Oleh pada 08 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Joe Aziz & hotfm.com.my

Penyanyi Faizal Tahir bersifat terbuka dengan kemunculan seorang pelawak yang mempunyai wajah dan identiti seiras dengannya, Joe Aziz.

Tegas Faizal, dia menganggap sebarang isu tidak timbul selagi pelawak itu tidak melanggar etika dan undang-undang.

respon faizal tahir bila ada pelawak klon dirinya 2

Kredit foto: Instagram Joe Aziz

Saya tiada masalah dengan sesiapa, saya tidak marah dia. Janji dia tidak buat perkara tidak elok. Saya tiada masalah jika dia memiliki wajah seiras saya. Kalau orang mahu gunakan nama atau muka saya, tiada halangan pun. Ini hak Allah. Kalau nak guna, gunalah.
Sumber: Astro Gempak

Faizal membuat kenyataan tersebut di program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di MITC, Melaka yang berlangsung baru-baru ini.

Sebelum ini, industri hiburan digemparkan dengan kehadiran imej dan rupa paras bekas peserta Raja Lawak musim kedua, Joe Aziz yang dikatakan mirip Faizal.

Dalam pada itu, pelawak berusia 33 tahun itu juga mempunyai keistimewaan mengajuk suara dan gaya selebriti terkemuka antaranya Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, Zizan Razak, Zamani Slam dan ramai lagi.

Dalam satu kenyataan, Joe mengakui rupa parasnya yang seperti Faizal memberikan satu kelebihan dalam kerjaya bidang seni. Pun begitu, dia tidak menafikan keistimewaan itu harus digunakan dengan waspada demi mengelakkan Faizal terkesan dengan imej yang dibawakannya. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)