Perang Dunia Kedua yang tercetus pada 1 September 1939 merupakan perang yang paling besar setakat ini. Setelah berpanjangan selama 6 tahun 1 hari, akhirnya kuasa Axis yang terdiri daripada Nazi Jerman, Empayar Jepun dan Kerajaan Itali menyerah kalah.

Namun, seperti yang kita tahu dedikasi, semangat patriotik dan jati diri rakyat Jepun yang sangat tinggi dan berwibawa membuatkan mereka masih tidak mahumenyerah kalah walaupun perang telah tamat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

askar jepun yang tak menyerah kalah walaupun perang dunia kedua telah tamat 3

iluminasi.com kongsikan antara 6 tentera Jepun yang terus berjuang dan tidak menyerah kalah walaupun Perang Dunia Kedua telah tamat.

1. Yamakage Kufuku

yamakage kufuku askar jepun yang tak menyerah kalah walaupun perang dunia kedua telah tamat

Yamakage Kufuku antara tentera Jepun yang berjiwa kental. Beliau berperang selama di Pulau Iwo selama 4 tahun selepas perang tamat. Yamakage dan seorang lagi tentera Jepun, Matsudo Linsoki tinggal di sebuah gua tak jauh dari pangkalan Amerika di pulau itu.

Dan selama 4 tahun juga lah beliau menyeludup masuk ke kem Amerika untuk mencuri makan dan bekalan lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mereka juga mencari makan dengan berburu.

yamakage kufuku askar jepun yang tak menyerah kalah walaupun perang dunia kedua telah tamat 2

Apabila tentera Amerika menemui gua tersebut mereka menjumpai banyak tin-tin makanan milik mereka yang hilang dari kem setahun yang lalu. 

2. Shoichi Yokoi

shoichi yokoi askar jepun yang tak menyerah kalah walaupun perang dunia kedua telah tamat 2

Pada tahun 1972, seorang askar Jepun telah dijumpai di dalam hutan di Guam setelah bersembunyi selama 28 tahun sejak Perang Dunia Kedua tamat. Apabila Jepun kalah dalam Pertempuran Guam pada tahun 1944, Shoichi Yokoi dan 9 yang lain telah bersembunyi.

7 daripada mereka kemudian keluar dari situ meninggalkan Shoichi dan 2 yang lain di hutan tersebut. Setelah 2 orang tersebut mati, Shoichi hidup bersendirian selama 8 tahun. Beliau meneruskan kehidupan dengan keluar dari gua pada waktu malam untuk mencari makanan dan membuat pakaian daripada tumbuhan.

shoichi yokoi askar jepun yang tak menyerah kalah walaupun perang dunia kedua telah tamat

Setelah beberapa ketika Shoichi ditemui oleh seorang yang bernama Jesus dan rakannya Manuel De Gracis ketika mereka memeriksa perangkap udang. Shoichi menyerang mereka menyangkakan ianya satu ancaman.

Namun kedua-dua lelaki itu berjaya mengalahkan Shoichi dan membawanya keluar daripada hutan. Akhirnya selepas 28 tahun hidup dalam hutan, Schoici pulang ke Jepun.

shoichi yokoi askar jepun yang tak menyerah kalah walaupun perang dunia kedua telah tamat 3

Sesampainya di Jepun, beliau berkata "Sangat memalukan saya kembali dan masih bernyawa," dan ia menjadikan Shoichi terkenal serta menjadi personaliti TV dan berkahwin.

3. Hiroo Onoda

hiroo onoda askar jepun yang tak menyerah kalah walaupun perang dunia kedua telah tamat 0

Pegawai perisikan Hiroo Onoda dihantar ke Pulau Lubang, Filipina. Beliau mempunyai arahan berbeza daripada tentera-tentera lain iaitu diarahkan bukan sahaja untuk tidak menyerah kalah, tetapi juga untuk tidak mengambil nyawa sendiri.

Namun ketika sampai di pulau ini, tentera atasannya tidak membenarkan Hiroo untuk menjalankan misinya. Tak lama selepas pulau tersebut diserang, tentera yang masih hidup ketika itu adalah Hiroo dan 2 yang lain.

hiroo onoda askar jepun yang tak menyerah kalah walaupun perang dunia kedua telah tamat

Ketiga-tiga tentera ini tinggal di kawasan pergunungan selama 3 tahun, dan cara untuk berkomunikasi dengan mereka tersangatlah menarik. Selepas menembak seekor lembu, mereka menjumpai mesej pada lembu tersebut memberitahu bahawa perang sudah tamat.

