Oleh pada 20 Mar 2018 kategori

Umum tahu Jepun mengalami kemerosoton ekonomi yang tersangat teruk akibat Perang Dunia Kedua. Hiroshima dan Nagasaki teruk dibom yang menyebabkan hampir separuh populasi bandar ini terkorban.

Keluaran dalam negara kasar sebenar Jepun pada tahun 1945 jatuh 50%, antara yang paling dahsyat pernah belaku dalam sejarah. Namun Jepun berjaya menaikkan kembali ekonomi mereka dan kini Jepun adalah negara dengan ekonomi ketiga terbaik dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada ketika ini, ekonomi Jepun berada di belakang Amerika Syarikat dan China. Keluaran dalam negara kasar Jepun pada tahun 2017 mencecah RM19,046 trilion, iaitu RM150,337 per kapita.

bagaimana ekonomi jepun boleh bangkit dengan begitu pesat 4

Peningkatan ekonomi Jepun yang sangat pesat dan ketara ini digelar sebagai "Keajaiban ekonomi Jepun". Ia berlaku di antara tempoh selepas Perang Dunia Kedua dan pengakhiran Perang Dingin (1947-1991).

Bagaimana ia boleh berlaku?

Keajaiban ekonomi ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu peringkat pemulihan (1946-1954), peringkat peningkatan pesat (1955-1972), peningkatan mendatar (1972-1992) dan peningkatan perlahan (1992-2017).

Namun, peringkat terpenting adalah peringkat pertama dan kedua.

bagaimana ekonomi jepun boleh bangkit dengan begitu pesat 6

Sebab-sebab utama keajaiban ekonomi Jepun berlaku adalah usaha kerajaan Jepun dan sebahagiannya oleh bantuan Pelan Marshall Amerika Syarikat. Selepas Perang Dunia Kedua, pendudukan Amerika Syarikat di Jepun memberikan kesan penting dalam pertumbuhan ekonomi Jepun.

Selain itu, Amerika Syarikat sangat mengambil berat akan pertumbuhan ekonomi Jepun kerana bimbang risiko populasi Jepun yang miskin dan sedih membuatkan mereka beralih kepada komunisme yang mampu membuatkan Kesatuan Soviet mengawal Pasifik.

Peringkat pemulihan (1946 - 1954)

bagaimana ekonomi jepun boleh bangkit dengan begitu pesat 1

Faktor pertama Jepun mampu pulih daripada trauma perang adalah pembaharuan ekonomi oleh kerajaan. 

Kerajaan Jepun menerima pakai apa yang dipanggil "Inclined Production Mode". Ia merujuk kepada peningkatan pengeluaran yang fokus kepada pengeluaran bahan mentah termasuklah keluli, arang batu dan kapas.

bagaimana ekonomi jepun boleh bangkit dengan begitu pesat 7

Pengeluaran tekstil mencakupi 23.9% daripada keseluruhan pengeluaran industri. Bagi merangsangkan ekonomi, kerajaan Jepun menyokong pengambilan tenaga buruh baru, terutamanya buruh wanita. Ia sangat membantu memulihkan ekonomi Jepun. Undang-undang pengambilan pekerja terdiri daripada 3 komponen:

  1. Sekatan terhadap pengambilan pekerja berlainan negeri dan penempatan semula pekerja
  2. Larangan pengambilan secara langsung pekerja lepasan sekolah
  3. Pengambilan secara langsung pekerja bukan lepasan sekolah di bawah peraturan yang dikeluarkan Kementerian Buruh

Faktor kedua pemulihan ekonomi Jepun dengan cepat adalah disebabkan meletusnya Perang Korea. Perang Korea meletus di Semenanjung Korea dan Amerika Syarikat juga terbabit dalam perang ini, yang memberikan peluang ekonomi kepada Jepun. 

perang dingin memberikan anjakan kepada ekonomi jepun 569

Disebabkan Semenanjung Korea terlalu jauh daripada negara itu, Amerika Syarikat mengalami masalah logistik yang besar. Mengambil peluang, Jepun menawarkan dan menyediakan bantuan kepada operasi logistik dan mendapat faedah daripada pengeluaran senjata api. 

Ekonomi Jepun dirangsang dengan hebat sekali oleh pembelian senjata api Amerika Syarikat memberikan asas kepada peringkat peningkatan ekonomi yang pesat yang bakal berlaku.

Peringkat peningkatan pesat (1955-1972)

perdana menteri jepun ke 38 hayato ikeda

Pengaruh yang paling besar membangunkan ekonomi Jepun adalah ketika pentadbiran Hayato Ikeda dan sistem keiretsu. Perdana Menteri ke-38 Jepun ketika itu, Hayato Ikeda digelar sebagai orang paling penting dalam menjayakan keajaiban ekonomi Jepun.

Beliau menggunakan polisi perindustrian berat yang membawa kepada kemunculan sistem "over-loaning" yang digunapakai sehingga hari ini. 

bagaimana ekonomi jepun boleh bangkit dengan begitu pesat 8

Over-loaning adalah sistem di mana Bank Jepan memberikan pinjaman kepada bank-bank tempatan. Bank-bank kecil ini pula menggunakan dana dalam memberi pinjaman kepada syarikat konglomerat perindustrian.

Disebabkan kekurangan modal di Jepun, syarikat-syarikat meminjam pada tahap mereka tak mampu membayar, sehingga lebih tinggi daripada nilai syarikat.

Dengan ini, bank-bank kecil terpaksa membuat pinjaman dengan lebih kepada Bank Jepun yang secara tak langsung memberikan kawalan muktamad kepada Bank Jepun terhadap bank tempatan.

