Sejak tahun 1990, banyak negara baru telah terbentuk. Pelbagai perkara yang menyebabkan terbentuknya negara-negara ini termasuklah pembubaran negara-negara seperti Republik Kesatuan Soviet Socialis (USSR) dan Yugoslavia yang membentuk kebanyakan daripada negara-negara merdeka yang baru.

Mungkin ramai yang tahu mengenai perubahan-perubahan yang berlaku ini namun terdapat beberapa buah negara baru ini yang terlepas pandang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan senarai yang ringkas dan padat ini untuk mengemaskini pengetahuan anda mengenai negara yang baru terbentuk sejak tahun 1990.

Republik Kesatuan Soviet Socialis (USSR)

ussr ini senarai negara baru yang terbentuk bermula tahun 1990

Republik Kesatuan Soviet Socialis pada satu ketika dahulu adalah sebuah negara sosialis di Eurasia (Eropah dan Asia) yang wujud sejak tahun 1922. Walaupun secara rasminya ia adalah gabungan beberapa negara republik Soviet, namun kerajaan dan ekonominya adalah tertumpu kepada satu pusat.

Negara ini adalah negara yang mempunyai satu parti dan diperintah oleh Parti Komunis yang mana Moscow dijadikan ibu negara, terletak di republik yang terbesar, iaitu Republik Sosialis Persekutuan Rusia (kini Rusia).

Pembubaran USSR pada tahun 1991 telah menyebabkan kewujudan 15 buat negara baru. Kebanyakan daripada negara-negara ini telah mengisytiharkan kemerdekaan beberapa bulan sebelum kejatuhan Kesatuan Soviet pada akhir tahun yang sama:

ussr bubar ini senarai negara baru yang terbentuk bermula tahun 1990

  1. Armenia
  2. Azerbaijan
  3. Belarus
  4. Estonia
  5. Georgia
  6. Kazakhstan
  7. Kyrgyzstan
  8. Latvia
  9. Lithuania
  10. Moldova
  11. Rusia
  12. Tajikistan
  13. Turkmenistan
  14. Ukraine
  15. Uzbekistan

Yugoslavia

yugoslavia ini senarai negara baru yang terbentuk bermula tahun 1990

Bagi anak-anak milenia mungkin kurang mendengar nama negara ini, tetapi Yugoslavia pada satu ketika dahulu adalah sebuah negara di Eropah Tenggara dan Tengah. 

Ia terbentuk selepas Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, di bawah nama Kerajaan Serb, Croat dan Slovene melalui penggabungan negara-negara sementara iaitu Slovene, Croat dan Serb dengan Kerajaan Serbia.

Yugoslavia dibubarkan pada awal tahun 1990an kepada 5 buah negara merdeka:

yugoslavia berpecah ini senarai negara baru yang terbentuk bermula tahun 1990

25 Jun 1991: Croatia dan Slovenia bebas setelah mendapat kemerdekaan

8 September 1991: Macedonia (nama rasminya adalah Bekas Republik Yugoslavia Macedonia) mengisytiharkan kemerdekaan pada tarikh ini, tetapi tidak diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehingga tahun 1993, dan  oleh Amerika Syarikat dan Rusia sehingga Februari 1994.

29 Februari 1992: Pengisytiharaan kemerdekaan oleh Bosnia dan Herzegovina sekaligus membentuk negara bebas

17 April 1992: Serbia dan Montenegro (juga dikenali sebagai Republik Persekutuan Yugoslavia) mendapat kemerdekaan.

Negara-negara baru yang lain

13 lagi negara yang terbentuk selepas tahun 1990 mendapat kemerdekaan melalui beberapa situasi:

1. Namibia

namibia ini senarai negara baru yang terbentuk bermula tahun 1990

21 Mac 1990: Namibia merdeka daripada Afrika Selatan. Sebelum itu, Namibia dikenali sebagai Afrika Barat Daya ketika mana menjadi wilayah jajahan Jerman.

2. Yaman

yaman ini senarai negara baru yang terbentuk bermula tahun 1990

22 Mei 1990: Yaman Utara dan Selatan bergabung untuk membentuk Yaman bersatu.

3. Jerman

jerman ini senarai negara baru yang terbentuk bermula tahun 1990

3 Oktober 1990: Jerman Timur dan Barat bergabung untuk membentuk Jerman bersatu selepas keruntuhan Tirai Besi (Iron Curtain). 

Tirai Besi adalah nama yang diberikan kepada sempadan yang membahagi Eropah kepada dua kawasan berasingan bermula dari akhir Perang Dunia Kedua pada tahun 1945 sehingga akhir penghujung Perang Dingin pada tahun 1991.

4. Kepulauan Marshall dan Micronesia

kepualauan marshall ini senarai negara baru yang terbentuk bermula tahun 1990

17 September 1991: Kepulauan Marshall adalah sebahagian daripada Trust Territory of the Pacific Islands (ditadbir oleh Amerika Syarikat) dan memperoleh kemerdekaan sebagai bekas tanah jajahan.

Pada tarikh yang sama, Micronesia, yang sebelum ini dikenali sebagai Kepulauan Caroline, juga bebas daripada Amerika Syarikat.

5. Republik Czech dan Slovakia

republik czech dan slovakia ini senarai negara baru yang terbentuk bermula tahun 1990

1 Januari 1993: Republick Czech dan Slovakia mendapat kemerdekaan selepas Czechoslovakia dibubarkan.

6. Eritrea

eritrea ini senarai negara baru yang terbentuk bermula tahun 1990

25 Mei 1993: Eritrea yang merupakan sebahagian daripada Ethiopia, namun melepaskan diri dan mendapat kemerdekaan.

7. Palau

palau ini senarai negara baru yang terbentuk bermula tahun 1990

1 Oktober 1994: Palau merupakan sebahagian daripada Trust Territory of the Pacific Islands (ditadbir oleh Amerika Syarikat) dan mendapat kemerdekaan sebagai bekas tanah jajahan.

8. Timor-Leste

timor leste ini senarai negara baru yang terbentuk bermula tahun 1990

20 Mei 2002: Timor Timur (Timor-Leste) mengisytiharkan kemerdekaan daripada Portugal pada tahun 1975 namun tidak bebas daripada Indonesia sehingga tahun 2002.

9. Montenegro

montenegro ini senarai negara baru yang terbentuk bermula tahun 1990

3 Jun 2006: Montenegro merupakan sebahagian daripada Serbia dan Montenegro (juga dikenali sebagai Yugoslavia), tetapi mendapat kemerdekaan selepas pilihan raya.

2 hari kemudian, Serbia menjadi entiti tunggal selepas berpisah dengan Montenegro.

10. Kosovo

kosovo ini senarai negara baru yang terbentuk bermula tahun 1990

17 Februari 2008: Kosovo secara sebelah pihak mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia.

Wakil-wakil rakyat Kosovo sebulat suara bersetuju negara itu akan bebas daripada Serbia walaupun 11 daripada minoriti Serbia memboikot.

11. Sudan Selatan

sudan selatan ini senarai negara baru yang terbentuk bermula tahun 1990

9 Julai 2011: Sudan Selatan dengan amannya dipisahkan daripada Sudan berikutan pilihan raya Januari 2011.

Sudan sendiri adalah negara yang pertama mengiktiran Sudan Selatan yang dilakukan sehari awal.

Rujukan:

1. Washington

2. Thought

3. History




Hakcipta iluminasi.com (2017)