Kredit foto: beritaharian.sg

Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017), Jiggy atau nama sebenarnya Mohamad Aizat Ahmad Nazri menganggap kejayaannya merangkul trofi Gempak Man of The Match (GMOTM) sebagai sesuatu yang begitu bermakna meskipun kumpulannya, Masin disingkirkan pada minggu yang sama. 

Beliau turut menyifatkan gabungannya bersama Vicha dan Mamat sebagai sebuah kombinasi yang baik kerana setiap ahli yang begitu komited dalam menjayakan tugasan mingguan. 

Sebenarnya saya berasa bangga dengan Mamat dan Vicha kerana mereka merupakan ahli kumpulan yang dedikasi dalam memberikan idea untuk mengadakan persembahan. Ternyata percubaan kumpulan kami mengabungkan tiga buah negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura menjadi dan ia merupakan sesuatu yang di luar jangkaan. Meskipun kami tersingkir namun kejayaan saya merangkul trofi GMOTM merupakan sesuatu di luar jangkaan dan bersyukur kerana orang mula mempercayai bakat yang ada pada saya.

Sumber: Astro Gempak

Malah Jiggy turut berasa terharu apabila mampu bertahan sehingga ke peringkat suku akhir sedangkan perancangan awal mereka hanya meletakkan sasaran hingga minggu keempat. 

Pada awalnya kami cuma merancang dapat bertahan sehingga minggu keempat sahaja namun ternyata rezeki kami sehingga minggu kesepuluh dan itu merupakan kejayaan untuk kami sebagai kumpulan baru.

Sumber: Astro Gempak 

Jiggy membuat kenyataan tersebut ketika ditemui di majlis sidang media MLM 2017 bertempat di Royal Theater Shah Alam. Pada minggu suku akhir yang bertemakan 'Kisah Seram Berloghat & Viral' itu turut menyaksikan kumpulan Abioso diumumkan sebagai peserta tersingkir.

kenyataan masin selepas diumum tersingkir mlm 2017 2

Kredit foto: berita.mediacorp.sg 




Hakcipta iluminasi.com (2017)