Oleh pada 13 Jul 2018 kategori

Selepas beberapa minggu spekulasi, perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus akhirnya diumumkan sendiri oleh tuan punya badan dalam suratnya yang agak menyentuh hati, terutamanya buat peminat setia Real Madrid. Yuran perpindahan dilaporkan sekitar €112 juta.

Ramai tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba Ronaldo ingin berpindah? Adakah terdapat masalah dalaman antara beliau dan Real Madrid? Sebab berikut mungkin adalah punca mengapa C. Ronaldo ingin berpindah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Cristiano Ronaldo Memerlukan Cabaran Baharu

cristiano ronaldo perlukan cabaran baru

Cristiano Ronaldo pantang dicabar. Beliau sangat dahagakan kejayaan, dan mungkin atas sebab inilah beliau memilih untuk berpindah ke Itali selepas meluangkan masa hampir sedekad bersama Real Madrid. Dengan perpindahan mengejutkan ke Turin, Ronaldo berpeluang untuk memenangi liga ketiga Eropah. Siapa tahu, mungkin beliau akan memecah rekod baharu dalam Serie A.

2. Susah Untuk Memuaskan Hati Peminat Real Madrid

peminat real madrid

Ya, Cristiano Ronaldo adalah antara nama besar yang pernah bermain untuk Real Madrid, namun itu tidak menjanjikan sokongan selamanya terhadap beliau. Pernah beberapa kali beliau diboo oleh peminatnya sendiri di Santiago Bernabeu. Mengambil kira kejayaan lalu Los Blancos dan bintang-bintang yang pernah bermain untuk kelab ini, harapan yang diletakkan peminat adalah sangat tinggi terhadap setiap pemainnya, terutama Ronaldo sebagai bintang utama. Siapa tahu, mungkin ini menjadi punca mengapa bekas bintang Manchester United ini ingin berpindah ke Turin.

3. Faktor Usia Cristiano Ronaldo Yang Semakin Meningkat

cristiano ronaldo sudah tua

Ramai sedar bahawa Cristiano Ronaldo adalah antara pemain yang sangat kerja keras dan rajin, ciri-ciri yang membolehkan beliau untuk berjaya ke tahap seperti hari ini. Namun, usia manusia sentiasa meningkat, tidak berkurang. Tahun ini, umur beliau sudah menjejaki 33 tahun, usia di mana kebanyakan pemain bola sepak berada di ambang persaraan.

Walaupun Ronaldo sebelum ini berjaya membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk beliau mempamerkan aksi yang hebat, bekas bintang Real Madrid ini ada menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau sedikit terjejas dengan faktor ini, terutamanya pada awal musim 2017-2018. Malah, pada peringkat awal musim lalu, pemain Portugis ini kelihatan bergelut untuk memberikan impak di atas padang, sekurang-kurangnya dalam beberapa permainan.

4. Cristiano Ronaldo Sudah Memenangi Segalanya di Sepanyol

cristiano ronaldo sudah menang banyak di sepanyol

Sebelum Cristiano Ronaldo menyertai Real Madrid pada tahun 2009, gergasi Sepanyol ini masih berada di bawah bayang-bayang musuh ketat mereka, FC Barcelona. Walaubagaimanapun, ketibaan Ronaldo banyak memberi impak positif kepada Real Madrid, sesuatu yang pasti tidak dapat disangkal, dengan kemenangan banyak piala-piala utama. Sepanjang 9 tahun bersama Real Madrid, Ronaldo berjaya memenangi piala-piala berikut:

  • La Liga - 2 kali
  • Copa Del Rey - 2 kali
  • Spanish Super Cup - 2 kali
  • UEFA Champions League - 4 kali
  • UEFA Super Cup - 3 kali
  • FIFA Club World Cup - 3 kali

Dengan kejayaan ini, sudah tiba masa untuk CR7 mencipta nama di pentas baharu.

5. Masalah Dalaman Cristiano Ronaldo Dengan Real Madrid

cristiano ronaldo bersama florentino perez

Ada ura-ura mengatakan sebab utama Cristiano ingin berpindah keluar adalah disebabkan oleh masalah dalam dengan Presiden Los Blancos, iaitu Florentino Perez. Menurut temubual ESPN dengan seorang wartawan bola sepak Martin Ainstein, sebab utama beliau ingin berpindah adalah kerana beliau berkecil hati dengan presiden kelab itu.

Ronaldo merasakan bahawa Perez tidak bersungguh mahukan beliau untuk terus bersama mereka. Tahun lalu, Perez berjanji untuk menaikkan gaji Ronaldo, dan beliau menunggu tawaran tersebut. Dalam masa yang sama, Lionel Messi mendapat kontrak baru dengan gaji €41 setahun, Neymar pula mempunyai pendapatan €35 setahun, manakala Ronaldo hanya memperolehi €21 setahun.

