Pada 25 Oktober 1944, tentera-tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di atas kapal-kapal tentera laut di Teluk Leyte menyaksikan satu kejadian yang tak pernah mereka lalui ketika latihan.
Mereka menyaksikan dengan mata sendiri lebih daripada 1,000 buah pesawat jatuh dari langit dan mengenai kapal-kapal perang Amerika.
Tentera Amerika tidak duduk diam dan melakukan serangan balas dengan terlibat dalam pertempuran udara yang melihatkan kedua-dua pihak saling mengejar.
BESARKAN TEKS A- A+
Tentera-tentera di atas kapal pula cuba menembak pesawat-pesawat yang menuju ke arah mereka dengan begitu dekat sekali sehinggakan menampakkan muka dengan jelas.
Menjelang hujung Januari 1945, sekurang-kurangnya 47 kapal perang sekutu Allied musnah dan tenggelam, manakala 300 yang lain mengalami kerosakan, akibat anggaran 1,900 pesawat kamikaze Jepun yang menghentam mereka.
Istilah "kamikaze" adalah gabungan dua perkataan iaitu "kami" membawa maksud ilahi dan "kaze" bermaksud angin.
Istilah ini sesuai dengan tanggapan para juruterbang bahawa kerja mereka merupakan penghormatan paling tinggi jika dibandingkan dengan yang lain.
Ketika tentera Amerika Syarikat sedang menghampiri Okinawa dan Iwo Jima, serta Filipina, tentera Jepun mencari cara untuk menghalang mereka.
"Saya sangat yakin dan percaya bahawa satu-satunya cara untuk membuatkan perang ini beralih ke tangan kami adalah dengan melakukan serangan berani mati menggunakan pesawat ke atas kapal perang musuh," kata ketua angkatan laut Jepun, Motoharu Okamura.
Beliau juga berkata bahawa terdapat jumlah sukarelawan lebih daripada cukup untuk menggunakan peluang ini bagi menyelamatkan negara mereka.
Dan tepat sekali jangkaan Motoharu, apabila ramai yang menawarkan diri. Armada kamikaze pertama hanya mempunyai 24 juruterbang yang sanggup membakar diri sendiri untuk negara.
Malah, juruterbang-juruterbang tersebut bukanlah yang terbaik kerana kebanyakan daripada mereka kurang berpengalaman dengan latihan yang sedikit ataupun langsung tak terlatih.
Tiada peraturan untuk juruterbang-juruterbang tersebut dan juga tiada sasaran lain selain daripada kapal perang musuh. Tiada harapan untuk bertahan hidup apabila mereka melakukan serangan tersebut.
Menjelang akhir WW2, pihak Jepun kehilangan hampir 5,000 anggota disebabkan apa yang Amerika Syarikat gelarkan sebagai "perang yang tidak berperikemanusiaan".
Mereka memandu pesawat biasa dan ada juga yang memandu pesawat yang direka khas, dikenali sebagai "Ohka". Ohka direka untuk menghasilkan kemusnahan maksimum selepas melakukan hentaman.
Ohka adalah pesawat yang berkuasa roket yang dibawa ke arah sasarannya di bahagian bawah pesawat pengebom.
Impak oleh serangan kamikaze menyebabkan kesan lebih daripada fizikal. Namun kemusnahan yang dihasilkan tidak cukup untuk menghalang kemaraan Amerika Syarikat yang melihatkan Okinawa, Iwo Jima dan Filipina diceroboh dan ditawan.
Akan tetapi, kesan emosi serangan itu tidak dapat dibendung oleh pihak Amerika Syarikat.
Para tentera AS masih teringat perasaan seram yang dialami kerana memikirkan juruterbang kamikaze langsung tidak peduli terhadap kemusnahan atau nyawa mereka sendiri.
Lebih daripada 1,000 juruterbang kamikaze "terkembumi" di laut berikutan serangan itu, yang membawa kepada kematian tertinggi tentera laut sejak serangan Pearl Harbor pada 7 Disember 1941.