Oleh pada 24 Oct 2018 kategori

Real Madrid adalah sebuah kelab bola sepak gergasi Sepanyol yang sangat terkenal di seluruh dunia. Pasukan menggeruni mereka, pemain bola sepak ingin menyertai mereka. Namun, untuk bermain di Santiago Bernabeu dan memakai jersi Los Blancos bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Senarai ini akan berkongsi mengenai penyesalan 5 orang pemain kerana tidak menyertai Real Madrid. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Francesco Totti

francesco totti menyesal tak sertai real madrid

Totti menghabiskan seluruh kerjayanya di AS Roma dan sangat disayangi oleh peminat kelab bola sepak Itali itu. Lagenda bola sepak Itali ini sebenarnya pernah diberikan tawaran oleh 2 kelab gergasi Sepanyol, iaitu Barcelona dan Real Madrid untuk menjadi penyerang mereka. Namun kesetiaan beliau terhadap Roma membuatkan beliau terus bersama di sana sehingga bersara pada tahun 2017.

Ketika ditemuramah oleh Sky Sport Italia pada tahun 2012, Totti meluahkan, "Saya tidak pernah berfikir tentang wang, sekiranya begitu, saya sudah tinggalkan kelab ini ketika usia 26 tahun untuk ke Real Madrid dan Barcelona. 

Walaubagaimanapun, selepas sebuah perlawanan di Santiago Bernabeu, beliau mendedahkan bahawa beliau menyesal kerana tidak menyertai kelab Los Blancos itu. Kata beliau, "Santiago Bernabeu adalah sebuah stadium yang menakjubkan. Real Madrid adalah satu-satunya penyesalan saya. Sungguh emosi sekali untuk menerima sambutan hangat. Ini adalah memori yang hebat buat saya."

4. Andrea Pirlo

andrea pirlo menyesal tak sertai real madrid

Pirlo pernah bermain untuk Inter Milan, AC Milan dan Juventus. Lagenda Itali ini dengan mudah boleh menjadi sebahagian daripada Real Madrid, namun kasihnya kepada AC Milan membuatkan beliau terus kekal di San Siro. Kelab tersebut bagaimanapun melepaskan beliau selepas kontraknya tamat. 

Pirlo kemudiannya berpindah ke Juventus dan memenangi 4 piala Seria A secara berturut-turut sebelum menyertai New York City FC di Major League Soccer (MLS). Dalam sebuah temuramah dengan Marca Plus, Pirlo mendedahkan:

"Pada tahun 2010, saya mampu untuk menjadi pemain Real Madrid. Capello adalah pengurus Los Blancos pada waktu itu, dan ramai pemain yang menghubungi saya dalam percubaan untuk memujuk dan meyakinkan saya untuk ke sana. Namun, saya masih di bawah kontrak dengan Milan, dan tiada apa yang dapat saya lakukan untuk meninggalkan kelab itu.

Selama 10 tahun berada di Milan, saya telah memenangi segalanya dan berasa gembira kerana bermain untuk 3 kelab bola sepak terbesar Itali. Saya berasa kecewa kerana tidak bermain untuk kelab yang hebat seperti Real Madrid."

3. Pavel Nedved

pavel nedved menyesal tak sertai real madrid

Pavel Nedved adalah salah seorang bintang yang paling 'underrated' dalam sejarah sukan bola sepak dunia. Tidak ramai yang berbicara tentang bagaimana bintang Juventus ini memberi trauma kepada setiap bek kanan lawan dan mudah melepasi mereka. 

Ketika ditemuramah oleh Sky Sports sesudah persaraannya, lagenda Czech Republic ini mendedahkan bahawa beliau menyesal kerana tidak bermain bersama Zidane di Bernabeu:

"Saya mempunyai kontrak dengan Juventus sehingga tahun 2006, dan saya mahu mengakhiri kerjaya saya pada ketika itu. Saya ingin terus kekal di Juventus sehingga tamat, namun bolehkah kelab ini membuat keputusan lain? Untuk ke Real Madrid? Ianya sudah terlambat. Saya berasa hampa kerana sesungguhnya saya ingin sangat bermain bersama Zidane di Real."

2. Steven Gerrard

steven gerrard menyesal tak sertai real madrid

Steven Gerrard, seperti Totti, telah menolak beberapa tawaran demi untuk terus kekal di kelab impiannya sejak kecil. Bintang England ini pernah pada suatu masa membuat permintaan untuk berpindah ke Chelsea, namun kemudiannya bertukar fikiran untuk terus kekal di Liverpool. Tindakan beliau itu walaubagaimanapun dimaafkan oleh peminat setia The Reds. 

Pemain tengah ini pernah sekali berpeluang untuk menyertai Real Madrid. Beliau memilih untuk kekal di Anfield namun kemudiannya meluahkan perasaan menyesal kerana tidak mencuba di La Liga. Menurut beliau:

"Terasa seperti disanjung untuk dikaitkan dengan kelab gergasi seperti Real Madrid. Saya mempunyai beberapa pilihan sepanjang kerjaya saya untuk menyertai Los Blancos, namun saya melawan godaan tersebut kerana berasa lebih dekat dengan kelab kampung halamannya.

Ianya adalah suatu perkara yang saya sesali, kerana tidak mencabar diri sendiri dan merasai perubahan bermain di negara lain. Namun begitu, saya akan lebih merasa menyesal meninggalkan kelab yang saya sayangi ini. Saya adalah seorang peminat tegar Real Madrid. Ianya adalah sebuah kelab yang istimewa."

1. Neymar

neymar menyesal tak sertai real madrid

Antara semua pemain bola sepak dalam senarai ini, Neymar adalah sedikit ganjil atas 2 sebab. Pertama, kesemua mereka menyatakan penyesalan mereka secara terbuka. Keduanya, kesemua mereka sudah bersara. 

Penyesalan Neymar kerana tidak menyertai Real Madrid adalah laporan media sukan, dan bukannya luahan beliau sendiri. Sama ada betul atau tidak, hanya Neymar sahaja yang tahu. Menurut penyerang Brazil ini, beliau berasa tidak gembira dengan keputusannya menyertai Barcelona berbanding kelab pilihannya sejak kecil, iaitu Real Madrid. 

Namun begitu, Neymar sebenarnya masih berpeluang untuk bermain bersama Los Blancos kerana beliau masih muda. Baru-baru ini terdapat beberapa laporan yang mengaitkan beliau dengan Real Madrid, dan menyebut bahawa beliau akan ke Bernabeu seboleh-bolehnya secepat mungkin. Mungkin ini berita gembira buat peminat seti Real Madrid?

Rujukan & Bacaan Tambahan:

  1. italianfootballdaily.com
  2. sportskeeda.com
  3. goal.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)