen dengan lebih lanjut. Apa yang penting, saya kini mahu menumpukan sepenuh fokus dalam karier dan mencari rezeki untuk anak dan bapa saya. Alhamdulillah, perkembangan karier saya semakin bagus selepas saya menyertai Gegar Vaganza.

Sumber: Astro Gempak 

Dalam perkembangan kerjaya seninya, Elly memberitahu tumpuannya kini diberikan kepada bidang nyanyian. Namun dia tidak menolak sekiranya ada tawaran lakonan yang bersesuaian dengan jadual kerjanya.  

betul saya memang janda gila glamor elly mazlein 2

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

Syukur kerana jadual persembahan nyanyian saya kini padat. Bukannya saya enggan berlakon dalam drama bersiri, tetapi jadual penggambaran selalu bercanggah. Selepas munculnya single terbaru saya bersama KRU Music yang berjudul Jeritan Hati, saya mahu memberikan fokus kepada bidang nyanyian kerana ini merupakan cinta pertama saya. Namun begitu, jika ada tawaran telefilem atau drama bersiri yang bersesuaian dengan jadual, apa salahnya jika saya terima.

Sumber: Astro Gempak 

Untuk rekod, lagu Jeritan Hati yang terpilih sebagai single terbaru Elly adalah ciptaan Manusia Putih dan Natasyah. Video lirik lagu tersebut dilancarkan di laman Youtube beberapa hari lalu dan sehingga kini menerima sambutan yang memberangsangkan. 

betul saya memang janda gila glamor elly mazlein 3

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein 




Hakcipta iluminasi.com (2017)