Oleh pada 10 Jun 2019 kategori

Suka atau tidak, anda harus mengakui bahawa Cristiano Ronaldo adalah seorang yang sangat bekerja keras dan merupakan antara pemain terhebat dalam sejarah bola sepak.

Tunggak Portugal ini adalah penanda aras bagi pemain muda akan datang, hasil dedikasi yang dahsayat yang ditunjukkan beliau terhadap kerjayanya.

Selain daripada menjadi yang terbaik di antara yang terbaik, CR7 juga merupakan pemain paling popular di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

cristiano ronaldo 709

Namun, terdapat beberapa perkara yang tidak diketahui oleh orang ramai tentang beliau. Teruskan pembacaan anda, kerana iluminasi.com ingin kongsikan 5 fakta menakjubkan tentang Cristiano Ronaldo yang ramai tak tahu.

5. Yuran perpindahan yang sangat kecil satu ketika dahulu

cf andorinha dan cristiano ronaldo

Cristiano Ronaldo pernah bergelar pemain bola sepak termahal di dunia berikutan perpindahannya dari Manchester United ke Real Madrid pada tahun 2009.

Melihatkan prestasinya yang tersangat cemerlang, harga £80 juta dilihatkan sebagai berpatutan.

Namun, Cristiano bukan lah sentiasa menjadi "jualan" yang mahal dalam karier bola sepaknya.

Cuba anda teka berapa yuran perpindahan beliau ketika berusia 10 tahun?

cristiano ronaldo ketika bersama cf andorinha

20 biji bola dan beberapa pasang jersi! Itulah yang diterima oleh CF Andorinha daripada CD Nacional pada tahun 1995.

Kemudian, CD Nacional menjual Cristiano kepada Sporting CP dengan harga RM80,000.

Beliau kemudiannya menyertai Manchester United dengan yuran perpindahan sebanyak RM64 juta dan memulakan kerjaya terhebat dalam sejarah bola sepak.

4. Orang yang paling ditakuti Cristiano Ronaldo

cristiano ronaldo dan sir alex ferguson 140

Mungkin ramai yang dah tahu bahawa hubungan antara Sir Alex Ferguson dan Cristiano Ronaldo seperti bapa dan anak. 

Dan jika anda ingin melihat bukti tentang betapa bagusnya Cristiano sebagai seorang pelajar, tonton rakaman saat-saat genting pada final Euro 2016.

Dalam rakaman tersebut, Cristiano menunjukkan ke arah jam tangannya, menyerupai tindakan yang menjadi trademark Alex Ferguson.

Pasangan ini menyayangi dan menghormati antara satu sama lain sama ada di tempat awam atau secara peribadi.

Namun, individu yang dianggap Cristiano sebagai faktor terpenting dalam karier beliau juga merupakan orang yang paling ditakutinya.

Hal ini didedahkan oleh bekas rakan sepasukan, Rio Ferdinand dalam sebuah rancangan TV. Rio ditanyakan siapa yang paling takut kepada Alex Ferguson dan jawapan yang diberikan adalah, Cristiano Ronaldo.

cristiano ronaldo dan sir alex ferguson 2

"Cristiano Ronaldo mungkin pemain yang saya nampak memberikan reaksi paling teruk terhadap Alex Ferguson. Dia tak gembira tentang ini. Dia cuba untuk bersaing dengan semua orang dan Alex Ferguson berkata kepadanya "Kau bukan bermain seorang, ini tentang pasukan". Dia masih muda ketika itu dan Cristiano sememangnya begitu," kata Rio Ferdinand.

Sejak itu, Cristiano mempelajari banyak perkara dan menjadi pemain penting dan bukan lagi yang suka menunjuk-nunjuk. 

Dan untuk semua nilai yang telah ditanamkan dalam diri beliau, Sir Alex layak mendapat pujian hebat.

3. Kursus "Sociology of Cristiano Ronaldo" di universiti

cristiano ronaldo mempunyai kursus bersempena kehidupannnya

Sedar atau tidak, Cristiano Ronaldo adalah pemain bola sepak yang paling terkenal dan paling diikuti di planet Bumi.

Malah, beliau mempunyai pengikut Instagram paling ramai di dunia mengalahkan selebriti Hollywood dan penyani terkenal.

Maka tak menghairankanlah jika ada pihak yang memberi penghormatan kepadanya dalam pelbagai cara yang berbeza.

