Oleh pada 27 Feb 2018 kategori

pelawak shah tapaw berang dituduh terlibat kes dadah 1

Kredit foto: Instagram @shahsulaiman90

Pelakon dan pelawak, Shah Tapaw tidak puas hati apabila ada individu mengaitkan namanya dengan kes dadah.

"Saya sedar mengenai perkara ini selepas kawan saya kongsi satu paparan skrin di aplikasi Whatsapp, Jumaat lalu.

"Saya terkejut macam mana berita itu boleh keluar sedangkan saya sibuk menjadi pengacara untuk siri jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) di Johor Bahru," katanya mengulas tentang sebuah artikel yang ditulis seorang penulis blog.

Terdahulu, seorang pelakon dan pelawak tempatan ditahan selepas pihak berkuasa menemui ganja seberat 7.5 gram di kediamannya di Taman Melati, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Apa yang membuatkan Shah berang kerana tajuk berita berkenaan dianggap mampu menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. 

pelawak shah tapaw berang dituduh terlibat kes dadah 2

Kredit foto: Instagram @shahsulaiman90

"Saya dapati artikel di dalam semuanya OK cuma tajuk tiba-tiba mengaitkan saya bahkan turut meletakkan gambar saya bersama.

"Malangnya, kebanyakan yang kongsi berita tersebut hanya dapat melalui paparan skrin sekaligus tak baca artikel penuh.

"Jadi, secara tak langsung, orang lain mengandaikan berita tersebut sebagai benar dan betul," katanya.

Tambah pula, Shah diburu persoalan orang sekeliling yang bertanya kepadanya akan kesahihan berita tersebut.

"Bukan saja kongsi, tapi ramai juga yang telefon keluarga bahkan bos saya. Benda ini dah jadi semakin rumit.

"Lagi pula, saya ini selebriti yang 'cari makan' dalam bidang ini. Tak pasal-pasal saya dipandang serong dan reputasi pun menjadi teruk," katanya.

Enggan bertolak ansur, Shah atau nama penuhnya Mohd Shah Rizal Sulaiman membuat laporan polis di Balai Polis Sri Damansara, semalam.

"Tujuan saya membuat laporan polis ini adalah untuk membersihkan nama saya selain meminta agar penulis blog itu bertanggungjawab ke atas penulisannya," katanya.

Bahkan, beliau juga bertindak tegas mengemukakan aduan berkenaan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan menghentikan penyebaran berita palsu berkenaan.

"Saya juga dah hubungi penulis blog tersebut melalui laman sosial Facebooknya tapi buat masa ini masih tiada maklum balas lagi.

"Saya juga mahu penulis blog tersebut mengemukakan permohonan maaf," katanya.

Shah juga mengatakan dia bersedia mengambil tindakan saman sekiranya wajar. 

Sumber berita: Sinar Harian 


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)