Namun tidak semudah itu untuk mereka mempercayai mesej itu dan menganggap ia hanya propaganda. Satu demi satu risalah dihantarkan untuk memberitahu bahawa perang telah tamat namun tidak dipercayai. Malah, gambar keluarga mereka dan sura-surat juga dihantar tetapi mereka sukar untuk mempercayai bahawa sudah berakhir.

hiroo onoda askar jepun yang tak menyerah kalah walaupun perang dunia kedua telah tamat 4

hiroo onoda askar jepun yang tak menyerah kalah walaupun perang dunia kedua telah tamat 2

Selepas insiden tembak-menembak dengan penduduk tempatan, hanya tinggal Hiroo yang masih hidup. Seorang lelaki Jepun telah diarahkan untuk mencari Hiroo dan selepas 4 hari berusaha, lelaki itu menemui Hiroo.

Selepas berborak dan bergambar bersama Hiroo, lelaki itu pulang ke Jepun lalu berjumpa dengan pegawai atasan Hiroo dan memberitahu beliau untuk pergi ke sana dan membawa Hiroo pulang.

4. Sakae Oba

sakae oba askar jepun yang tak menyerah kalah walaupun perang dunia kedua telah tamat

Ketika Sakae Oba terperangkap di sebuah pulau yang diduduki oleh Amerika Syarikat, apa yang bermain di fikirannya adalah terus berperang sehingga mati. Beliau terus melawan dan tak berhenti.

90% daripada rakan tenteranya mati ketika Pertempuran Saipan membuatkan beliau tiada peluang untuk menang. Selepas tewas, beliau mengetuai tentera yang masih hidup masuk ke dalam hutan dan tinggal lebih dari setahun di situ.

sakae oba askar jepun yang tak menyerah kalah walaupun perang dunia kedua telah tamat 0

Selepas Jepun menyerah kalah, Sakae masih berjuang kerana beliau tidak mengetahui bahawa perang telah tamat. Akhirnya, 3 bulan selepas perang tamah, jeneral Jepun datang ke pulau tersebut dan meyakinkan Sakae bahawa perang benar-benar tamat.

Sakae akhirnya menyerah diri dan pulang ke Jepun, dan menjadi seorang usahawan berjaya serta bekerja untuk majlis bandar Gamagori Aichi.

5. Noboru Kinoshita

askar jepun yang tak menyerah kalah walaupun perang dunia kedua telah tamat 0

Ketika kapal laut Jepun dimusnahkan oleh pesawat Amerika, Noboru Kinoshita berada di dalamnya. Beliau keluar daripada kapal yang sedang karam dan berenang ke tepian. Setelah beberapa jam berenang tanpa mengetahui nasibnya sama ada selamat atau tidak, beliau sampai di pantai di Pulau Samar. 

Beliau kemudiannya bertempur dengan tentera Amerika di darat menyebabkan beliau terpaksa melarikan diri ke dalam hutan Luzon. Ketika berada di dalam hutan itu Noboru terpaksa memakan apa yang ada untuk terus hidup termasuklah katak, monyet dan buah-buahan.

Pada tahun 1955, akhirnya Noboru berjaya ditangkap dan berasa tak percaya dan sangat malu kerana ditangkap. Beliau berasa sangat tertekan sehinggakan menyuruh pengawal untuk membunuhnya selepas mereka tidak membenarkan Noboru menggantung dirinya.

6. Teruo Nakamura

teruo nakamura askar jepun yang tak menyerah kalah walaupun perang dunia kedua telah tamat

Teruo Nakamura dianggap sebagai tentera Jepun yang paling terakhir menyerah kalah. Beliau ditempatkan di pulau di Indonesia yang telah ditakluki dalam Pertempuran Morotai.

Beliau berjaya bertahan dan tinggal di pulau itu bersama yang lain sehingga penghujung tahun 1956. Pada tahu 1956 beliau Teruo meninggalkan yang lain dan membuat keputusan untuk membina kem sendiri yang hanya dijumpai pada tahun 1974.

teruo nakamura askar jepun yang tak menyerah kalah walaupun perang dunia kedua telah tamat 0

Selepas dijumpai, beliau bersara dan pulang ke Jepun. Namun disebabkan undang-undang yang agak pelik, Teruo hanya ditawarkan jumlah yang sedikit bersamaan dengan RM3,900 nilai hari ini sebagai wang pencen yang menimbulkan bantahan dari orang ramai memandangkan beliau berjasa besar terhadap negaranya.

Rujukan:

1. Neatorama

2. The Sun

3. Stranger

4. Eski

5. WW2 Wrecks

6. BBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)