jerman barat dan jerman timur sebelum penyatuan semula

Sejak beratus-ratus tahun dahulu, peta dunia telah berubah dengan drastiknya dengan penggabungan dan pemecahan negara-negara. Antaranya adalah penggabungan Jerman Barat dan Jerman Timur, dan perpecahan Yugoslavia kepada Croatia, Slovenia, Republik Macedonia, Bosnia dan Herzegovina, Serbia, Montenegro dan Kosovo.

Malaysia juga tidak terkecuali apabila terdapat desas-desus mengatakan Johor ingin keluar dari Malaysia dan menubuhkan negara sendiri. Harap-harap perkara ini tidak berlaku.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 5 negara yang bakal wujud dalam masa 10 tahun akan datang.

1. Independent Scotland 

independent scotland

Scotland hampir-hampir berpisah dengan United Kingdom apabila satu undian dibuat pada tahun 2014. Dalam undian itu 55% daripada rakyat Scotland mengundi untuk Scotland masih berada dalam UK. Walaubagaimanapun undian tersebut juga menunjukkan bahawa kuasa nasionalisma sudah bangkit dan amat kuat.

Dan dalam pilihanraya umum UK pada tahun 2015, Scottish National Party (SNP) menjadi parti ke-3 terbesar di UK apabila memenangi hampir kesemua kerusi di Scotland. Semenjak itu, ancaman referendum kedua semakin menjadi-jadi.

scotland bakal keluar dari united kingdom

Pencetus terbesar Scotland akan keluar dari UK adalah keputusan UK untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU). Disebabkan keinginan Scotland yang ingin kekal dalam EU, parti SNP telah berjanji akan melakukan referendum kedua dalam masa 2 tahun. Dan ini membuatkan Scotland mungkin akan menjadi negara baru dalam abad yang akan datang.

Jika benar-benar berlaku, Independent Scotland akan bergantung kepada harga minyak kerana sumber utama mereka adalah minyak laut utara. Negara ini akan menjadi sangat kaya jika harganya stabil, dan jika tidak, ia akan musnah menjadi seperti Greece.

2. Independent London 

london lisw

Ya, jangan terkejut. Scotland bukanlah satu-satunya bahagian di UK yang mana penganalisa meramalkan akan terpisah daripada kesatuan itu, malah juga London.

London adalah ibu negara UK dan antara salah satu bandar yang paling dinamik di atas muka bumi. Populasinya melebihi 8 juta dan tanahnya juga sangat besar melebihi negara seperti Singapura, London kini sudah menjadi lain daripada yang lain berbanding kawasan-kawasan di sekelilingnya.

Hampir 40% daripada penduduk di London adalah imigran, dan sekurang-kurangnya 1 per 4 daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK disumbangkan oleh bandar ini.

uk ingin keluar dari eu manakala london ingin kekal

Kini, terdapat sekelompok ahli politik dalam parti-parti utama UK sudah mula bersuara untuk membebaskan London dari UK, dan hujah-hujah mereka sangat kuat. Antaranya adalah London akan mendapat manfaat dengan tidak lagi perlu menghantar wang kepada bahagian lain di UK. Bukan itu sahaja, bahagian lain di UK juga akan mendapat manfaat dengan tamatnya dominasi politik oleh London.

Kelihatan seperti "negara" London akan menjadi seperti Singapura yang mempunyai rasa tanggungjawab social, dan pusat kewangan yang kuat dikuasai oleh politik haluan kiri.

3. Catalonia

catalonia bakal keluar sepanyol

Catalonia merupakan wilayah di Sepanyol, di mana terletaknya Barcelona. Seperti UK, Catalonia merupakan jawapan kepada Scotland dan London. Catalonia mempunyai kepelbagaian, kaya-raya dan menggunakan bahasa sendiri iaitu Catalan. 

Bukan itu sahaja, wilayah ini juga sangat berdikari. Pada tahun 2014, satu referendum menunjukkan lebih daripada 80% mengundi untuk keluar dari Sepanyol. Wilayah ini ditadbir oleh kerajaan nasionalis sejak awal tahun 2016, namun jatuh ketika bertanding bajet.

