Bermula akhir tahun 1800-an hingga pertengahan 1900-an, Imperial Jepun memulakan usaha selama beberapa dekad untuk membina sebuah kerajaan di Pasifik. Setelah menguasai Korea, Taiwan dan berbagai pulau di sekitarnya, Jepun mula memfokuskan kepada negara jirannya, China.

Menjelang tahun 1920-an, China berada dalam keadaan tidak stabil kerana sedang mengalami perang saudara kerana terdapat puak-puak yang bersaing untuk berkuasa setelah maharaja terakhir negara itu digulingkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun menguasai China pada ketika itu mungkin tidak sukar, Jepun sedar mahu mengekalkan kuasa di China begitu rumit disebabkan oleh banyak pemberontakan, menyebabkan kos pentadbiran akan melambung tinggi.

Oleh itu Jepun merancang untuk menguasai China melalui industri candu. Candu merupakan salah satu musuh lama China yang mampu melemahkan daya tahan negara tersebut terhadap penjajahan sambil mengaut keuntungan untuk membiayai tentera mereka sendiri.

Inilah taktik licik Jepun mengaut keuntungan untuk membiayai operasi ketenteraan mereka.

Penguasaan China terhadap Jepun

jepun perang dunia ke dua ganja ladang

Askar Kwantung, pasukan khas tentera Jepun yang memerintah kerajaan boneka di Manchuria dan mengawal industri dadah di sana

Penaklukan Jepun terhadap negara Jirannya China secara rasminya bermula apabila mereka berjaya menawan wilayah Manchuria di timur laut China pada tahun 1931. Konflik kecil kemudian meletus ketika Jepun berusaha meluaskan penguasaannya ke bahagian selatan dari Manchuria sebelum ke seluruh bahagia China selama beberapa tahun menddatang.

Akhirnya, pada tahun 1937, Jepun melancarkan serangan penuh ke atas China dan menawan Beijing, Shanghai, dan beberapa bandar besar lain sehinggalah tamatnya Perang Dunia Kedua yang menyaksikan kekalahan Jepun.

Di Manchuria, Jepun membina kerajaan boneka Manchukuo yang dikendalikannya dan dieksploitasi melalui pelbagai kaedah yang kejam. Dan satu kaedah penting yang digunakan Jepun adalah membangunkan industri candu, morfin dan heroin yang dirancang untuk menjadikan orang China ketagih akannya dan membuat keuntungan untuk membiayai pasukan ketenteraan Jepun.

jepun perang dunia kedua 965

Di China, Jepun melancarkan pelbagai kempen yang secara aktif berusaha untuk membuatkan orang awam ketagih dengan dadah, seterusnya memastikan kebergantungan tinggi mereka terhadap industri ini.

Sementara itu, pada masa yang sama tokoh-tokoh penting dalam industri candu dilantik ke kabinet Imperial Jepun yang menggambarkan bahawa perdagangan dadah ini mempunyai kepentingan tinggi terhadap pendapatan dan kewangan Jepun.

Ketika zaman kemuncaknya, keuntungan besar Jepun daripada penjualan heroin dan morfin ini menyamai keseluruhan anggaran bajet tahunan China dan Jepun melaburkan kembali keuntungan tersebut ke dalam kekuatan ketenteraan mereka. Ianya merupakan satu strategik licik Jepun untuk membiayai pasukan ketenteraan mereka melalui industri candu di China.

Sejarah gelap industri candu di China

industri dadah china

Candu telah digunakan sebagai ubat penahan sakit sejak tahun 3400 BC lagi. Malah, sejarah penggunaannya di China untuk tujuan perubatan dan rekreasi telah direkodkan seawal abad ke 7 AD lagi.

Namun, Britain lah yang memperkenalkan candi secara meluas ke seluruh China pada pertengahhan 1900-an melalui Perang Candu. Ketika era peperangan ini, pihak Britain telah memanipulasikan jutaan rakyat China dengan menjadikan mereka ketagih akan bahan ini, seterusnya menjana keuntungan bagi pihak mereka sendiri.

Malah, bahan terlarang ini juga merupakan cara paling popular bagi panglima perang China untuk membiayai tentera mereka dan membeli kesetiaan mereka hingga tahun 1920-an.

Zhang Xueliang, penguasa Manchuria hingga tahun 1931, dirinya sendiri adalah seorang penagih candu. Bahkan setelah dia berhenti terhadap pengambilan bahan itu pada tahun 1928, dia telah membiayai pasukan ketenteraannya dengan penjualan candu. Oleh itu, apabila Jepun menyerang Manchuria pada tahun 1931, mereka juga telah menggunakan strategi yang sama.

