Oleh pada 02 Aug 2018 kategori

Ketika mana kita sedang memasuki abad yang baharu, terdapat bahaya yang semakin berterusan di mana pengalaman ngeri perang dunia yang dipelajari dunia pada separuh abad ke-20 mungkin telah dilupakan.

Namun, untuk memastikan rakyat Jepun mengetahui dan mengingati kebenaran tentang apa yang berlaku di Asia dalam Perang Dunia Kedua, Saburo Ienaga telah mengabdikan sebahagian besar daripada hidupnya 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bermula sebagai seorang guru

saburo ienaga ahli sejarawan jepun 656

Profesor Saburo dilahirkan di Wilayah Aichi, Jepun pada tahun 1913 dan merupakan graduan dari Jabatan Kesusasteraan Universiti Imperial Tokyo (kini Universiti Tokyo) pada tahun 1937.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru dan pada tahun 1941 ketika mana Jepun menyerang Pearl Harbor, beliau mengajar di sekolah menengah di Niigata.

Profesor Saburo tidak mengambil bahagian dalam perang tersebut dan memberitahu bahawa beliau berasa malu kerana gagal menawarkan penentangan terhadap pengajaran wajib mengenai propaganda perang dan mitos-mitos empayar di sekolahnya ketika perang berlangsung.

Beliau kemudiannya menjadi profesor di Universiti Pendidikan Tokyo dan seterusnya di Universiti Chuo.

Beliau telah dianugerahkan Hadiah Akademi Jeun pada tahun 1948 dan gelaran Profesor Emeritus di Universiti Pendidikan Jepun. Saburo menjadi pakar dalam sejarah pemikiran Jepun serta sejarah budaya dan undang-undang Jepun.

antara karya saburo ienaga

Beliau juga merupakan pengarang hampir seratus karya yang meliputi mata pelajaran kuno sehingga ke kontemporari.

Pelbagai mata pelajaran yang dikuasainya termasuklah "Kajian Sejarah Kemerdekaan Badan Kehakiman", "Perlembagaan dalam Konteks Sejarah", "Sejarah Kebudayaan Jepun" dan "Perang Pasifik".

Penerbitan buku sejarah dan buku teks Jepun

buku sejarah jepun

Pada April 1947, Saburo telah menerbitkan buku "Sejarah Jepun Baru" sebagai buku sejarah umum.

Di atas permintaan syarikat penerbitan Sanseido, Saburo kemudiannya menulis draf buku teks sejarah Jepun untuk sekolah menengah berdasarkan buku Sejarah Jepun Baru yang diterbitkannya.

Walaubagaimanapun, draf tersebut telah ditolak oleh Kementerian Pelajaran Jepun untuk kebenaran buku teks sekolah pada tahun 1952.

Sebab penolakan termasuklah alasan seperti tuntutan bahawa perihal Insiden Kotoku (insiden pengkhianatan di mana sosialis anarkis merancang untuk membunuh Maharaja Meiji) tidak sesuai dimasukkan ke dalam buku teks dan bahawa draf tersebut tidak menjelaskan hakikat bahawa Perang Rusia disokong oleh rakyat Jepun.

Saburo memohon semula kebenaran untuk menerbitkan buku teks tanpa sebarang perubahan dan entah bagaimana ia diluluskan lalu diterbitkan sebagai buku teks untuk tahun prsekolahan 1953, di bawah nama yang sama iaitu "Sejarah Jepun Baru".

plot membunuh maharaja meiji oleh anarkis

Selepas menyemak semula sepenuhnya edisi pertama buku teks, Saburo sekali lagi memohon kebenaran buku teks pada tahun 1955. Draf edisi kedua diluluskan dengan syarat bahawa 216 item dalam draf itu diubah.

Kementerian Pelajaran Jepun menuntut agar Saburo membetulkan elemen yang dicadangkan dua kali kemudiannya. Saburo membuat beberapa perubahan, dan menolak yang lain. 

Sejarah Jepun Baru yang telah disemak semula diterbitkan pada 1956. Selepas garis panduan kurikulum untuk kajian sosial sekolah menengah berubah pada tahun 1956.

Saburo memohon sekali lagi kebenaran buku teks untuk edisi ke-3 dan ke-4 pada November 1956 dan Mei 1957. 

Kedua-duanya melalui proses yang sama dengan edisi 1955 dan dibenarkan untuk diterbitkan pada tahun 1959 dan 1962.

Saburo Ienaga menyaman Kerajaan Jepun

kontroversi buku teks sejarah jepun

Pada tahun 1965, Profesor Sabura memulakan kes mahkamah di Tokyo dengan menyaman Kerajaan Jepun. Beliau mendakwa kerajaan telah menyalahi undang-undang melalui "penapisan buku teks" yang telah mengawal kandungan sejarah yang diajar di sekolah menengah.

Melalui penapisan buku teks, kerajaan Jepun telah berulang kali membuang penerangan sebenar tentang kekejaman yang dilakukan oleh tentera Jepun sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua.

Satu contoh ketara adalah desakan kerajaan dalam tuntutan ketiga Saburo yang merujuk kepada Pembunuhan Beramai-ramai Nanking (Nanking Massacre) harus disebut sebagai "apa yang berlaku adalah disebabkan kekeliruan", walaupun insiden itu melibatkan pembunuhan sistematik beratus-ratus ribu orang awam Nanjing, China dalam tempoh beberapa minggu.