Idea Catalonia untuk keluar dari Sepanyol masih kuat sehingga kini dan kemungkinan dikatakan akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Walaupun ramai yang tidak tahu bila akan berlaku, namun peluang untuk berlaku sangat tinggi. Dan disebabkan Catalan adalah wilayah yang kaya dan mempunyai pangkalan industri yang baik, persoalannya bukanlah jadi atau tidak untuk keluar Sepanyol, tetapi bila akan keluar Sepanyol.

Dan jika benar-benar berlaku, Barcelona tidak lagi berada dalam Sepanyol, jadi masih bolehkah kelab ini bermain dalam La Liga?

4. United States of Europe

bendera united states of europe

Bagi kebanyakan benua, perjanjian yang mewujudkan Kesatuan Eropah moden ditafsirkan sebagai membina "United States of Europe". Ia bermaksud mencipta sebuah negara dengan kerajaaan, ketenteraan dan mata wang yang sama, di Eropah. Walaupun projek ini tidak popular disebabkan krisis kewangan, kemelesetan ekonomi Greece dan masalah pelarian, namun ia masih berjalan dengan baik. 

Namun ramai juga yang ragu-ragu jika ia mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Kesatuan Eropah ketika ini. "United States of Europe" pertama kali diusulkan oleh Winston Churchill pada tahun 1946. Beliau melihatkan tiada lagi penyelesaian lain untuk menghindarkan Eropah daripada hancur disebabkan oleh perang yang besar.

peta united states of europe

Selepas itu, ramai yang menggunakan prinsip ini, dan yang terbaru oleh naib presiden Suruhanjaya Eropah yang menyeru "18 nation superstate" yang terdiri daripada negara-negara yang menggunakan matawang Euro, dan 10 lagi negara EU (termasuk UK). Namun, disebabkan oleh kebangkitan nasionalisma di Eropah, ia ditunda buat seketika.

2 negara besar yang menyokong penubuhan United States of Europe adalah Jerman dan Perancis. Dan melihatkan situasi ekonomi Eropah yang sangat rapat diantara satu sama lain, negara yang disebut ini dijangkakan mungkin akan wujud sebelum tahun 2030.

5. Korea Bersatu

antara contoh bendera korea bersatu

Korea Selatan adalah sebuah negara kapitalis yang kuat dengan teknologi yang sangat hebat dan antara negara asia yang mempunyai standard kehidupan yang paling tinggi. Manakala Korea Utara pula adalah sebuah tanah yang miskin dipimpin oleh diktator yang gemar meletupkan bom nuklear secara haram.

Jadi, idea untuk Korea Selatan untuk bergabung dengan Korea Utara seolah-seolah seperti satu fantasi. Namun, ia tidaklah mustahil yang seperti anda fikir. Penyatuan semula merupakan polisi rasmi kerajaan bagi kedua-dua negara ini.

Secara kasar, kos untuk menyatukan semula adalah sangat besar. Jika dilihatkan kembali kepada penyatuan Jerman, Jerman Barat menerima tamparan hebat selepas menyerap Jerman Timur. Dan sehingga kini mereka masih membayar kos tersebut. Hampir 9.73 trillion dibelanjakan Jerman dalam masa 25 tahun, dan dijangkakan Korea Selatan terpaksa membelanjakan 3.89 trilion hanya untuk mengelakkan Korea Bersatu daripada musnah serta-merta.

korea bersatu

Namun kita juga harus lihat dari sudut positif. Kedua-dua negara ini dilihatkan mendapat faedah daripada penyatuan semula ini. Korea Selatan bakal mendapat akses kepada sumber mineral Korea Utara yang bernilai lebih 46.7 trilion.

Rakyat Korea Utara pula tidak lagi harus berhadapan dengan masalah kelaparan yang dahsyat.

Dan jika Korea Utara tiba-tiba jatuh, tak kiralah sama ada disebabkan revolusi atau rampasan kuasa, polisi rasmi adalah kedua-dua Korea ini disatukan semula. Dilihatkan kepada situasi di Korea Utara yang sangat tidak stabil ketika ini, ia mungkin bakal berlaku menjelang tahun 2050, ataupun pagi esok.




Hakcipta iluminasi.com (2017)