Rancangan Jepun menguasai Dunia melalui industri dadah

kenji doihara penjenayah perang jepun

Jeneral Kenji Doihara adalah individu yang melihat potensi China untuk dijadikan sebagai lubuk bagi menjana pendapatan bagi membiayai operasi ketenteraan Jepun. Jeneral ini jugalah yang memutuskan bahawa Jepun harus memberi subsidi kepada petani kecil China untuk menghasilkan candu.

Tanaman candu ini kemudian diproses menjadi morfin dan heroin bermutu tinggi di makmal milik syarikat mega Jepun, Mitsui, untuk dijual di seluruh wilayah Jepun sebagai ubat. Idea tersebut telah diambil dan pada tahun 1937, 90 peratus candu haram dunia dihasilkan di makmal Jepun.

Namun, Jeneral Kenji Doihara sebenarnya mempunyai rancangan yang lebih besar daripada ini.

Industri narkotik Jepun mempunyai dua tujuan. Yang pertama adalah untuk menghasilkan sejumlah besar wang untuk membiayai operasi ketenteraan mereka dan pada masa yang sama meneruskan perluasan empayar mereka di kawasan Pasifik.

Tujuan kedua adalah untuk melembutkan penentangan dan pemberontakan orang-orang China terhadap penjajahan Jepun di negara mereka, untuk mewujudkan penduduk yang bergantung kepada pihak Jepun (untuk mendapatkan bekalan candu) dan tidak akan memberontak kerana takut kehilangan bekalan candu.

Salah satu langkah pertama yang dilakukan Jepun untuk menguasai Manchukuo adalah dengan menghasilkan rokok emas berwarna-warni berjenama Golden Bat yang diperbuat daripada candu. Ia adalah jenama mewah yang juga dibuat oleh syarikat Mitsui.

Rokok-rokok ini telah dihantar ke Manchukuo di mana ianya telah diedarkan secara percuma kepada orang awam. Lama-kelamaan, mereka berjaya menjadikan sebahagian besar daripada masyarakat setempat ketagih kepada candu. Pada tahun 1937, kawasan yang dikuasai Jepun di Manchuria dan sekitarnya menghasilkan 2,796,000 paun candu - sementara keperluan perubatan yang sah untuk seluruh dunia hanya 500,000 paun.

Pengakhiran kepada industri dadah Jepun

international military tribunal for the far east

International Military Tribunal for the Far East yang mendakwa salah laku Jepun dalam Perang Dunia Kedua

Untuk membantunya menguruskan pengedaran dadah dan urusan kewangan daripada industri ini, Jeneral Doihara telah mengupah Naoki Hoshino, seorang pegawai dari Kementerian Kewangan Jepun untuk mengetuai Lembaga Monopoli Opium Negara.

Perlantikan Hoshino ke dalam sistem pemerintah Manchukuo berjaya menghapuskan segala halangan antara kerajaan Jepun dan usaha untuk menghancurkan rakyat China dengan dadah. Menjelang tahun 1941, satu syarikat candu Jepun memperoleh penjualan 300 juta yuan, hampir sama dengan anggaran tahunan kerajaan China.

Kekayaan yang dimiliki Jepun menjadikan mereka semakin sombong. Malah, beberapa orang ketua tentera mereka dengan yakinnya mengatakan pasukan tentera mereka tidak memerlukan kebergantungan terhadap dadah untuk kekal bertenaga di medan perang. Hanya orang-orang lemah seperti orang Eropah, China dan India Timur sahaja memerlukan dadah.

Malangnya, industri dadah ini turut memberikan kesan buruk kepada pasukan tentera Jepun sendiri. Lama-kelamaan, askar Jepun mula bergantung kepada pengambilan dadah untuk membuang perasaan takut dan trauma. Tidak kurang yang mengambilnya untuk menghilangkan kesunyian kerana berjauhan daripada rumah dan keluarga.

Walaupun telah diberikan amaran akan dikenakan hukuman berat, tentera Jepun banyak menyalahgunakan heroin dan morfin. Masalah ketagihan dalam kalangan tentera Jepun begiitu kronik sehingga terdapat hospital dikhaskan untuk askar yang mempunyai ketagihan terhadap bahan terlarang ini.

Setelah Jepun tewas dalam perang ini, akhirnya industri dadah ini terbongkar. Setelah penyerahan diri Jepun yang mengakhiri Perang Dunia  Kedua pada tahun 1945, pasukan tentera Berekutu telah melancarkan Tribunal Tentera Antarabangsa untuk mendakwa salah laku Jepun ini.

Antara penjenayah yang mereka tangkap dan mahu adili ialah Kenji Doihara dan Naoki Hoshino. Kenji Doihara didapati bersalah atas jenayah perang dan dijatuhkan hukuman mati. Dia digantung pada tahun 1948. Naoki Hoshino dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tetapi hanya menjalani hukuman 13 tahun sebelum dibebaskan.

Kredit:

  1. Japan Times
  2. WIkipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)