Oleh pada 26 May 2019 kategori

Biskut badam mempunyai rasa rangup dan enak.

Terdapat biskut badam yang menggunakan ketiga-tiga jenis tepung iaitu tepung gandum, kastad dan jagung.

Kali ini kami akan berkongsikan suatu resepi yang masih menggunakan badam sebagai bahan iaitu biskut Nescafe badam.

 

Biskut Nescafe Badam  

 

Bahan-bahan:

 

Bahan A:

  • Mentega (1 cawan)
  • Gula perang (1 cawan)
  • Telur gred A (1 biji)
  • Susu tepung (2 camb)
  • Nescafe (1 cmt)

 

Bahan B:

  • Tepung gandum serba guna (2 cawan)
  • Tepung jagung (3 camb)
  • Serbuk penaik (1 camt)

 

Bahan C:

  • Badam (3/4 cawan)
  • Coklat cip (1/4 cawan)

 

Cara-caranya :

1. Satukan ke semua bahan A dan pukul sehingga mengembang

2. Masukkan bahan B dan gaul rata.

3. Kemudian akhir sekali masukkan bahan C dan gaul sehingga semua bahan mesra

4. Sudukan ke dalam dulang dan bakar pada suhu 170c sehingga warna keperangan.

 

Resepi Bonus: Biskut Badam 

biskut badam

 

Bahan-bahan:

  • Susu pekat (setengah tin)
  • Mentega (setengah buku) - jenama Buttercup
  • Tepung jagung (400 gm)
  • Susu tepung (4 sudu ) - susu jenama Nespray
  • Kacang badam hancur
  • Pewarna

 

Cara-caranya :

1. Adunkan ke semua bahan-bahan dan uli sampai menjadi doh.

2. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Satu doh di letakkan pewarna.

3. Bentukkan doh mengikut kehendak.

4. Hiaskan dengan menggunakan kacang badam.

5. Bakar biskut pada suhu 160 C/150 C selama 25 minit.

 

Sumber:

1. Siti Zahrah Bistamam [12]

2. Asmida Zuhaimi [12]

3. My Kitchen (anymz-mykitchen.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)