Sebelum ini, kami pernah menulis mengenai golongan Samurai. Dalam kod Samurai yang dikenali sebagai Bushido, terdapat galakan untuk melakukan Seppuku sebagai tanda maaf dan menebus maruah atas sesuatu kegagalan.

Sebelum ada yang tersalah faham, sebenarnya seppuku dan harakiri membawa maksud yang sama iaitu menikam perut atau memotong perut. Yang membezakannya cuma mungkin kerana perkataan seppuku adalah lebih formal untuk digunakan bagi masyarakat Jepun berbanding harakiri.

Nota: Artikel ini ditulis bertujuan sebagai bahan informasi semata-mata. Para pembaca dilarang meniru sama sekali amalan ritual ini.

Maksud "Seppuku"

ritual seppuku 585

Gambar ketika upacara seppuku Lord Asano

Apa itu Seppuku? Jika diterjemah secara literal, ianya membawa maksud "memotong/menikam perut". Ianya adalah satu ritual membunuh diri secara terhormat atas tujuan tertentu. Amalan ritual Seppuku ini dikatakan telah diamalkan sejak ratusan tahun lagi terutamanya ketika zaman Samurai.

Amalan ini dilakukan bagi menutup malu dan tanda maaf dan taat setia kepada ketua. Apabila dikatakan Seppuku adalah sebuah ritual, maka ianya bukan setakat menikam perut dengan benda tajam tetapi mempunyai prosedur yang tertentu.

Pada zaman dahulu, kebiasaannya orang Jepun akan memilih untuk melakukan Seppuku daripada dihukum bunuh sekiranya mereka didapati bersalah atau tewas dalam peperangan. Amalan membunuh diri melalui amalan ritual Seppuku ini dilihat sebagai cara bunuh diri terhormat berbanding dikenakan hukuman bunuh.

Memerlukan bantuan Kaishakunin

tanto pisau untuk seppuku

Menikam perut dengan benda tajam hanyalah langkah pertama dalam amalan ritual Seppuku. Ianya tidak menjamin seseorang itu akan mati serta merta sebaliknya orang itu mungkin akan mengalami pendarahan teruk dan rasa sakit terseksa.

Kemudian, anda perlu mendapatkan bantuan seseorang yang akan memenggal kepala menggunakan pedang yang tajam. Orang yang berperanan memenggal kepala ini dikenali sebagai Kaishakunin. Kaishakunin yang dipilih mestilah daripada kalangan orang yang dipercayai sama ada rakan terdekat, mentor ataupun mereka yang pakar menggunakan pedang.

Amalan Seppuku sebenarnya kompleks dan memerlukan perancangan yang rapi. Kaishakunin mestilah berkemampuan dan mempunyai kemahiran memenggal kepala dengan hanya sekali hayunan pedang.

Amalan Pre-Seppuku

Sebelum ritual Seppuku dijalankan, seseorang yang ingin melakukan Seppuku akan meminum sake (sejenis arak), menulis puisi dan melakukan beberapa perkara lain yang boleh menenangkan fikiran. Keadaan pada waktu tersebut akan sunyi dan tenang.

Orang yang melakukan Seppuku akan dikelilingi oleh kenalan-kenalan rapat yang  datang untuk memberikan penghormatan terakhir.

Cara Seppuku dilakukan

amalan seppuku 113

Seppuku memerlukan teknik yang spesifik. Ia dilakukan dengan menikam bahagian kiri atau kanan abdomen (berdekatan dengan tulang rusuk) bergantung kepada bahagian tangan yang dominan. Sekiranya tikaman dilakukan pada bahagian kanan, pedang tersebut akan ditarik ke sebelah kiri. Kemudian, pusingkan pedang tersebut dan tarik ke bahagian atas.

Sekiranya didapati seseorang yang ingin melakukan Seppuku ini berada dalam keadaan ketakutan untuk melakukannya, atau berada dalam keadaan sakit yang teramat sangat maka Kaishakunin akan memainkan peranan untuk memenggal kepalanya.

Seppuku dikhaskan untuk Samurai dan pihak pemerintah

Amalan Seppuku ini pada awalnya dikhaskan hanya untuk golongan Samurai dan pihak pemerintah sahaja terutamanya sekiranya mereka tewas dalam peperangan. Amalan Seppuku ini dilihat sebagai cara terhormat untuk membunuh diri atas sesuatu kegagalan atau kekalahan.

Sementara itu, askar biasa tidak diberikan kebenaran untuk melakukan Seppuku. Bagi yang layak dan memohon untuk melakukan Seppuku, mereka akan diberikan pisau khas untuk melakukannya.

jigai

Bagi wanita yang terlibat dalam peperangan ataupun isteri kepada seseorang Samurai, mereka juga turut dibenarkan untuk melakukan Seppuku. Caranya sedikit berbeza dan ritual tersebu dinamakan sebagai Jigai.

Kredit:

  1. WikiPedia
  2. Ranker

tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)