Biasanya mereka akan menamakan sesuatu bersempena nama beliau, tetapi sebuah universiti di Kanada memberi penghormatan kepada Cristiano dengan cara yang pelik, iaitu merangka kursus tentang beliau.

Pada tahun 2015, Cristiano Ronaldo menjadi subjek kepada kos semester di University of British Columbia di Okanagan, Kanada.

profesor luis aguiar mengajar sociology of cristiano ronaldo

Sebagai sebahagian daripada modul Sosiologi tahun keempat, ia diajarkan oleh Profesor Luis LM Aguiar, yang mempunyai keghairahan terhadap sosiologi dan bola sepak.

Apabila ditanya, Profesur Luis memberitahu:

"Saya berminat tentang bagaimana Cristiano Ronaldo digunakan untuk membina beberapa wacana tentang siapa dia, apa yang membuatkan dia menjadi pemain yang sangat berbeza, apa hubungannya dengan Portugal, Madeira (kampung halamannya) dan identiti Portugisnya,".

Kursus ini bertujuan mengkaji cara di mana keperibadian superstar global dapat digunakan untuk membina identiti dan kerakyatan dan tidak memberi tumpuan kepada gaya hidup selebriti beliau.

Yuran kursus ini adalah sekitar RM10,000.

2. Galaksi bersempena Cristiano Ronaldo

cosmos redshift 7 galaksi bersempena nama cristiano ronaldo

Seperti yang dijelaskan di atas, adalah menjadi perkara biasa untuk melihat objek atau apa-apa dinamakan bersempena nama pemain bola sepak.

Sebagai contoh, sejenis burger dinamakan bersempena nama Zlatan Ibrahimovich iaitu "Le Zlatan" manakala nama Didier Drogba disematkan dalam satu jenama bir.

Dan sudah tentu nama Cristiano Ronaldo juga dijadikan tumpuan seperti digunakan pada Madeira International Airport Cristiano Ronaldo. Namun, namanya bukan sahaja digunakan dalam menamakan lapangan terbang, tetapi juga seluruh galaksi!

Ditemui pada tahun 2015, sekumpulan saintis yang diketuai oleh Dr. David Sobral dari Universiti Lisbon telah menamakan galaksi tersebut sebagai "Cosmos Redshift 7". 

Dengan awalan CR7, Dr. David telah memberi penghormatan kepada bintang Portugis itu terhadap pencapaiannya. 

Galaksi CR7 dikatakan telah wujud sejak lebih daripada 13 bilion tahun yang lalu.

1. Hampir-hampir berganding bahu dengan Lionel Messi untuk Barcelona

messi dan ronaldo

Setiap kipas-susah-mati (bagi yang tak tahu, "die hard fan") tahu tentang bagaimana Arsene Wenger dan Gerrard Houllier gagal menandatangani Cristiano ketika beliau remaja untuk Arsenal dan Liverpool.

Malah, musuh ketatnya iaitu Barcelona juga termasuk dalam senarai ini.

Kita juga tahu bagaiamana Real Madrid terlepas peluang untuk menandatangani Lionel di atas beberapa nasib yang tidak menyebelahi mereka. 

Tapi bagi Barcelona, kisahnya adalah terbalik. Barcelona enggan menandatangani Cristiano Ronaldo atas alasan yang boleh difahami apabila beliau ditawarkan kepada mereka semasa berada di Sporting CP.

Cuba bayangkan apa akan berlaku jika Barcelona merebut peluang tersebut?

cristiano ronaldo dan lionel messi bergabung

Pada tahun 2016, bekas presiden Barcelona, Joan Laporta mendedahkan perkara ini dengan berkata:

"Ketika itu kami dalam proses membina semula semua perkara. Saya berada di Sporting CP dan bercakap dengan ejennya (Jorge Mendes) yang mahu menjual Deco kepada kami. Dia mempunyai perjanjian dengan Manchester United dengan bayaran €19 juta Euro (RM88 juta) tetapi menawarkan bayaran €17 juta Euro (RM79 juta) kepada kami,".

Bagi peminat bola sepak di seluruh dunia, melihat Cristiano Ronaldo memakai jersi biru merah Barcelona adalah antara salah satu perkara yang menerujakan.

Itu belum memikirkan tentang gabungan antara Cristiano dan Messi kan?

Rujukan:

1. Sport Skeeda

2. Tech Times

3. Tribune




Hakcipta iluminasi.com (2017)