Melangsungkan perkahwinan zaman sekarang mempunyai permintaan yang jauh berbeza berbanding 20 ke 30 tahun dahulu, belum lagi dibandingkan dengan 50 ke 60 tahun sebelum itu.

Kini semakin ramai warga Malaysia melangsungkan perkahwinan pada usia yang lebih lambat, disebabkan oleh faktor ekonomi yang lebih baik. Trend ini selari dengan dapatan lain di seluruh dunia di mana kita boleh melihat hubungkait pendapatan dengan usia perkahwinan yang sangat jelas, khasnya apabila melibatkan wanita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagaimana pula dengan negara kita? Berapakah usia purata rakyat Malaysia berkahwin? Adakah dapat dilihat perbezaan usia perkahwinan melibatkan kaum di negara kita? Mari kita rungkaikan secara ringkas topik ini. Bagaimanapun, kita mulakan dulu dengan informasi negara luar.

Negara mana paling tak sabar nak kahwin?

wanita dihina kahwin lelaki bangladesh

Seperti yang sudah dinyatakan di atas, terdapat hubungan yang sangat ketara di antara kemampuan ekonomi seseorang dengan usia mereka mahu melangsungkan perkahwinan.

Perkara itu juga didapati apabila perbandingan di antara negara dilakukan, apabila negara berstatus negara maju mempunyai usia purata perkahwinan lebih lambat, sementara negara-negara membangun mempunyai usia melangsungkan perkahwinan lebih awal.

Negara manakah yang dilaporkan rakyatnya memilih untuk berkahwin paling cepat di dunia?

Lima negara paling cepat diwakili oleh 3 buah negara daripada benua Afrika dan 2 buah negara Asia. Negara Chad mempunyai purata terpantas pada usia 19.2 tahun, diikuti Niger 19.4 tahun dan Mozambique 19.6 tahun. Bangladesh menjadi negara paling pantas berkahwin di Asia dan keempat di dunia dengan 19.9 tahun sementara Nepal mengekori tak jauh dengan 20 tahun.

Yang paling lambat datang daripada Eropah!

perkahwinan ireland

Walaupun secara statistiknya negara-negara Eropah mempunyai purata usia perkahwinan pertama paling lambat dalam dunia - mereka turut sama dibantu oleh banyak kaedah atau sistem yang membantu melambatkan perkahwinan.

Secara amnya asyarakat mereka sudah tidak menganggap tinggal bersama sebagai sesuatu yang perlu dikhuatiri. Corak hidup mereka yang juga bebas menyumbang kepada kurangnya penekanan kepada pentingnya ikatan perkahwinan membuatkan mereka lebih ramai meletakkan perkahwinan adalah satu opsyen semata-mata.

Warga Eropah daripada negara Ireland menjadi negara paling lambat berkahwin, dengan purata perkahwinan mereka berlangsung pada usia 35.4 tahun, diikuti Sweden 34.8 tahun. Menyelit Chile daripada benua Amerika dengan usia 34 tahun diikuti Iceland 33.7 tahun dan Sepanyol 33.4 tahun.

Harus kami tekankan, Iceland memegang takhta di dunia sebagai negara di mana rakyatnya paling pantas melakukan hubungan seks kali pertama, dengan usia 15.6 tahun menjadi pilihan. Sementara itu Korea Selatan menjadi negara Asia paling lambat berkahwin dengan purata 31.8 tahun.

Bagaimana dengan Malaysia?

perkahwinan beramai ramai 9o657

Untuk Malaysia, mari kita lihat dengan lebih terperinci topik ini daripada beberapa aspek. Jika dilakukan perbandingan dengan negara-negara lain, kita mempunyai purata umur perkahwinan pertama pada usia 26.9 tahun. Lelaki mencatatkan berlakunya perkahwinan pada usia 28 tahun sementara wanita pula 25.7 tahun, 2.3 tahun lebih cepat berbanding orang lelaki.

Anda perlu mengetahui purata usia perkahwinan negara kita pula dikira menggunakan median, berbanding dengan sistem minima yang diguna negara lain.

Walaupun rakyat kita mempunyai rekod usia perkahwinan pertama yang tak lambat dan tak lanjut sangat, kita mempunyai rekod perceraian yang agak memalukan.

gadis hadiri perkahwinan berkonsep klasik

Purata seorang individu lelaki Malaysia bercerai adalah pada usia 37 tahun dan wanita pula 34 tahun. Rakyat kita majoritinya akan melangsungkan perkahwinan dalam kategori umur 25 ke 29 tahun. sementara yang berpisah pula berlaku pada usia 30 ke 34 tahun. Tak cantik pula statistiknya itu.

Berdasarkan statistik yang dikongsikan oleh Jabatan Perangkaan Negara, untuk setiap 5.9 perkahwinan yang berlangsung, 1.6 daripadanya akan berakhir dengan perceraian bagi setiap 1,000 orang rakyat Malaysia.

Itu bukanlah satu statistik yang patut kita banggakan kerana boleh dikatakan untuk setiap 3 perkahwinan, 1 akan bercerai walaupun dah berjanji sehidup semati.

Rujukan

DOSM




Hakcipta iluminasi.com (2017)