Bagi peminat kumpulan rock Melayu, anda sudah pasti pernah mendengar lagu klasik kumpulan Spring, 'Bourgenvillar' yang meletup sekitar tahun 1994.

Istilah yang digunakan dalam judul lagu itu pula datang dari sejenis tumbuhan bunga mirip bunga kertas bernama 'Bougainvillea', yang merupakan sejenis tumbuhan asli dari kawasan sekitar benua Amerika Selatan, khususnya negeri seperti Brazil, Argentina dan Peru.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kini, sebuah negara bernama 'Bougainvillea' pula bakal terbentuk, selepas pelan kemerdekaan negara itu berjaya dicapai - membolehkan kerajaan negara Bougainvillea yang bebas dibentuk. Ini kisah bagaimana kejayaan itu berjaya dicapai.

Referendum menentukan kemerdekaan

peta bougainville

Pada 23 November sehinggalah 7 Disember 2019, penduduk daerah Bougainville salah satu wilayah di bawah negara Papua New Guinea diberikan tanggungjawab besar dalam menentukan hala tuju masyarakat mereka.

Sejarah di antara Bougainville dan kerajaan Papua New Guinea telah melalui perjalanan yang snagat berliku.

Selepas Papua New Guinea mendapat kemerdekaan dari Austalia pada tahun 1975, usaha untuk orang Bougainville keluar dari taklukan kerajaan Papua mula dicetuskan.

peta kedudukan bougainville

Konflik di antara dua kelompok masyarakat itu memuncak dengan bermulanya perang saudara yang tercetus di antara dua kelompok pemerintah pusat dan tempatan berlangsung selama lebih 10 tahun, bermula tahun 1988 hanya tamat pada tahun 1998.

Pergelutan bagi menguasai sumber bumi iaitu emas yang banyak di Pulau Bougainville menjadi punca utama perang saudara itu, mengakibatkan banyak nyawa terkorban di antara tentera Papua New Guinea atau PNGDF yang melawan pemberontakan digerakkan Tentera Revolusi Bougainville atau BRA.

Menanti tiba pemilihan undian kemerdekaan

papua new guinea peacekeepers in bougainville

Selepas lebih satu dekad bersengketa, solusi berjaya ditemui dengan persetujuan dalam Perjanjian Keamanan Bougainville yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 30 Ogos 2001.

Tiga aspek utama menjadi isi kandungan perjanjian itu; perjanjian untuk memberikan kuasa autonomi kepada Bougainville, penubuhan jawatankuasa kerjasama pengurusan pelupusan senjata api serta persetujuan untuk meletakkan syarat mengadakan referendum yang bakal disertai warga Bougainville di antara 10 ke 15 tahun selepas perjanjian keamanan itu ditandatangani.

Referendum itu dianjurkan khusus untuk mendapatkan suara masyarakat Bougainville, dalam menentukan apakah Bougainville bakal menjadi sebuah negara berdaulat atau akan terus kekal sebagai sebuah wilayah autonomi di Papua New Guinea.

Penubuhan wilayah autonomi Bougainville bagaimanapun berdepan kekangan selepas salah seorang pemimpin BRA bernama Ona bertindak melanggar perjanjian yang telah dicapai dengan bantuan angkatan tentera sendiri.

Dengan sokongan batalion itu, kawasan lombong emas yang menjadi idaman di Bougainville berjaya dirampas dan dikawal pasukannya selama hampir 4 tahun.

Hanya selepas kematian Ona pada tahun 2005 sekaligus menamatkan ancaman beliau, barulah pilihanraya pertama bagi menentukan pimpinan Wilayah Autonomi Bougainville berjaya diadakan.

Kejayaan itu itu membolehkan Wilayah Pentadbiran Autonomi Bougainville memerintah dan menentukan hala tuju kawasan itu, serta beberapa buah pulau di kawasan sekitarnya. Referendum yang telah dipersetujui dianjakkan jadualnya, perlu dianjurkan sebelum berakhirnya tahun 2020. Pada bulan Disember 2019, masyarakat Bougainville telah menyuarakan undian mereka.

Pilihan masyarakat Bougainville untuk merdeka

referendum bougainville

Dalam referendum yang diadakan, dua pilihan disediakan kepada masyarakat Bougainville - sama ada mereka bersetuju untuk kuasa autonomi wilayah itu dipertingkatkan dan terus kekal di bawah kerajaan pusat Papua New Guinea atau merdeka, menubuhkan negara sendiri.

181,067 warga Bougainville turun mengundi, merangkumi kesemua 87.58 jumlah populasi penduduk wilayah itu layak mengundi.

Hasilnya, 98.31% memilih untuk merdeka dan hanya 1.69% bersetuju untuk kekal sebagai wilayah walaupun kerajaan pusat cuba memujuk Bougainville untuk kekal, merasakan negara itu lebih baik sekiranya bersatu.

Hasil referendum itu, kerajaan Papua New Guinea itu tidak ada jalan lain selain daripada akur dengan pilihan yang telah dilakukan mula merencanakan siri perbincangan dalam menentukan garis masa kemerdekaan Bougainville.

Masih terdapat bermacam isu khasnya melibatkan kerjasama ekonomi dan hubungan diplomatik yang perlu diperhalusi di antara kedua-dua buah kerajaan, khususnya dalam urusan pindaan perlembagaan Papua New Guinea yang akan membolehkan perlembagaan negara baru Bougenville dirangka.

Setakat ini, tahun 2023 dikatakan menjadi tarikh awal penyerahan semua kuasa pentadbiran kepada kerajaan Bougenville bakal bermula. Sementara itu tarikh kemerdekaan rasmi Bougenville dijadualkan bakal berlaku selepas tahun 2025 tiba dan sebelum tahun 2027 berakhir.

Sekiranya semua perancangan ini berjalan lancar, akan tamatlah sejarah peperangan yang melibatkan dua kelompok saudara yang telah tercetus berdekad-dekad lamanya. Bougenville pula bakal menjadi negara terbaru dalam dunia.

Kita pula perlulah menggantikan peta dunia yang dimiliki kita agar selaras dengan perkembangan politik semasa. Baru saja minggu lepas penulis beli peta dunia siap bingkai yang kini digantung di ruang makan kediaman penulis.




Hakcipta iluminasi.com (2017)