Oleh pada 22 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Neelofa & beritapremium.com

Aktres Neelofa menangkis dakwaan kononnya kembali berhubungan cinta dengan aktor Datuk Hans Isaac susulan foto makan malam mereka di Genting Highlands yang menjadi tular baru-baru ini.

Bukan sahaja enggan mengiyakan, malah Neelofa dengan tegasnya berkata hubungan dengan pelakon Baik Punya Cilok itu akan kekal sebagai sahabat sampai bila-bila.

akhirnya neelofa buka mulut gosip cinta dengan hans isaac 2

Kredit foto: hangat.com

"Bagaimana saya nak adakan benda yang tidak ada? Anda beritahu saya. Apa pun yang terjadi, saya dan Hans tetap berkawan.

"Dia kahwin ke, saya kahwin ke atau saya ada orang lain, kami tetap akan menjadi kawan sampai bila-bila," kata Neelofa ketika diwawancara portal BH Online.

Berdasarkan laporan, foto itu diambil ketika pasangan ini berada di kawasan peranginan berkenaan untuk menyaksikan persembahan konsert John Legend yang berlangsung pada Ahad lalu.

Turut menyertai mereka adalah sekumpulan teman termasuk pelakon dan hos Elaine Daly.

Sebelum ini, Neelofa dan Hans pernah bergelar pasangan kekasih selepas sama-sama membintangi filem Lemak Kampung Santan beberapa tahun lalu.

Di ketika ini, Neelofa berkata, ikatan yang terjalin itu hanya atas dasar profesional sebagai rakan sesama selebriti.

Malah pemilik jenama tudung Naelofar Hijab ini tidak menolak untuk berganding dengan aktor berusia 47 tahun itu menerusi sebarang kerjasama di masa mendatang. 

akhirnya neelofa buka mulut gosip cinta dengan hans isaac 3

Kredit foto: Instagram Neelofa

"Menjayakan projek bersama atau bekerja, itu akan selalu terjadi. Tetapi, saya dan Hans tahu bagaimana untuk meletakkan batas.

"Kawan dan keluarga menyaksikannya, malah mereka tahu perkara itu. Mereka menghormati persahabatan kami," katanya lagi.

Menjawab pertanyaan berkenaan kontroversi pelancaran koleksi tudung Be Lofa dan sambutan hari lahirnya yang ke-29 di pusat hiburan Zouk sebelum ini, aktres sensasi ini enggan lagi mengimbas episod panas berkenaan.

Dia ingin kekal positif dan memilih untuk hidup gembira walau apa juga rintangan yang berlaku.

"Alhamdulillah, saya gembira dengan diri dan hidup ini. Apa yang terjadi, ditulis dan diperkatakan, saya memilih untuk hidup gembira.

"Saya percaya ada benda yang lebih baik akan datang menyusul. Saya kena terus positif dan kekal kuat," katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)