Sistem keiretsu membantu ekonomi Jepun

bagaimana ekonomi jepun boleh bangkit dengan begitu pesat 1

Sistem ini dibantu oleh kelonggaran undang-undang anti-monopoli oleh kerajaan membawa kepada kemunculan semula kumpulan syarikat konglomerat yang dikenali sebagai keiretsu.

Diterajui oleh usahawan yang mengasaskan Sony, iaitu Masaru Ibuka dan Akio Morita, keiretsu memperuntukan sumber dengan efisyen dan menjadi sangat berdaya saing di tahap antarabangsa.

bagaimana ekonomi jepun boleh bangkit dengan begitu pesat 10

Keiretsu menghalang syarikat-syarikat asing daripada memasuki industri Jepun. Ia juga mempunyai hubungan baik dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Kedua-dua entiti ini bekerja sama dan memberikan perlindungan terhadap pengambilalihan asing.

Sebagai contoh 83% daripada kewangan Bank Pembangunan Jepun dilaburkan kepada industri yang strategik iaitu pembinaan kapal, kuasa elektrik, arang batu dan pengeluaran keluli. 

bagaimana ekonomi jepun boleh bangkit dengan begitu pesat

Keiretsu memainkan peranan yang penting melindungi ekonomi Jepun.

Keiretsu juga memupuk sikap yang baik di kalangan pengurus-pengurus syarikat di Jepun yang bertolak ansur terhadap keuntungan yang sedikit dalam jangka masa pendek. Ini kerana Keiretsu tidak memberikan fokus kepada peningkatan dividen saham dan keuntungan, tapi lebih fokus kepada pembayaran faedah.

bagaimana ekonomi jepun boleh bangkit dengan begitu pesat 0

Kira-kira 2 daripada 3 saham syarikat-syarikat tertentu sahaja diniagakan secara tak langsung melindungi Keiretsu daripada turun naik saham.

Situasi ini membenarkan pengurus-pengurus keiretsu untuk merancang pelan jangka masa panjang dan memaksimakan pasaran saham, bukannya menumpukan perhatian kepada keuntungan jangka masa pendek.

Pentadbiran Hayato Ikeda juga memulakan Dasar Peruntukan Tukaran Asing, satu sistem yang mengawal import bagi mengelakkan pasaran Jepun dibanjiri produk-produk asing.

miti jepun

Polisi ini digunakan oleh MITI bagi merangsang ekonomi Jepun dengan mempromosikan pengeksportan, pengurusan pelaburan dan menyelia kapasiti pengeluaran. Pada tahun 1953, MITI menyemak semula polisi ini untuk menggalakkan industri domestik dan meningkatkan insentif untuk eksport.

Semakan semula sekali lagi dilakukan berdasarkan kapasiti pengeluaran terhadap peruntukan tukaran asing bagi mencegah lambakan produk asing.

Hayato Ikeda menjalankan "pelan pendapatan-berganda" dengan merendahkan kadar faedah dan cukai kepada syarikat swasta bagi menggalakkan perbelanjaan.

Beliau juga mengembangkan pelaburan kerajaan ke dalam infrastruktur Jepun dengan membina lebuhraya, landasan kereta api berkelajuan tinggi, kereta api bawah tanah, lapangan terbang, kemudahan pelabuhan dan empangan.

perdana menteri jepun ke 38 hayato ikeda membantu memulihkan ekonomi jepun

Setiap tindakan ini meneruskan trend Jepun ke arah ekonomi yang sangat berjaya dan melambangkan model ekonomi campuran.

Di samping kepatuhan Hayato Ikeda terhadap campur tangan kerajaan dan pengawalseliaan ekonomi, kerajaannya menyokong liberalisasi perdagangan.

Menjelang April 1960, import perdagangan telah diliberalisasikan 41 peratus (berbanding 22 peratus pada tahun 1956) dan Hayato Ikeda merancang untuk meliberalisasikan perdagangan kepada 80% dalam masa 3 tahun mendatang.

perdana menteri jepun ke 38 hayato ikeda 2

Namun rancangan ini ditentang oleh kedua-dua iaitu syarikat dan industri yang pesat membangun oleh sistem over-loaning, dan nasionalis yang bimbang akan pengambilalihan perusahaan asing.

Panik terhadap liberalisasi semakin memuncak namun pelan pendapatan-berganda yang berjaya menjadi respon kepada tentangan ini lalu memadamkan protes orang awam.

Hayato Ikeda meneruskan liberalisasi perdagangan hanya selepas memastikan pasaran Jepun dilindungi, melalui peraturan dalaman yang memberikan manfaat kepada produk dan firma-firma Jepun.

Hayato Ikeda juga menubuhkan pelbagai agensi pengedaran bantuan bersekutu bagi membuktikan kesediaan orang Jepun untuk mengambil bahagian dalam perintah antarabangsa dan menggalakkan eksport.

perdana menteri jepun ke 38 hayato ikeda membantu memulihkan ekonomi jepun 2

Penubuhan agensi-agensi ini bukan sahaja berperanan sebagai konsesi kecil kepada organisasi antarabangsa malah membuatkan rakyat Jepun tidak lagi bimbang akan liberalisasi perdagangan.

Integrasi ekonomi global Jepun diteruskan oleh Hayato Ikeda dengan menyertai Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT) pada tahun 1955, Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) pada tahun 1964.

Ketika Hayato Ikeda meninggalkan pejabat Perdana Menteri, keluaran dalam negara kasar Jepun berkembang pada kadar luar biasa aitu 13.9%.

Rujukan :

1. History State Gov [1] [2]

2. Nippon

2. Harvard Business Review

2. Japanese Economic Miracle




Hakcipta iluminasi.com (2017)