Jika anda gemar membaca sejarah mengenai Perang Dunia Kedua, anda akan temui banyak strategi perang yang agak pelik (dan mungkin mengaurut)  yang dilancarkan tidak kira daripada pihak Kuasa Bersekutu dan Kuasa Paksi.

Setelah serangan Jepun di Pearl Harbor, "Wild Bill" Donovan, pemimpin Pejabat Perkhidmatan Strategik (OSS) - agensi perisikan masa perang Amerika - memberitahu para saintisnya untuk mencari jalan untuk "mengusir keluar" musuh-musuh Kuasa Paksi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebagai respon, para saintis menghasilkan sejumlah muslihat kotor, termasuk campuran pancake yang meletup, bom yang diikat ke kelawar hidup, suntikan dadah untuk mendapatkan maklumat dari tawanan perang dan banyak lagi.

Dengan kata lain, masa-masa terdesak seperti ini telah melahirkan idea-idea kreatif (dan gila). Bak kata orang putih "desperate times called for desperate measures". Di antara strategi aneh ini, Operasi Fantasia adalah antara operasi paling aneh dan tidak masuk akal.

Idea Operasi Fantasia

kepercayaan tahyul jepun

Operasi Fantasia adalah cetusan ahli strategi perang psikologi OSS, Ed Salinger, seorang ahli perniagaan eksentrik yang pernah menjalankan perniagaan import dan  eksport di Tokyo sebelum perang.

Urusan perniagaan Ed Salinger telah memberinya pengenalan singkat terhadap budaya Jepun. Ed Salinger belajar bahasa, seni dan kepercayaan takhayul masyarakat Jepun dan itulah sebabnya OSS mengupahnya.

Operasi Fantasia yang dicadangkannya kepada organisasi itu pada tahun 1943 akan menghancurkan semangat Jepun dengan mendedahkan tentera dan orang awam kepada "Inari", roh dalam kepercayaan Shinto yang berbentuk musang dengan kemampuan magis. 

Agama tradisional Jepun, Shinto berasal dari abad ke-8. Tanpa dewa atau dewi pusat untuk disembah, Shintoists mengabdikan diri untuk roh yang tidak kelihatan yang disebut "kami". Salah satu dari "kami" dikenali sebagai Inari, iaitu roh musang.

Dalam cerita rakyat tradisional Jepun, musang dianggap sebagai penjaga yang setia, mereka juga dianggap sebagai "binatang penyihir" dan ketika Inari dilihat diterangi atau bersinar, itu merupakan petanda nasib buruk bakal menimpa mereka. Operasi Fantasia bertujuan untuk menimbulkan perasaan gerun kepada pihak musuh.

Halangan Operasi Fantasia

strategi perang dunia

Namun, rancangan ini tetap mempunyai halangannya yang tersendiri, terutamanya daripada segi logistik. Cat jenis apakah yang perlu digunakan pada musang-musang ini bagi menjadikannya bercahaya dalam keadaan gelap?

Syarikat United States Radium Corporation telah mencadangkan penggunaan cat glow-in-the-darknya yang mengandungi bahan radioaktif radium. Risiko kesihatan yang berkaitan dengan cat itu tidak diketahui pada ketika itu kerana tiada kajian lanjut mengenainya.

Seawal tahun 1917, para wanita yang bekerja di kilang menghasilkan jam yang menggunakan cat bercahaya ini sebagai bahan pengilat dilaporkan menderita anemia, patah tulang dan nekrosis rahang setelah mereka terdedah kepada keracunan radioaktif akibat penggunaan bahan mengandungi radium ini. Di sebalik bahaya itu, OSS tetap meneruskan Operasi Fantasia.

Halangan kedua yang dihadapi oleh pihak OSS adalah memastikan bahan yang dicat pada musang dapat bertahan lama. Untuk menguji bahan yang digunakan, pihak OSS mendapatkan bantuan Harry Nimphius, doktor haiwan di Central Park Zoo .

Masalah seterusnya pula adalah bagaimanakah pihak OSS mahu menghantar musang-musang bercahaya ini ke kawasan kepulauan Jepun? Rancangan asalnya adalah menjatuhkan mereka melalui pesawat ke kawasan perairan berdekatan kawasan musuh dan kemudian membiarkan musang-musang ini berenang sendiri ke daratan.

Malangnya, mereka dapati masalah lain pula timbul. Apabila berada dalam air untuk tempoh lama, cat-cat ini akan tertanggal. Malah, musang-musang ini juga secara semulajadinya akan menjilat badan mereka untuk mengeringkan kulit mereka. Maka, kesan cat glow in the dark ini akan berkurangan. 

Percubaan awal Operasi Fantasia

musang bercahaya

Dengan budaya Jepun yang masih mempercayai kepercayaan tahayul ketika Perang Dunia Kedua, pihak OSS bertujuan memanfaatkan kepercayaan tersebut dengan melepaskan banyak sekumpulan musang ke kawasan daratan Jepun. Strategi ini lebih kepada perang psikologi, untuk menimbulkan kekacauan di kalangan orang Jepun.

Ujian awal dilakukan di Central Park di New York. Pihak OSS menghantar 30 musang yang dicat dengan bahan kimia yang bercahaya dalam gelap. Rancangan itu nampaknya berhasil. Warga New York merasa ngeri apabila melihat rubah seperti hantu yang tiba-tiba muncul di situ.

Dengan kejayaan percubaan yang dilakukan itu, pihak OSS meneruskan rancangan untuk melaksanakan fasa berikutnya, iaitu "Operasi Fantasia." Agensi itu menghantar anggota mereka ke seluruh dunia untuk mengumpulkan sebanyak mungkin musang bagi merealisasikan rancangan mereka ini. 

Malangnya, operasi ini tidak dijalankan sepenuhnya. Pada 6 Ogos 1945, Amerika Syarikat menjatuhkan bom atom pertama di bandar Hiroshima di Jepun, yang berjaya mengakhiri Perang Dunia II dan Operasi Fantasia bersama-sama dengan musang-musang bercahaya ini nampaknya tidak lagi releven untuk diteruskan.

Kredit:

  1. Smithsonian Mag
  2. Ripley's Believ It Or Not



Hakcipta iluminasi.com (2017)