ronaldo patrice evra friendship

Walaupun tersingkir dan pulang awal di kejohanan Piala Dunia 2018, bintang Real Madrid dan bekas wira Manchester United tetap merupakan antara salah seorang pemain bola sepak terhebat dalam sejarah sukan ini. 

Mungkin ramai yang mengetahui akan kisah-kisah yang diceritakan mengenai peribadi pemenang anugerah Balon d'Or lima kali ini yang mana penuh dengan kezaman dan ketekunan.

kisah ketekunan dan kerajinan cristiano ronaldo yang diceritakan oleh patrice evra 0

Disebabkan ketekunan yang tinggi, semangat juang yang tak berbelah bagi dan penjagaan badan yang menakjubkan, ramai pakar bola sepak yang meramalkan bahawa Cristiano akan masih bersinar dalam sukan ini walaupun mencecah usia 40 tahun.

Ia bukan sahaja melibatkan sukan bola sepak, tetapi hampir semua perkara. Cristiano tidak pernah berpuas hati menjadi nombor dua, yang membuatkan beliau berusaha keras sehingga ke tahap ini dan menjadi pemain nombor 1 dunia ketika ini.

Tewas dalam perlawanan ping-pong

kisah ketekunan dan kerajinan cristiano ronaldo yang diceritakan oleh patrice evra 3 172

Dan kisah yang diceritakan oleh bekas rakan sepasukan, Patrice Evra mengenai perlawanan ping pong di antara Cristiano dan Rio Ferdinand merupakan salah satu bukti kepada perkara ini.

Menurut Patrice Evra, Cristiano Ronaldo akan menjadi marah jika beliau tewas dalam apa sahaja yang dilakukan. Ia adalah motivasi kepada dirinya untuk sentiasa menang.

Pada satu ketika, Cristiano dan Rio Ferdinand bermain ping-pong yang melihatkan bintang Portugal itu tewas. Semua yang lain menjerit-jerit dan ia membuatkan Cristiano berasa sangat berang.

kisah ketekunan dan kerajinan cristiano ronaldo yang diceritakan oleh patrice evra 7 87

Tidak berpuas hati, Cristiano kemudiannya meminta sepupunya untuk membeli sebuah meja ping-pong dan mula berlatih untuk tempoh dua minggu di rumahnya.

Selepas itu, Cristiano mengajak Rio untuk mengulangi perlawanan di antara mereka, dan beliau menewaskan Rio di hadapan semua orang.

Beliau sanggup membeli meja ping-pong, berlatih setiap hari semata-mata hanya untuk membuktikan dirinya mampu mengalahkan lawan, dengan apa cara sekalipun.

kisah ketekunan dan kerajinan cristiano ronaldo yang diceritakan oleh patrice evra 4

"Itulah Cristiano Ronaldo, dan sebab itu saya tak terkejut jika dia ingin memenangi satu lagi Ballon d'Or, dan kenapa dia ingin memenangi Piala Dunia. Kerana dia seorang yang pemarah (semangat)," jelas Patrice Evra

Jangan terima pelawaan makan di rumah Cristiano Ronaldo

kisah ketekunan dan kerajinan cristiano ronaldo yang diceritakan oleh patrice evra 8

Satu lagi kisah yang diceritakan oleh Patrice mengenai Cristiano adalah jemputan makan tengah hari di kediaman kapten Portugal itu. 

"Jika Cristiano menjemput anda untuk makan tengah hari di rumahnya, jangan terima. Tolak sahaja pelawaan itu," kata Patrice.

Bekas pemain kebangsaan Perancis itu menceritakan bagaimana beliau menerima pelawaan itu dan akhirnya menyesal. 

Pada satu hari selepas selesai latihan padang, Cristiano mengajak Patrice ke rumahnya. Walaupun keletihan, Patrice tetap memenuhi undangan rakan baiknya itu.

Ketika di meja makan, hanya salad dan isi ayam sahaja dihidangkan, bersama-sama air kosong, dan bukannya jus.

kisah ketekunan dan kerajinan cristiano ronaldo yang diceritakan oleh patrice evra 2

Patrice pun mula makan dan menjangkakan bahawa Cristiano akan menghidangkan makanan lain selepas itu. Namun, ia tidak seperti apa yang diharapkan.

Selesai makan, Cristiano kemudiannya bangun lantas mengambil bola dan mula bermain, serta melakukan skil-skil lalu berkata:

"Patrice, jom main dua sentuhan (two touch),".

Patrice yang tidak membantah, walaupun agak tidak senang kerana keletihan, menurut sahaja permintaan rakannya itu.

"Kami mula bermain bola dan kemudiannya Cristiano mengajak saya untuk berenang di kolam renangnya. Saya pun "okay" sahaja, tetapi kemudiannya dia mengajak lagi untuk berendam di jakuzi, kemudiannya ke sauna. Akhirnya saya tak boleh terima lagi, dan saya berkata kepadanya: "Cristiano kenapa kita datang ke sini? Adakah sebab kita ada perlawanan esok, atau hanya untuk makan tengah hari?".

cristiano ronaldo berlatih di rumahnya

Oleh itu, Patrice Evra ingin menasihati sesiapa sahaja yang dijemput oleh Cristiano ke rumahnya, agar jangan terus terima pelawaan tersebut, sebaliknya menolak. Patrice menjelaskan bahawa ia bukan disebabkan makanan, tetapi beliau berasakan seperti sesi latihan ketika berada di rumah Cristiano.

"Cristiano adalah sebuah mesin yang tidak mahu berhenti berlatih," tambah Patrice.

Kisah-kisah ini membuktikan bahawa Cristiano adalah seorang yang sangat berdedikasi dan sentiasa ingin menjadi yang terbaik.

Jadi, tak hairanlah jika beliau masih akan bermain di tahap terbaik ketika berusia 40 tahun. 

Nota: "Love him or hate him but you can ignore him"

Rujukan:

1. 90 Min

2. Mirror

3. ESPN


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)