Oleh pada 23 May 2019 kategori

Biskut buah kana juga dikenali sebagai canarium nut biscuit dalam bahasa Inggeris.

Biskut buah kana merupakan antara biskut yang popular di kalangan kanak-kanak yang lahir pada tahun 90-an.

Ia selalu dicari-cari semasa setiap musim perayaan seperti Hari Raya, Deepavali dan Gong Xi Fa Cai. 

 

Biskut Buah Kana 

 

Nota: Anggaran boleh dapat dalam 3 balang kecil.

 

Bahan-bahan:  

  • Tepung gandum (1 1/2 cawan) 
  • Mentega ( Seketul)
  • Gula aising (1 1/2 cawan)
  • Tepung kastard (1 1/2 cawan)
  • Tepung jagung (1 1/2 cawan)
  • Telur (2 biji)
  • Serbu koko (3 sudu besar)
  • Filling blueberry

 

Cara-caranya :  

1. Pukul mentega, telur dan gula icing sampai kembang.

2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan juga tepung jagung. Gaulkan

3. Masukkan pula serbuk koko

4. Bakar pada suhu 150 C dalam 20 minit

5. Siap di bakar terus sapukan jem pilihan, jangan biarkan sejuk dahulu kerana jem tidak akan lekat

 

Tips: Sekiranya mahu keluarkan daripada acuan itu bolehlah ditaburkan dahulu tepung ke dalam acuan menggunakan mata pisau kemudian cungkil keluar. 

 

Resepi Bonus: Biskut Beruang 

biskut beruang

 

Bahan-bahan:  

  • Tepung kek/naik sendiri (110 gm)
  • Tepung jagung (20 gm)
  • Tepung ubi (20 gm)
  • Gula aising (60 gm)
  • Serbuk badam (1 sudu besar)
  • Esen vanila (1 sudu teh)
  • Garam (secubit)
  • Minyak canola/jagung atau mentega cair (30 gm)
  • Air sejuk (2 sudu besar)
  • Kekacang pilihan - badam/whalnut/gajus

 

Cara membuat: 

1. Satukan kesemua bahan-bahan sehingga menjadi doh.

2. Canai dan tekap dengan menggunakan acuan. Sapukan telur sedikit untuk lekatkan badam atau kacang pilihan anda.

3. Bakar pada suhu 170°c selama 20 hingga 25 minit atau sehingga keperangan .

 

Sumber:

1. Shuhada Mus Lim [12]

2. Mohd Kamal [12

3. A Travelicious Red Devil Macha (reddevilmacha.wordpress.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)