Oleh pada 06 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Cristiano Ronaldo

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mampu berbangga kerana memiliki anak, Cristiano Ronaldo Jr. yang baru sahaja mencecah umur tujuh tahun tetapi mempunyai tubuh yang berotot.

Menerusi laman Instagram, penyerang berbisa Real Madrid itu menayangkan anaknya yang megah beraksi tanpa baju sewaktu bersenam di gim.

Kelihatan anak lelakinya itu sedang memberi reaksi wajah tersenyum menunjukkan susuk tubuh kecilnya yang sasa.

Menurut Cristiano, anaknya itu mengatakan beliau mahu menjadi seperti bapanya.

"Jr. kata 'saya nak jadi macam ayah'! Apa pendapat kamu?" tulisnya di kapsyen.

anak cristiano ronaldo berusia 7 tahun tayang badan 2

Kredit foto: Instagram Cristiano Ronaldo

Rata-rata para peminat akui terkejut dan kagum dengan tubuh Jr.

Foto itu sehingga kini meraih 6.6 juta tanda suka daripada para pengikutnya. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)