Oleh pada 04 Aug 2017 kategori

Ketika kecil sewaktu gigih bermain bola, ramai orang dewasa yang menasihati supaya jangan terlalu leka bermain dan lebih tumpukan perhatian terhadap pelajaran. Sebabnya, bermain bola hanya untuk suka-suka dan tidak boleh dibawa ke mana-mana dan hanya pelajaran yang mampu memberikan masa depan yang cerah.

list 5 2 309

Namun, ianya tidak 100% benar, kerana kini zaman sudah berubah dan atlet merupakan antara manusia paling untung jika kita bercakap mengenai perolehan gaji, dan juga bekerja dengan melakukan apa yang kita minat. Dengan hanya bersukan yang sememangnnya menjadi minat, ditambah pula dengan gaji yang tinggi, bahagianya hidup.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 atlet yang mendapat perolehan tertinggi di dunia bagi tahun 2017.

5. Kevin Durant - RM259 juta

kevin durant

Pemain yang mempunyai 27.2 purata mata yang dijaringkan setiap perlawanan menduduki tangga ke-5 atlet paling kaya di dunia 2017. Pada tahun 2016, Kevin Durant mengejutkan seluruh media dan peminat sukan bola keranjang selepas meninggalkan kelab Oklahoma City dan menandatangani kontrak 2 tahun bersama Golden State Warriors menjelang musim 2016-2017. Beliau yang merupakan atlet ke-5 terkaya dan atlet bola keranjang ke-2 terkaya di dunia memperoleh sebanyak RM259 juta bagi tahun 2017. 

kevin dunk

56% daripada jumlah perolehan Kevin Durant pada tahun 2017 adalah melalui tajaan yang mana melebihi daripada gajinya sebagai pemain bola keranjang untuk Golden State Warriors. Antara jenama-jenama yang menaja Kevin adalah Nike, Beats, American Family Insurance, BBVA, Sparkling Ice, Panini dan NBA 2K.

kevin nike

Namun, beliau tidak hanya mengharapkan pulangan daripada kedua-dua sumber ini sahaja dimana Kevin telah melabur ke dalam Player's Tribun, Acorns, Postmates dan JetSmarter. Pada tahun 2014, Kevin Durant telah menyambung kontrak bersama Nike sehingga tahun 2024 yang bernilai RM1.28 billion, walaupun jualan kasut signature Kevin menurun untuk dua tahun yang lalu.

4. Roger Federer - RM274 juta

roger federer 403

Berada di tempat ke-4 dalam senarai ini, namun Roger Federer tetap merupakan pemain tenis profesional terkaya di dunia. Dengan memperoleh RM274 juta pada tahun 2017, pemain kelahiran Switzerland ini juga merupakan pemain yang memenangi gelaran Grand Slam terbanyak dalam sejarah dengan 19 kali, meninggalkan pencabar terdekat iaitu Rafael Nadal dengan 16 gelaran.

roger tenis

Tidak seperti atlet lain dalam senarai ini, Roger Federer hanya memperoleh sebanyak RM25.68 juta hasil daripada kemenangan kejuaraan tenis dan ini dikira terlalu sedikit, iaitu suku daripada gaji Kevin Durant. Beliau yang menjuarai Australia Open pada tahun 2017 hanya membawa pulang RM12 juta sahaja.

roger nike

Namun, apa yang membuatkan Federer berada di senarai ini adalah jumlah yang diperolehinya melalui penajaan yang berjumlah sebanyak RM248 juta, yang merupakan nilai tajaan tertinggi di antara kelima-lima atlet dalam senarai ini. Penaja terbaru Federer adalah jenama pasta Barilla dengan perjanjian selama 5 tahun berjumlah RM171 juta. Penaja-penaja lain antaranya Nike, Wilson, Credit Suisse, Mercedes, Rolex, Lindt, Jura, Moet & Chandon, Sunrise dan juta NetsJets.

Jumlah wang yang diperolehi Federer sepanjang karier profesionalnya adalah sebanyak RM445 juta, namun sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan hasil tajaan yang diterimanya.