Satu lagi isu yang dipertikaikan adalah desakan kerajaan bahawa semua buku teks mengelakkan penggunaan ungkapan negatif "pencerobohan" berhubung dengan pendudukan tentera Jepun di China, sebaliknya menggunakan istilah "kemaraan tentera".

pendudukan jepun di china

Kes Profesor Saburo didasarkan pada pertikaian bahawa penapisan buku teks melanggar hak kebebasan bersuara dan kebebasan pendidikan yang dijamin oleh perlembagaan Jepun, dan juga tidak menurut perlembagaan serta menyalahi undang-undang.

Kedua-dua saman terhadap kerajaan yang dibuat pada tahun 1965 dan 1967 melihatkan Saburo tewas. Saman pertama berlangsung selama 27 tahun sehingga 1993 dan saman kedua selama 22 tahun sehingga 1989.

Pada tahun 1983, beliau membuat saman ketiga yang timbul daripada 8 ulasan oleh kerajaan tentang draf buku teksnya dari tahun 1980 hingga 1983.

Pada tahun 1989, mahkamah daerah memutuskan keputusan yang menentang kebanyakan hujah beliau.

Saburo kemudiannya membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi, yang mana melihatkan keputusan di mana 3 daripada 8 ulasan kerajaan terhadap bukut teks tersebut adalah menyalahi undang-undang.

Ulasan-ulasan tersebut termasuklah yang berkaitan dengan penghuraian Pembunuhan Beramai-ramai Nanking, termasuk jenayah rogol oleh tentera Jepun yang meluas. 

Kemenangan berpihak kepada Saburo Ienaga

saburo ienaga ketika muda 974

Pada tahun 1997, rayuan Profesor Saburo terhadap baki 5 ulasan akhirnya sampai ke Mahkamah Agung Jepun yang memihak kepada beliau (3 daripada 5), di mana Kementerian Pelajaran telah bertindak menyalahi undang-undang apabila ia dibuang daripada buku teks tersebut.

Perkara-perkara yang dibuang tersebut adalah penghuraian tentang eksperimen biologi Jepun terhadap 3,000 orang di utara China semasa Perang Dunia Kedua.

Dalam eksperimen ini, ia dilakukan oleh kumpulan perang kuman yang dikenali sebagai Unit 731. Subjek telah dikendalikan tanpa suntikan bius, disuntik dengan penyakit seperti kepialu dan dibiarkan mati tanpa rawatan.

Kerajaan Jepun tidak pernah mengaku akan kewujudan unit ini namun kewujudannya didokumentasikan selepas doktor-doktor yang terlibat membuat pengakuan.

Kes saman ini telah menggalakkan banyak penulis buku teks untuk memasukkan keterangan mengenai kekejaman perang oleh Jepun. Hasilnya, buku teks menjadi bertambah dengan begitu ketara pada hujung tahun 1980-an dan awal 1990-an.

Masih terdapat kepincangan dalam sejarah Jepun

saburo ienaga menghabiskan sebahagian hayatnya untuk menceritakan kebenaran sejarah jepun

Walaupun Profesor Sabura menumpukan sepenuh masa kepada isu penapisan buku teks sejak beliau bersara dan bertarung berterusan untuk membolehkan kebenaran tentang Perang Dunia Kedua diketahui orang ramai, namun kemenangannya pada tahun 1997 hanyalah sebahagian sahaja.

Mahkamah Agung menolak tuntutan iaitu empat bahagian lain dari buku teks beliau telah ditapis secara haram termasuk satu petikan yang menghuraikan tindakan tentera Jepun merogol wanita di utara China.

Kemenangan separa ini mencerminkan perpecahan yang berterusan di Jepun antara mereka seperti Profesor Sabura yang mahukan kebenaran diketahui dan para penyokong dasar pengubahsuaian (revisionis) yang mendakwa bahawa jenayah perang dan kekejaman Jepun yang didokumentasikan tidak pernah berlaku.

Dakwaan revisionis ini sering digunakan oleh kumpulan tentera sayap kanan dan penyokong mereka yang mana terus menggunakan pengaruh negatif terhadap masyarakat Jepun.

Mereka seperti Profesor Saburo yang menceritakan kebenaran sering diserang secara fizikal oleh ekstremis.

saburo ienaga dicalonkan dalam anugerah nobel 1999 dan 2001

Ketika Profesor Saburo memenangi kes samannya pada tahun 1970, ekstremis sayap kanan mengancam untuk membunuhnya serta hakim dan peguam yang terlibat dalam kes tersebut.

Rumah beliau dikelilingi oleh samseng-samseng siang dan malam yang melaungkan slogan-slogan serta mengetuk periuk dan belanga, membuatkan dia dan keluarga tak dapat tidur.

Perjuangan yang dilakukan ini memerlukan keberanian yang sangat tinggi serta kesungguhan dan ketekunan.

Perjuangannya selama berpuluh-puluh tahun untuk memastikan golongan belia Jepun dapat membaca kebeanran tentang sejarah negara mereka. Sumbangan beliau berhak mendapat pengiktirafan antarabangsa di mana Profesor Saburo telah dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1999 dan 2001.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)