Salah satu peristiwa penting semasa penghujung era Perang Dunia Kedua adalah peristiwa Jepun mengaku kalah kepada Pakatan Perikatan yang diketuai oleh Amerika Syarikat pada waktu tengah hari 15 Ogos 1945. Peristiwa itu berlaku setelah kejadian pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang mengorbankan ribuan nyawa manusia.

Bagaimanakah Mahajara Hirohito yang menguasai Jepun pada ketika itu mengumumkan kekalahan Jepun? Adakah Maharaja Jepun pada ketika itu benar-benar mengaku kalah kepada pihak Pakatan Perikatan?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Gyokuon Hoso (Jewel Voice Broadcast)

Peristiwa pengumuman Jepun mengaku kalah ini juga dikenali sebagai Gyokuon Hoso atau dalam Bahasa Inggeris sebagai Jewel Voice Broadcast. Ianya dilakukan oleh Maharaja Hirohito pada tarikh 15 Ogos 1945 mengenai kekalahan Jepun tanpa bersyarat kepada Pakatan Perikatan.

Maharaja Hiroshito mengambil keputusan tersebut dan menerima syarat yang diberikan oleh Pakatan Perikatan dalam sebuah deklarasi yang dikenali sebagai Deklarasi Potsdam. Keputusan tersebut diambil setelah melakukan perbincangan dengan ahli tertinggi kerajaan di Istana Imperial pada 14 Ogos 1945.

Pengumuman tersebut dilakukan melalui siaran di radio. Menariknya, pengumuman tersebut tidak dilakukan secara langsung sebaliknya dibuat melalui rakaman awal yang dibuat pada malam sebelumnya. Pada 1145 malam, 14 Ogos 1945, beliau telah ke kompleks bangunan pejabatnya bersama beberapa orang pegawai untuk membuat rakaman suaranya mengenai pengisyhtiran kekalahan Jepun itu.

maharaja hirohito

Di satu bilik yang tersembunyi di kompleks bangunan pejabatnya itu, beliau telah merakamkan pengumuman tersebut sebanyak dua kali menggunakan mikrofon. Pengumuman tersebut menyatakan Jepun menerima Deklarasi Potsdam dimana Amerika Syarikat, Britain, China dan Soviet Union mahukan Jepun mengaku kalah tanpa bersyarat.

Pengumuman tersebut dibuat dalam Bahasa Jepun menggunakan bahasa baku yang mudah difahami. Walau bagaimanapun, kualiti rakaman suara yang rendah menyebabkan kekeliruan kepada sesetengah pihak sama ada Jepun benar-benar mengaku kalah atau tidak. Cakera rakaman tersebut kemudiannya disimpan rapi dalam sebuah tempat tersorok di kompleks tersebut.

Cubaan mencuri cakera rakaman

Pada malam kejadian, satu kejadian yang tidak disangka-sangka telah berlaku dimana sekumpulan pemberontak telah cuba untuk mencuri cakera rakaman tersebut. Mereka sudah mengetahui mengenai persetujuan Maharaja Jepun terhadap Deklarasi Potsdam seterusnya ingin menghalang cakera rakaman pengisytiharan kekalahan Jepun tersebut dihantar ke stesyen radio pada keesokan harinya.

Kumpulan pemberontak yang terdiri daripada sekumpulan askar Jepun ini diketuai oleh Mejar Kenji Hatanaka dan disertai hampir 1000 orang askar. Bagi mereka, pengumuman Maharaja Hiroshito mengenai kekalahan Jepun itu semestinya akan memalukan dan merendahkan maruah orang Jepun. Misi mereka hanya satu, iaitu merampas menghapuskan cakera rakaman tersebut.

cakera rakaman

Mereka telah bertindak mengepung keseluruhan kompleks tersebut dan menggeledah setiap kawasan dalam kompleks tersebut. Bagi memastikan cakera rakaman tersebut tidak dibawa keluar, setiap orang dan kenderaan yang keluar masuk daripada kompleks tersebut akan diperiksa rapi. Malah, talian telefon juga telah diputuskan bagi memastikan tiada sebarang komunikasi boleh dilakukan dengan orang luar.

Hiroshi Shimomura, pegawai Biro Komunikasi merupakan antara beberapa orang penting yang telah ditahan dalam serbuan ini. Setelah beberapa jam menggeledah kawasan istana, akhirnya pasukan pemberontak ini berputus asa. Menariknya, cakera rakaman tersebut sebenarnya berjaya diseludup keluar daripada istana melalui bakul yang berisi baju.

Sebaik sahaja cakera rakaman tersebut dikeudarakan oleh pihak penyiaran radio, Kenji Hatanaka telah kembali ke istana dan bertindak membunuh diri dihadapan istana. Beberapa orang pengikutnya turut melakukan perkara yang serupa.

Pengumuman kekalahan Jepun

Terdapat seperkara lagi yang menarik mengenai pengumuman Maharaja Hiroshito yang dikeudarakan oleh pihak penyiaran radio tersebut. Dalam rakaman tersebut, tidak terdapat satu ayat pun yang mengatakan dengan jelas bahawa Jepun mengaku kalah kepada musuh. Sebaliknya, Maharaja Hiroshito hanya menyatakan bahawa kerajaan Jepun telah dipaksa menerima intipati Deklarasi Potsdam yang dikemukakan oleh pihak Parti Perikatan.

Sebaik sahaja selesai pengumuman tersebut, majoriti rakyat Jepun sebenarnya berada dalam kekeliruan tentang apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Maharaja Hiroshito. Bagi memudahkan semua pihak, penyampai radio yang bertugas tersebut kemudiannya telah bertindak memberikan konklusi mudah bahawa pengumuman yang baru sahaja diumumkan oleh Maharaja Hiroshito bermaksud Jepun telah mengaku kalah kepada pihak Parti Perikatan.

kekalahan jepun

Sebaik sahaja perkara tersebut diucapkan oleh penyampai radio, rakyat Jepun tergamam. Mereka pulang ke rumah masing, menangis dan seakan-akan tidak percaya bahawa Jepun baharu sahaja mengaku kalah. Sebaik sahaja pengumuman penting tersebut, cakera rakaman tersebut dipercayai telah hilang. Walau bagaimanapun, seorang juruteknik radio telah berjaya membuat salinan rakaman tersebut secara rahsia dan inilah sumber penting yang digunakan oleh ramai pihak untuk mengkajidan mengetahui isi sebenar pengumuman Maharaja Hiroshito.

Pada tahun 2015 yang lalu, Jepun telah menyambut ulangtahun ke 70 peristiwa pengisytiharan kekalahan Jepun ini. Transkrip penuh pengumuman kekalahan Jepun oleh Maharaja Hiroshito juga telah diterbitkan dan boleh didengar secara digital.

Kredit:

  1. Japan Times
  2. ABC News
  3. WikiPedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)