3. Lionel Messi - RM348.8 juta

lionel messi

Musuh tradisi Cristiano Ronaldo, Lionel Messi berada di tangga ketiga sebagai atlet paling kaya di dunia 2017. Bintang Barcelona dan Argentina ini memperoleh sebanyak RM348.8 juta bagi tahun 2017, peningkatan sebanyak RM33 juta dari tahun 2016. Gajinya di Barcelona adalah sebanyak RM3.64 juta seminggu atau RM14.5 juta sebulan. 

messi

Daripada jumlah RM348.8 juta yang diperolehi Messi, 33% daripadanya iaitu RM115 juta adalah daripada tajaan yang diterimanya. Antara syarikat yang menaja Lionel Messi adalah Adidas, EA Sport, Turkish Airlines, Herbalife, Gillette da juga Pepsi.

messi adidas

Beberapa bulan selepas Ronaldo diberitakan menandatangani perjanjian seumur hidup bersama Nike, Lionel Messi juga dikatakan menandatangani perjanjian yang sama di Sepanyol bersama Adidas, namun tidak dikhabarkan berapa jumlahnya.

2. LeBron James - RM369 juta

lebron james

Icon sukan bola keranjang ini menduduki tempat kedua atlet terkaya di dunia dengan jumlah keseluruhan yang diperolehi pada tahun 2017 sebanyak RM369 juta. Kontrak bersama pasukan Cleveland Cavaliers telah disambung lagi 3 tahun dengan perjanjian kontrak yang memberi pulangan sebanyak RM428 juta selepas berjaya membantu pasukan tersebut menjulang kejuaran NBA buat kali pertama dalam sejarah.

james

Gaji beliau sebanyak RM133.5 juta pada musim ini telah menjadikan LeBron sebagai pemain NBA ke-3 yang memperolehi gaji melebihi RM128 juta selepas Michael Jordan dan Kobe Bryant. Tidak cukup dengan itu, jumlah perolehan daripada tajaan LeBron melebihi gajinya sebagai pemain bole keranjang iaitu sebanyak RM235.4 juta.

james nike

Antara penaja-penaja LeBron James adalah Coca-Cola, Nike, Samsung, Beats, Audemars Piguet, Dunkin Donuts dant Tencent. LeBron juga mempunyai syarikat produksi iaitu SpringHill Entertainment dan sebahagian daripada kumpulan pelabur bagi restoran Blaze Pizza yang mempunyai 17 buah cawangan di Chicago dan Florida. 

Dalam 14 tahun karier LeBron sebagai pemain bola keranjang, beliau telah memperoleh RM2.91 billion, yang mana hannya 29% sahaja datang daripada gajinya sebagai atlet.

1. Cristiano Ronaldo - RM398 juta

cristiano ronaldo

Memang sudah dijangkakan, akan berada di tangga pertama senarai atlet paling kaya di dunia tahun 2017, Cristiano Ronaldo. Boleh dikatakan beliau adalah atlet yang paling terkenal di atas muka bumi ini dengan followers di Instagram sebanyak 107 juta yang merupakan di tangga ke-3 individu yang mempunyai followers Instragram terbanyak di dunia, selepas Selena Gomez (124 juta followers) dan Arianna Grande (111 juta followers)

ronaldo nike

Ronaldo sudah menjadi atlet yang terkaya di dunia bagi 2 tahun berturut-turut iaitu bagi 2016 dan 2017. Jumlah keseluruhan yang diperolehi Ronaldo untuk tahun 2017 adalah sebanyak RM398 juta. Jumlah itu termasuk gajinya sebagai pemain bola sepak di kelab gergasi Real Madrid dan juga tajaan. 

ronaldo tag heuer

Antara penaja Ronaldo termasuklah Nike, Clear, Toyota, Emirates, Herbalife, Tag Heuer, Castrol, Soccerade, KFC, Emporio Armani, Banco Espirito Santo, Samsung, Abbott Labs, Konami dan MTG. Jumlah keseluruhan tajaan ini berjumlah RM150 juta bagi tahun 2017.

Selain itu, beliau juga mempunyai perniagaan lain seperti jenama CR7 yang mempunyai produk seperti kasut, pakaian dalam, minyak wangi, seluar jeans dan juga hotel. Pada hujung tahun 2016, Nike telah mengumumkan perjanjian seumur hidup bersama Cristiano Ronaldo yang dikatakan bernilai RM4.28 billion. Apa la nak buat dengan duit sebanyak ni kan?


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)