Oleh pada 07 Oct 2017 kategori

Kredit foto: edtv-zahidizakariya.blogspot.my & Instagram Uqasha Senrose

Enggan berselindung, pengacara Hefny Sahad akui mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Uqasha Senrose.

Bagaimanapun hubungan yang terjalin masih dalam fasa mengenali hati budi.

"Dia wanita istimewa yang mengisi kekosongan hidup saya sejak setahun lalu. Bagaimanapun kami masih dalam fasa mengenali hati budi dan berkawan rapat," dedah Hefny menurut laporan portal Harian Metro.

Hefny membuat kenyataan tersebut apabila diminta mengulas punca kehadirannya menemani Uqasha di sebuah sesi fotografi bersama Harian Metro pada Rabu.

Tambah Hefny, dia sengaja mendiamkan perkara itu kerana tidak mahu dianggap mencari publisiti murahan.

Apatah lagi Uqasha sendiri turut memohon agar hubungan mereka tidak terlalu dihebahkan.

"Saya sengaja mengunci mulut mengenai hubungan ini kerana tidak mahu masyarakat menganggap kami sengaja mencari publisiti dengan menjaja kisah peribadi.

"Lagipun saya menghormati pendirian Uqasha yang tidak mahu terlalu terbuka. Biarlah orang lebih nampak hasil kerja seni kami,” katanya.

Malah Hefny lebih selesa menyerahkan masa depan hubungan tersebut kepada ketentuan takdir.

Tiada perancangan untuk ke jinjang pelamin dalam masa terdekat.

"Belum ada sebarang perancangan untuk ke fasa seterusnya. Saya menyerahkan soal jodoh dan pertemuan kepada Allah," ujarnya.

Namun hos berusia 30 tahun itu berjanji untuk berkongsi jika ada berita baik yang bakal menyusul.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)