Oleh pada 16 Nov 2020 kategori

serangan kamikaze jepun ww2

Banzai! Antara salah satu perkara yang sangat menakutkan tetapi unik ketika Perang Dunia Kedua sudah tentunya pejuang kamikaze Jepun. 

Namun, jika kita fikirkan, mengapa para juruterbang Jepun dalam WW2 susah payah memakai helmet jika mereka dalam misi bunuh diri?

Salah faham Kamikaze

mengapa juruterbang kamikaze jepun pakai topi keledar perang dunia kedua 2

Sejak dahulu lagi, terdapat sedikit salah faham tentang mengenai bagaimana juruterbang tempur Jepun bertempur dalam Perang Dunia 2.

Ramai orang salah percaya bahawa semua juruterbang Jepun melompat ke pesawat yang penuh dengan bahan bakar dan bahan letupan semata-mata untuk tujuan menghentam ke sasaran sekutu seperti yang dilakukan pengganas pada tragedi 9-11.

Semua ini sangat jauh dari apa yang sebenarnya berlaku. Memang benar pasukan tentera Jepun pada ketika itu mempunyai sekumpulan kecil juruterbang khas yang mana tujuan utamanya adalah untuk misi bunuh diri.

Ini dikenali sebagai "misi kamikaze", di mana kamikaze membawa maksud ilahi atau "angin ilahi" dalam bahasa Jepun.

Walaupun begitu, hanya sebilangan kecil misi yang menggunakan para juruterbang ini.

pesawat kamikaze

Sering kali apabila pesawat tempur Jepun rosak dan berkemungkinan jatuh, kehabisan peluru, atau tidak dapat bertempur dengan alasan tertentu, mereka sering mencuba melakukan sebanyak kerosakan yang mungkin terhadap pihak musuh satu serangan terakhir dengan menghentam pesawat mereka ke sasaran.

Kadang-kala tindakan ini juga dianggap sebagai serangan kamikaze, yang mana adalah tidak benar.

Kamikaze merujuk kepada misi yang dirancang khusus untuk misi bunuh diri dan juruterbangnya.

Malah, segelintir juruterbang Sekutu juga akan menggunakan pesawat mereka untuk menyebabkan sebanyak kerosakan yang mungkin dalam perlanggaran bunuh diri jika tidak ada pilihan lain.

Jadi mengapa juruterbang kamikaze pakai topi keledar?

mengapa juruterbang kamikaze jepun pakai topi keledar perang dunia kedua 83

Jika misi yang diberikan adalah misi bunuh diri dengan pesawat yang dipenuhi dengan bahan letupan, mengapa bersusah-payah memakai topi kepala, kan? Akhirnya akan mati juga!

Sebenarnya ini adalah satu soalan trik, di mana secara teknikalnya mereka tidak memakai topi keledar, tetapi memakai "flight caps" kulit yang menutup kepala dan telinga.

Penutup kepala dan topi keledar yang digunakan dalam WW2 sebahagian besarnya merupakan pegangan dari era sebelumnya di mana kokpit pesawat adalah terbuka, yang mana sepatutnya melindungi dari hujan dan angin.

Kokpit tertutup adalah standard dalam Perang Dunia 2, tetapi pesawat pada ketika itu sering kali berlepas dan mendarat dengan kokpit terbuka dengan kepercayaan bahawa akan lebih mudah untuk menyelamatkan diri jika sesuatu berlaku ketika sedang mendarat.

Pemakaian penutup kepala ini membuat juruterbang tidak terlalu sejuk atau pekak ketika terbang dengan kanopi kokpit mereka terbuka.

kamikaze jepun

Tujuan lain mereka berlepas atau mendarat dengan kokpit terbuka adalah mendapatkan pandangan yang lebih baik atau mencari mercu tanda.

Pendaratan dan berlepas masih merupakan perkara yang paling berbahaya dalam penerbangan.

Dan jika juruterbang kamikaze mempunyai akses terhadap topi keledar penerbangan moden sekalipun, pemakaiannya bukanlah sesuatu yang sia-sia dalam misi menghentam kapal perang Amerika.

Pelanggaran pesawat mereka dengan kapal perang pastinya akan menyebabkan berlakunya letupan yang berakhir dengan kematian.

Namun fungsi topi keledar atau penutup kepala yang dipakai adalah untuk melindungi kepala juruterbang dari terhantuk pada kanopi kokpit semasa manuver di udara dalam kelajuan tinggi.

Jadi, "topi keledar" juruterbang kamikaze hanyalah untuk membantu mereka menyelesaikan misi perjalanan, bukannya untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Rujukan:

1. Mental Floss

2. Medium

3. Kamikaze



Hakcipta iluminasi.com (2017)