Apabila Cristiano Ronaldo memenangi Ballon d'Or, Perez berkata bahawa sekiranya Neymar mahu memenangi Ballon d'Or, beliau harus berpindah ke Real Madrid. Ronaldo tidak suka dengan kenyataan ini, di mana beliau mengugut untuk meninggalkan kelab itu. Dalam isu ini, beliau merasakan bahawa Real Madrid tidak bersungguh mahukan beliau terus bersama kelab.

Keadaan ini sangat mengelirukan, kerana Ronaldo ingin meninggalkan kelab itu, tapi dalam masa yang sama beliau ingin terus kekal. Mungkin ego beliau tercabar dengan kenyataan Perez, dan sebagai tindak balas beliau mengeluarkan kenyataan ingin meninggalkan Los Blancos, dengan harapan Real Madrid akan memujuk beliau untuk terus bermain bersama mereka, memberikan kelebihan kepada beliau untuk meminta dinaikkan gaji. Namun, itu tidak berlaku. Akhirnya, Ronaldo sendiri yang meninggalkan Real Madrid ke Juventus. Real Madrid ego, Ronaldo pun ego.

6. Surat Terbuka Cristiano Ronaldo Kepada Peminat Real Madrid

surat ronaldo buat peminat real madrid

Surat yang ditulis sendiri oleh Cristiano Ronaldo telah dipaparkan di laman sesawang rasmi Real Madrid. Dalam surat tersebut, Ronaldo meluahkan isi hatinya tentang bagaimana Real Madrid mengubah hidupnya, dan beliau berasa bersyukur kerana dapat memenangi banyak piala bersama kelab tersebut. Berikut adalah terjemahan penuh surat tersebut:

" Tahun-tahun saya bersama Real Madrid dan bandar Madrid adalah antara momen paling gembira dalam hidup saya.

Saya berasa amat berterima kasih kepada kelab, para peminatnya dan bandar ini. Saya hanya boleh berterima kasih kepada semua atas kebaikan dan kasih sayang yang diberikan kepada saya.

perpindahan cristiano ronaldo ke real madrid

Walaubagaimanapun, saya percaya bahawa sudah tiba masa untuk saya memulakan perjalanan baharu dalam hidup saya, dan atas sebab inilah saya meminta kelab untuk membenarkan saya pergi. Ini adalah apa yang saya rasa dan saya meminta semua orang, terutamanya peminat untuk memahaminya.

Saya melalui 9 tahun yang luar biasa di sini. 9 tahun yang unik. Ianya adalah masa yang mengujakan, penuh dengan kejayaan, walaupun ada tahun yang sukar kerana permintaan prestasi di Real Madrid adalah sangat tinggi. Namun saya sangat sedar bahawa saya tidak mungkin akan dapat melupakan bagaimana saya gembira permainan saya di sini, yang penuh dengan keunikan.

Saya telah berkongsi padang dan bilik bersalin dengan ramai pemain yang hebat. Saya turut merasai kasih sayang peminat yang luar biasa dan bersama kami menjulang piala Liga Juara-Juara (UEFA Champions League) 3 kali berturut-turut, dan memenangi 4 daripadanya dalam tempoh 5 tahun.

cristiano ronaldo menang ballo d or 5 kali

Bersama kejayaan-kejayaan ini, dan pada peringkat individu, saya berpuas hati memenangi 5 Ballon d'Or dan Kasut Emas (Golden Boot) sebanyak 3 kali. Masa saya bersama kelab ini adalah sangat hebat dan menakjubkan.

Real Madrid juga memenangi hati saya dan ahli keluarga saya, dan atas sebab inilah, lebih dari segalanya, saya ingin berterima kasih, terima kasih kepada kelab, terima kasih kepada presiden, pengarah kelab, rakan sepasukan, semua kakitangan kejurulatihan, para doktor, fisio dan para pekerja yang senantiasa memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

Sekali lagi saya ingin meluahkan perasaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyokong dan kepada bola sepak Sepanyol. Sepanjang tempoh 9 tahun yang menarik ini, saya telah bertemu dengan pemain lawan yang sangat hebat. Saya hormati dan mengiktiraf mereka semua.

selamat tinggal ronaldo

Saya telah berfikir masak-masak, dan sedar ini adalah masa untuk memulakan bab baru dalam hidup. Walaupun akan meninggalkan kelab ini, dan di mana pun saya, saya akan selamanya berasa setia dengan t-shirt ini, lencana ini dan Santiago Bernabéu.

Terima kasih semua, dan sudah pasti, seperti yang saya katakan 9 tahun lalu apabila pertama kali memijakkan kaki ke stadium kita: Hala Madrid! " - Cristiano Ronaldo

cristiano ronaldo cr7 ke juventus

Apapun sebab Cristiano Ronaldo ingin berpindah ke keluar daripada Real Madrid ke Juventus, pihak iluminasi mendoakan yang terbaik untuk beliau.

Kepada peminat setia Cristiano Ronaldo dan Real Madrid, bertabahlah.

Sumber:




Hakcipta iluminasi.com (2017)