Oleh pada 26 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Business Insider UK

Pemain bola sepak terbaik dunia, Cristiano Ronaldo sedang meluaskan potfolio perniagaan hotel 'CR7' kepunyaannya dengan memulakan francais baru di New York, Madrid dan Marrakech, dedah sekutunya di Lisbon semalam.

Bintang Real Madrid tersebut telah pun mengusahakan Hotel CR7 melalui kolaborasi dengan sebuah syarikat Portugis, Kumpulan Hotel Pestana di Lisbon dan tempat kelahirannya, Funchai.

Hotel baru pertama yang akan beroperasi dalam jangka masa 18 bulan itu terletak di Marrakech. Bandar itu kerap dilawati Ronaldo kerana merupakan tempat kawannya yang terlibat dalam sukan seni pertahanan diri Belanda.

Para tetamu Hotel CR7 juga berpeluang menyertai majlis koktel `Ballon d'Or' dan mengambil foto dengan hologram kapten pasukan Portugal tersebut.

Selain hotel, CR7 kepunyaan Ronaldo ini juga menjual produk seperti pakaian dan kasut.

Sumber berita: AFP & BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)